NuffNang

Khamis, 12 Ogos 2010

Pre Buka Puasa kat SABA Cyberjaya

Ride kali nie diaturkan untuk mengeratkankan perpaduan sesama kengkawan ride. Dah agak lama jugak tak buat ride sebenarnya, maklumlah memansing agak sibuk memanjang. Jadi ride kali nie dibuat untuk short distance ajer, dengan harapan ramai sikit yang boleh join ride nie. Dan memang pun, kali nie terdapat 15 biji motosikal yang ikut.

Ride dimulakan pada jam 7 petang. Terpaksa dibuat pada waktu tu, sebab ramai ahli yang bekerja dan dapat release pada pukul 6. Sebenarnya dalam itinery, nak golek tayar pukul 6.30. Bila dah ramai tu dan tunggu menunggu, terpaksa golek tayar pukul 7.

Route dipilih menggunakan lebuhraya LEKAS untuk pergi. Masuk di Senawang dan keluar di Pajam/Nilai. Kemudian menggunakan jalan lama hingga ke Salak Tinggi. Dalam perjalanan pergi, sebijik motor RXZ telah mengalami pecah bearing dan terpaksa masuk ke sebuah bengkel di Nilai untuk pembaikan.Nasib baik bengkel masih dibuka dan penukaran dapat dilakukan dengan selamatnya.

Memulakan perjalanan semula menggunakan laluan ke KLIA dan masuk ke kanan untuk ke Cyberjaya. Selamat sampai ke Cyberjaya pada pukul 9.00 malam. Sampai jeer, tengok semua meja dah penuh.. Mamat restoran tu tanya kenapa tak booking meja dulu?..Aisey, sori leer boss..tak plan awal sebenarnya. Dalam 15 minit lepas tu, dapat jugak meja untuk 17 orang. Fuhh legaa..

Apalagi, sessi mengorder dimulakan. Saya mengesyorkan untuk mencuba khabsa. Lamb dan juga chicken. Sebab saya rasa makanan nie jer yang paling best..(bagi saya leer, orang lain saya tak tahu)..Tunggu nasik tak lah lama sangat, tapi sampai dah habis makan pun air belum sampai lagi. Tensen tul..Sekarang nie SABA semuanya dah naik harga, dulu chicken khabsa cuma RM 8 jer, sekarang dah naik RM 10. Teh O kalau dulu cuma RM 1, sekarang dah jadik RM 2. Tapi yang peliknya meja penuh jugak!

Dah habis makan tak sedar jam dah pukul 10 malam. Kitaorang pun bergerak balik. Kali nie balik menggunakan hiway PLUS terus sampai Senawang. Tamatlah episod ride pendek ke Cyberjaya. Ada cadangan nak buat ride buka puasa, mungkin ke Bagan Lalang atau Melaka kot...sebab ramai berhajat nak makan ikan bakar!

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...