NuffNang

Sabtu, 7 November 2020

Kayuhan Koyak Mental ke Tasik Chini

 Assalamualaikum semua sahabat dan pembaca blog aku,

Memang lama betul dah aku tak menjengah blog ni. Walaupun banyak jer ride yang aku buat tapi disebabkan kekangan masa, aku tak sempat nak bertinta kat blog ni. Lantas banyak cerita cerita tu terkubur begitu sahaja dalam ingatan.

Kali ni, aku nak menulis sikit perihal aku mengayuh beskal touring solo. Bagi pendapat peribadi aku, mengayuh akan memberikan lebih kepuasan untuk melihat keindahan ciptaan tuhan ini berbanding jika kita bermotosikal. Namun kudrat yang keluar akan lebih lagi jika kita berbasikal berbanding dengan bermotosikal. Itu of course laa dan tidak boleh disangkal.

Oleh kerana sekarang aku dah berpindah dan tinggal di kampung, jadi kayuhan ini bermula dari kampung aku laa. Aku menelurusi kampung kampung tradisional tepian sungai Pahang yang akhirnya membawa aku terus ke Tasik Chini.

Mengikut dari perkongsian sahabat aku, Olak, beliau telah memberi gambaran bahawa laluan yang aku ikut ini adalah laluan utama dan menjadi kegemaran kepada para pengayuh pengayuh antarabangsa yang ingin berhubung ke pantai timur daripada selatan tanahair,

Memang aku akui bahawa route ini memnag sangat mendamaikan, namun kayuhan kita akan dihidangkan dengan jamuan bukit bukit yang amat padu untuk kita terjahi dan hadamkan. Tak silap aku ada 3-4 bukit yang perlu dihadamkan dengan ketinggian yang amat mengoyakkan mental.

Namun itulah asam garam kayuhan, unyuk sampai ke destinasi memang itu yang kita perlu tempuhi. JIka tidak dipecahkan ruyung, manakan akan dapat sagunya. Betul tak?

Pada perkiraan aku, dengan kayuhan santai yang aku buat, walaupun kayuhan ini lebih kurang 70km sahaja namun cukup untuk mengambil masa sehari suntuk untuk sampai ke destinasi. Lebih lebih lagi tiada perkampungan lagi mahupun kedai kedai menjual makanan di kiri kanan jalan selain dari hutan hutan.

Jadi amat penting untuk membawa cukup air andainya kita tidak mahu kekeringan tekak lantas mengoyakkan lagi mental kita yang sememangnya dah koyak ni.

Jadi untuk berkongsi sedikit sebanyak gambiran yang sempat aku ambil sepanjang dari kayuhan aku, layan laa kat bawah ni. 


Aku juga ada sertakan link youtube Channel aku sekiranya korang sudi nak layan sebagai beginner ni.

https://www.youtube.com/watch?v=T0W6Dhqxkfc&t=6s

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...