NuffNang

Jumaat, 20 April 2012

Day 3 - Kuala Terengganu-Kuantan-Pekan-Mersing-Kota Tinggi-Pasir Gudang

Salam,

Pagi nie kami bergerak agak awal. Perjalanan menuju ke Johor Bahru yang akan merentasi negeri Pahang dan Johor. Selesai solat subuh, kami checkout. Nampaknya cuaca masih agak mendung dan kelihatan tompokan awan hitam di langit.

Tidur malam tadi agak lena. Sedar tak sedar dah pagi. Selak langsir di tingkap, kelihatan hujan masih turun membasahi bumi Gong Badak nie. Alamak, nampaknya adakah aku akan ride dalam hujan pagi nie?


Bila tiba masa kami nak bertolak, hujan dah berhenti. Tapi masih nampak keadaan langit yang kelam. Agaknya mungkin hari nak hujan lagi nie..


Rupa rupanya kawasan tempat kami menginap malam tadi berdekatan sangat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu. Itupun kami perasan bila ada sebuah Air Asia nak berlepas dari lapangan terbang nie.


Lapangan terbang Gong Badak nie berdekatan dengan laut rupanya. Sebelah dari lapangan terbang nie, kelihatan tembok yang memisahkan daratan dengan laut.


Bila kami tiba agak hampir ke Kuala Terengganu, kelihatan tompokan awan hitam menyelubungi langit. Maknanya hujan akan turun tak lama lagi. Alamak, nampaknya hasrat aku nak makan nasik dagang nie boleh terbantut kalau camnie. Aku pun tak tahu mana kedai yang sedap nak makan nasik dagang nie. Tapi agak agaknya mesti berada di area Chendering.


Disebabkan hari nak hujan, aku pun berhenti dan switch off aku punya GPS. Kang tak pasal kena hujan. Kalau waterproof tu lain laa. Sepanjang perjalanan aku nie, hanya beberapa kali ajer yang aku switch on kan GPS, yang lain aku lebih suka berpandukan pada peta.

Lupa nak bagitahu, sebelum tu aku dah set GPS aku pada kedai makan Nasik Dagang Mak Ngah kat area Chendering tu.


Sebelum masuk ke bandar Kuala Terengganu, keadaan jalan sangat sesak dengan kenderaan yang berpusu pusu nak masuk kerja. Jadi kami terpaksa mengikuti belakang kereta dan sesekali menyelit bila ada kelapangan.


Akhirnya hujan turun dengan sangat lebat. Mencurah curah membasahi bumi. Jaket yang baru nak kering malam tadi kini dibasahi semuala dengan air hujan. Kami yang kebasahan akhirny sampai juga di area Chendering. Tapi nak makan memang tak sesuai, sebab riding pants dan jaket dah berlinang dengan air.

Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai makan bersebelahan dengan kedai nasik dagang Mak Ngah nie. Disebabkan kedai nie pun agak lengang, jadi kami duduk di sini serta mengorder makanan. Nasib baik kedai nie pun ada jual makanan terengganu. Ada keropok lekor dan juga nasi lemak lauk ikan tongkol.


Disebabkan memang dah berhajat nak makan nasik dagang Mak Ngah, aku berjalan kaki dalam hujan tu menuju ke kedai Mak Ngah. Bungkus nasik dagang enam paket. hehehe..Rupa rupanya sepeket berharga RM3. Wah,aku kira masyuk jugak kalau bisnes cam nie.

Kami makan dua bungkus nasik dagang tu buat penlepas kempunan. Selebihnya kami bungkus untuk makan di perjalanan nanti. Tak jauh dari area Chendering, sekali lagi kami di basahi oleh hujan yang turun dengan lebatnya. Nampaknya perjalanan pagi kami hari nie memang sentiasa basah..hehehe.


Menyusuri perjalanan dari Kuala Terengganu hingga ke Kuantan melalui jalan pantai memang satu pengalaman menakjubkan. Aku yang dah berkali kali melalui jalan nie pun memang tak pernah jemu. Pemandangannya sangat cantik dan memukau pandangan.

