NuffNang

Khamis, 10 November 2011

Laluan Persekutuan Negeri Sembilan-Pahang

Salam,

Hari nie aku nak bercerita sikit pasal jalan yang korang boleh ikut JIKA berhasrat nak pergi ke negeri Pahang daripada Negeri Sembilan. Sebenarnya ada beberapa route yang anda boleh ikut, bergantung kepada destinasi anda, keadaan kesibukan jalanraya dan juga tahap poket anda sendiri.

Kalau korang dah memang tinggal area yang berdekatan dengan Negeri Sembilan, atau tetiba terlajak sampai ke negeri Sembilan nie dan berhasrat nak pergi ke Pahang, tak perlulah ambik highway PLUS balik ke KL semula. Sebab kalau tengok dalam peta, Pahang dan Negeri Sembilan kan berjiran? Maknanya memang ada jalan straight yang menghubungkan dua negeri nie.

SEREMBAN / SENAWANG - TEMERLOH

Aku ambik contoh senang, kalau korang dah berada di Seremban/Senawang dan nak pergi Temerloh. Maka aku syorkan korang guna jalan nie.
Kalau anda dari Seremban sekalipun, anda mesti pergi ke Senawang terlebih dahulu. dari Senawang, anda ambik route menuju ke Kuala Pilah.

Sebelum sampai Kuala Pilah tu, anda boleh singgah mandi kat Hutan Lipur Ulu Bendul dulu. Rasai kedinginan dan kesejukan air yang turun dari pergunungan. Segarkan badan anda sebelum meneruskan perjalanan. Hutan Lipur Ulu Bendul nie betul betul terletak di penghujung jalan baru Bukit Putus tu, sebelah kanan kalau anda menghala ke Kuala Pilah.

Sebelum sampai ke Kuala Pilah, kalau korang rasa agak free dan banyak masa lagi, singgah dulu melawat Muzium Seri Menanti. Ada simpang ke sebelah kanan yang akan membawa anda terus ke Muzium nie. Hayatilah keindahan dan keunikan binaan Istana Kayu yang tidak berpaku ini.


Dari Kuala Pilah anda terus sampai ke Batu Kikir. Dulu Batu Kikir nie terkenal dengan Jambatan Besinya (dah tak ada dah jambatan bosi kat sini).  Jambatan besi dan bertukar menjadi jambatan konkrit.

Kalau anda ada masa terluang sikit, ada satu jeram yang terkenal kat area Batu Kikir nie. Jeram Tengkek namanya, pergilah masuk dan mandi manda kat sini. Amat mendamaikan jiwa.


Kat sini juga, anda akan dapat berjumpa dengan satu tempat pelancongan lagi, iaitu Muzium Teratak Pendita Zaaba.
Ianya terletak di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir.

Dari sini anda boleh meneruskan perjalanan dan akan terus sampai tiba di simpang menuju ke Simpang Serting. Kalau anda nak menggunakan Simpang Serting pun boleh, nak terus ke simpang Ayer Hitam pun boleh.

Bezanya, Simpang Serting agak jauh sikit berbanding simpang Ayer Hitam yang dah jadi short cut. Jalan Simpang Serting agak lebih cantik berbanding jalan Ayer Hitam yang dah berlubang-lubang walaupun baru dibuat. Jalan Simpang Serting akan ada stesen minyak Petronas. So terpulang lah kepada anda.

Sebagai info, dari Simpang Serting anda boleh dihubungkan terus menuju ke Kuantan, Muadzam Shah ataupun Segamat Johor. Ini adalah jalan utama bagi mereka dari Negeri Sembilan jika ingin menghala ke Pantai Timur (Kuantan, Kuala Terengganu atau Kelantan).

Perjalanan dari Simpang Serting atau Ayer Hitam sampai ke Temerloh agak membosankan, kerana anda akan menagharungi likuan dan jalanan bertampal dengan panorama pokok sawit dan getah dikiri kanan.

Anda akan melalui kawasan Felda termasuklah Sungai Lui. Aku tak tau leer samaada lagu Aizat tu ambik nama Felda nie ker.. 

Tak lama selepas tu, anda jugak akan bertemu dengan tugu keris nie di tepi jalan tu. Tugu nie dibina bagi memperingati jasa pejuang negara menentang komunis kat area tu dulu masa zaman komunis.
Selepas dari Pekan Kemayan, Triang dan Bera, anda akan berasa teruja semula memasuki jalan perkampungan yang cantik di pesisir Sungai Pahang. Di kiri kanan anda akan bertemu dengan pusat jualan ikan segar patin dan juga talapia yang dibela di sangkar Sungai Pahang.
Bagi anda yang pertama kali lalu di sini, singgah lah untuk membeli patin sangkar yang segar. Jangan bimbang, harga patin nie tak mahal pun.  Mungkin dalam lingkungan RM15 jer sekilo. Cerita yang biasa kita dengar tu adalah patin liar yang menjangkau RM90 sekilo. Yang tu susah nak dapat.
Tak lama lepas tu anda akan sampai ke Temerloh, Bandar Ikan Patin ataupun Titik tengah Semenanjung. Tahu tak bahawa jika anda dah sampai ke Temerloh, maknanya anda dah berada betul betul di tengah Semenanjung Malaysia nie. Tak caya tengok peta.
Jambatan Temerloh nie antara jambatan yg gah satu masa dulu

Jalan persekutuan nie walaupun tak menjimatkan masa, namun ianya menjimatkan duit berbanding jika anda menggunakan laluan Lebuhraya. Jangkamasa yang diambil bermula dari Senawang hingga sampai ke Temerloh adalah dalam anggaran 3 jam setengah jika berkereta, dan mungkin 3 jam atau kurang jika anda bermotosikal. Bergantung kepada skill anda memasing.

