NuffNang

Isnin, 30 Januari 2012

Scooter? Apa yang best?

Salam,

Ramai yang tanya aku kenapa memilih untuk membeli dan menggunakan skuter berbanding dengan motor berantai yang lain. Jawapannya senang sahaja. Sebab minat. Bagi sesiapa yang pernah menunggang skuter, pasti tahu di mana kelazatan menunggang skuter. Perbezaan menunggang skuter berbanding dengan pengalaman menunggang mmotor berantai yang lain.

Cool, relak dan sungguh best kalau nak cruising. Start enjin dan pulas pendikit. Motor akan bergerak laju meluncur di atas jalan raya menuju ke destinasi yang kita pilih. Dari skuter yang sekecil seperti Elegan, sampailah skuter yang besar seperti Gilera 800 ataupun Burgman. Konsepnya mungkin sama sahaja. Dipacu menggunakan belting.

Cara duduk yang sungguh santai, mungkin setaraf duduk di atas sofa. Posisi duduk yang sungguh relak akan membawa kita ke destinasi yang kita impikan. Pulas pendikit, dan kawal kelajuan menggunakan brek di tangan..bukannya di kaki. Ingat tu..

Dengan skuter Elegan aku tu, aku dah merantau hampir ke semua pelusuk tanahair. Melayan selekoh Cameron dah melebihi 5 kali, Penang, Kuantan, Taman Negara, Temerloh, Mersing, Johor Bahru, Tangkak, Batu Pahat, Muar, Taiping, Kuala Kangsar, Kuala Terengganu, Tasik Kenyir dan sebagainya. Semua aku pernah sampai dengan skuter.

Mungkin ramai yang takut untuk berjalan jauh dengan skuter, sebab cerita motos yang mereka dengar akibat dari penggunaan belting paada skuter ini. Yang nyata, apa yang penting kita haruslah membuat persediaan awal dengan menghantar servis berkala. Insyaallah, enjin dan ketahanan skuter kita akan tahan lebih lama. Servis mengikut waktu yang disyorkan.

Kini terlalu banyak model skuter yang di tawarkan di pasaran. Bergantung kepada budget masing masing. Bukan sahaja budget untuk membeli, namun juga budget untuk menyelenggara. Kenapa aku berkata demikian? Sebab bagi aku, peruntukan untuk penyelenggaraan harus dilebihkan sedikit jika kita memilih untuk memakai skuter ini, berbanding dengan penggunaan motor berantai.

Namun kepuasan yang akan anda perolehi, membatasi dari jumlah peruntukan yang harus anda keluarkan untuk menggunakan skuter ini. Jika anda berniat untuk membuat perjalanan jarak jauh selalu, pilihlah skuter yang mempunyai sistem sejukan air. Mungkin mempunyai lebih ketahanan.

Apapun, layan dulu gambiran skuter yang ada mengikut pilihan anda memasing. Apa yang kurang dengan skuter? Bagi aku, gayat ketika mengambil selekoh..hahaha. Yang lain? Perfect,,best broo.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam Roda-Roda baru ada cerita fasal T-Max.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...