Sekali sekala, kita akan bertemu dengan gerai gerai menjual hasil makanan tempatam. Air nira, jagung, keropok lekor, satar dan otak otak serta pelbagai juadah lagi. Terpulang kepada kita samaada untuk berhenti atau tidak. Yang pastinya memang mengayikkan. Kalau naik kereta memang lagi best laa, boleh makan jagung sambil memandu..hahaha.





Kami melepasi beberapa pekan serta bandar kecil sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan. Keadaan jalan yang licin memang melambatkan juga perjalanan. Tak berani aku nak lari laju, nanti terovershoot menonggeng jugak tengah jalan nie.




Boleh dikatakan sepanjang jalan menuju ke Kuantan, kami sentiasa bertemu dengan keadaan langit gelap dan mendung serta rintisan hujan.






Kami melintasi pekan Dungun serta melepasi Kerteh, yang memang cantik pemandangannya di waktu malam. Kalau waktu siang nie, memang tak ada benda yang menarik pun. Sekadar melihat deretan kilang kilang petrokimia dan juga minyak dan gas.


Sampai di Kerteh nie, kami berselisih dengan bas nie yang kelihatan agak unik. Kalau tak silap aku, bas macam nie jugak aku berselisih masa kat Kelang tempohari.







Sebelum tiba di Kemaman, kami melalui projek mega yang sedang dalam pembinaan. Agaknya projek membina jambatan kot. Cuaca sewaktu kami tiba di Kemaman pun dah semakin baik, tak hujan dan panas. Jaket pun dah semakin kering. Kini kami kepanasan pula di bakar cahaya matahari ketika waktu dah menganjak hampir ke pukul 12 tengahhari.




Aku terpaku jugak dengan signboard Astro pasal iklan Masterchef yang menggunakan tulisan jawi. Sekali aku perasan masa kat Kelantan, dan sekali lagi aku perasan masa aku kat Kemaman. 


Pandangan peribadi aku, aku perhatikan keadaan jalanraya memang berbeza sewaktu di negeri Kelantan dan juga Terengganu. Jalan di Terengganu lebih cantik dan luas. Banyak jalan dua lorong.


Jam dah menginjak ke tengahhari. Kami memasuki ke Kuala Kemaman dan berhenti untuk makan tengahhari. Juadah makan tengahhari kami berupakan satar dan otak otak serta keropok lekor lagi. hahaha.


Otak otak Kemaman nie memang berbeza dengan otak otak Johor. Penuh dengan isi ikan yang fresh di balut dengan kelapa serta dibakar. Berbeza dengan otak otak Johor, Kalau tak percaya, cuba rasa dan korang tak kan menyesal.


Pelbagai santapan menarik yang boleh dicuba




Otak otak terengganu...mantap.
Alhamdulillah, selesai menjamu selera. Semua dah habis..

Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuantan. Waktu dinihari selepas makan nie memang agak meruntun perasaan sikit. Mata akan kuyu dan mengantuk. Namun perjalanan harus diteruskan.


melepasi sempadan Terengganu-Pahang
 Keluar dari negeri Terengganu, kami berhenti seketika di sebuah kedai motor di tepi jalan. Aku merasakan monoshock aku agak lembut dan sedikit berbuai di kala mengambil selekoh. Mungkin sebab naik berdua serta bebanan barangan yang dibawa.
 


Akhirnya kami tiba di Bandar Kuantan dan aku singgah di Chear Motor.


Melepasi Bandar Kuantan dan aku tak berminat nak singgah di mana mana pun sebab aku pernah duduk Kuantan nie seketika dulu. lagipun Kuantan dan Temerloh pekan kelahiran aku tak jauh pun sebenarnya. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Bandar Diraja.

Dipertengahan jalan, kami bertemu dengan Pusat Industri HICOm di mana di sini adalah pusat pemasangan bagi pelbagai kenderaan termasuk Mercedes Benz.




Tak lama selepas itu, kami dah mula memasuki bandar Pekan. Cuaca yang sangat panas tidak menarik minat aku untuk berhenti. Selepas dari Pekan, akan membawa kami ke bandar Rompin. 