Jika anda menggunakan lebuhraya, jangkamasa yang diambil adalah sama. 3jam ke 3 1/2 jam. Bezanya anda boleh speed sikit laa kalau tak jammed.

Diingatkan jika anda nak lalu jalan nie waktu malam, jalan nie mungkin agak sunyi dan anda perlu lebih concentrate dan berhati hati. Tumpuan harus diberikan kepada jalan 100% kerana kondisi jalan amatlah mendukacitakan. Jalan sempit dan berliku, serta ada kalanya tampalan tar dan juga berlubang bisa menghancurkan sport rim 18inci kereta anda. 

Kalau naik motor pulak, lalu tengah malam amatlah menyeramkan sebab dikiri dan kanan kebanyakannya adalah ladang getah dan sawit. kalau naik kereta tu okay sikit, pasang aircond dan turn on radio. Naik motor kalu, sendiri mau ingat laa. Jalan nie memang tak boleh nak speeding, sebab agak berliku.

So pilihlah yang mana satu pilihan anda..tepuk dada tanya poket! Next entry saya akan bagitahu jalan alternatif menuju ke Temerloh daripada Seremban / Senawang. Moga anda tak terperangkap dalam kesesakan jalanraya sewaktu musim perayaan ini.

Apa yang menarik di Temerloh? Tunggu entry berikutnya. Selain dari ikan patin, pekan sehari Temerloh memang sangat terkena l!!!

12 ulasan:

Azri berkata...

lepas nie bolehlah jadi pemandu pelancong...

Aku Budak Nerek berkata...

Azri, setakat tahu jalan jer. Tapi perlu study lebih banyak untuk port bersejarah...

Tok Kebayan berkata...

Jalan ni Tok selalu lalu masa tahun 1994 sampai 1999. Masa ngajar kat Lepar Utara dulu. Sekarang dah tak lalu dah. Sekarang Tok lalu lebuhraya Palong dan Muadzam Shah.

kenalinegaraku4u2c berkata...

Salam sejahtera...Memang menarik ceritanya.Jalan yg di syorkan pun saya dah lalu beberapa kali.Cuma yang tak sedap,ada satu bemda NGERI yg kitaorang nampak di....Masa tu masih awal lagi dalam 11 malam.Apapun,bes ceritanya.Terima kasih sudi komen dilaman saya.

Aku Budak Nerek berkata...

Tok Kebayan..jalan nie tak da bezanya masa tahun 1999 sampai sekarang 2011. Mungkin yang berbeza adalah berapa kali ianya ditampal dan ditar semula..hahaha

kenalinegaraku4u2c...jalan nie memang suspen kalau jalan malam. Tak perlu tunggu pukul 11, pukul 8 malam pun dah meremangkan bulu roma. Sunyi sungguh.

Unknown berkata...

tapi org cakap jalan nie berhantu ? hahaha betul ke ?

Aku Budak Nerek berkata...

Qayyum Zaki: Bab berhantu nie belum pasti. Tapi kalau berani nak cuba, gi lah lalu kat jalan nie pukul 12 ke atas, naik EX5 sorang sorang...kikiki. Saya memang tak berani. Sebab gelap..

Tanpa Nama berkata...

dilaluan ini terletak kampung den dibosarkan.Kampung Baru Ayer Hitam.Terdapat hutan lipur dan jeram De Bana disebelah kiri sebelum Felda Lui Muda.

Aku Budak Nerek berkata...

Tanpa Nama: Jeram De Bana tu sekarang dibuat kem PLKN kan? Jalan tu sepatutnya ada ikhtiar dari pihak berwajib untuk dibesarkan. Kalau lalu waktu tengah malam, asyik terlanggar lubang jerr. Mata kena cekap, lampu kena terang, hati kena bersih...hahaha.

Unknown berkata...

Kenal hakim dekat Temerloh

Unknown berkata...

Kg aku simpang pelangai, aku tahu jalan yg Aku Budak Nerek ceritakan, aku duduk temerloh 90 januari-96 oktober, zaman Bujang aku ditemerluh, aku bekerja di felcra, rumah sewa aku di kg pengkalan manggis, mengadap sg pahang, Seronok,tuan rumah sewa aku arwah datuk Nilam sari, Cucu dato Bahaman, Seronok tinggal ditemerluh, nak blk kg pun x jauh, 80km,aku pun penah pergi kg Aku Budak Nerek, malam aku Dan kawan2 minum di simpang songsang jalan nk ke jerantut/mentakab, kawan2 motor, meriah wlpn x tinggal di kotaraya yg besar, kawan2 aku askar/polis pun ada, tinggal kenangan, sekarang aku ada juga ke temerluh,wlpn aku dah tinggal, diKlang, jumpa kawan2 lama, kami x putus hubungan

Unknown berkata...

Ikut jalan nie memang best...ikan patin,talapia dan cendol durian sentiasa menanti anda..jalan pun ok dan byk dinaik taraf sesuai utk ride dan bawak family...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...