Dipertengahan jalan menuju ke Rompin ini, kami dilanda dengan musibah. Namun syukur Alhamdulillah, kami dihindarkan dari musibah ini.

Aku hampir hampir kemalangan dengan sebiji kereta Proton Saga yang tiba tiba berhenti di pertengahan jalan untuk membelok tanpa memberi apa apa signal. Kejadian yang berlaku amat pantas. Kalau aku tak sempat mengelak, tak tau apa ayang akan terjadi. Kemungkinan besar aku akan menghentam sisi kanan kereta terbabit. Namun kotak sisi aku tetap bergesel dengan kereta tersebut.

Sepantas kilat, aku menekan kuat brek belakang dengan tarikan brek hadapan. namun kejadian yang sangat pantas ini tidak mampu menghentikan motor aku sepantas kilat. Motor membuai dan akhirnya bergesel dengan kotak sisi motor aku. Alhamdulillah aku dapat mengelak dan syukur tak ada kenderaan yang datang dari arah hadapan.

Bila aku berhenti, aku tengok kereta tu dah blah. Aku tengok keadaan motor aku dan isteri aku. Syukur tak ada apa apa. Tak nak memanjangkan cerita dengan hati yang berdegup kencang, kami pun blah.

Selepas itu, aku meneruskan perjalanan sekitar 80km/j hingga ke Kuala Rompin. Hingga ke saat ini aku masih terbayang bayang dan kengerian masih terasa. Memang kemalangan itu berlaku di luar jangkaan kita. jadi berhati hati dan paling penting berdoa sebelum memulakan perjalanan. 



Keadaan kotak barang sebelah kiri aku sejurus selepas kemalangan
Selepas kejadian tersebut, kami berhenti untuk minum dan menenangkan fikiran di Kuala Rompin. Di sini kami minum dan menghabiskan saki baki nasik dagang yang kami ada. Au tengok di kotak barang aku, masih melekat pecahan signal kereta yang melekat.


Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mersing. Di sini kami berhenti untuk membeli sedikit oleh oleh untuk di bawa ke JB.




Alhamdulillah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Tinggi dan akhirnya tiba di Pasir gudang jam 8 malam. Malamnya kami dibawa oleh kakak ipar untuk makan malam di Nasi Goreng Bawah Kolong dan merayau rayau ke Bazar Karat.







Perjalanan hari ini mengajar aku agar tidak mempercayai sesiapa di jalan raya dan lebih berhati hati. Pastinya jangan lupakan doa setiap kali ini memulakan perjalanan. Esok adalah hari terakhir perjalanan kami...

6 ulasan:

KANG LATEP berkata...

boleh tahan jauh tu perjalanan sehari dr k.trg ke pasir gudang...semua gambar yang u paparkan semua sy tau dimana..he he..sy kan selalu berulang alaik jalan itu..rmh mertua sy di chendering..dkt benor tpt u membedal nasi dagang tu..

Aku Budak Nerek berkata...

Kang, nanti next ride..pelawa lah saya. Nak jugak merasa ride sekali dengan Kang.
BTW, bagi saya jalan ke Trengganu adalah antara route tercantik! Apa kata Kang?

Nazrah berkata...

Rider Tegar mana takut hujan kan..tapi saya dan suami teringin nak ke Kuala Rompin.. agak2 jauh gak kan.. nasib baik tak kemalangan ..

aboyNajun berkata...

fuhhh Alhamdulillah bro berdua tidak ditimpa musibah yang teruk.. mmg ngeri kalau difikirkan.. yela dengan kelalaian dan kecuaian orng lain kite yang jd mangsa... pepun nice trip... Mersing tue kg hamba bro!!

Syafri Hj Shuib berkata...

area lapangan terbang mmg kawasan untuk makan Seafood celup tepung..maybe badan dah penat, so tak terpikir dah nak makan..Nice ride.

Aku Budak Nerek berkata...

Syafri: Next time kena buat ride khusus ke Trengganu dan Kelantan...discover makanan Pantai Timur! Boleh tidur Tasik Kenyir dan balik ikut Cameron..huhuhu

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...