NuffNang

Selasa, 8 Mei 2012

Ride to Mersing - Basah Kuyup

Salam,

Ahad lepas aku ke Mersing. Sajer ikut group Landau Bikers dengan Geng Burung hantu pergi lunch kat sana. Pagi tu bangun tidur, aku tengok cuaca cantik jerr. Sejam lepas tu, aku tengok langit dah start kelam dah. Gelap semacam jerr macam nak malam. Adoii, kalau macam nie memang lencun laa jawabnya.

Tak lama lepas tu, hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik tak berpanjangan. Tak lama lepas tu, hujan berhenti. Aku dah janji dengan Fairuz dan Azri nak RV kat Petronas Bukit Putus. Tak lama lepas tu, Lan telefon aku cakap diaorang tak lalu ikut Kuala Pilah dan Bahau. Dia orang nak naik Jelebu via Bukit Tangga.

Akibat sedikit masalah teknikal, aku dan group dari Senawang hanya sampai pukul 9 pagi kat RV Exit Jelebu. Sorry laa geng..sedikit kelewatan. Akibat kelam kelibut, tak sempat nak snap gambiran.

Route sedikit berbeza dengan route yang biasa aku ikut. Tapi akhirnya akan masuk di persimpangan yang sama..Hehehe. bezanya, ada permulaan layan corner di Bukit Tangga.


Permulaan perjalanan yang sangat baik. Tak hujan dan tak panas, cuma jalan masih basah akibat hujan yang turun pagi tadi. Melayani selekoh demi selekoh hingga membawa kami ke pekan Jelebu. Aku tengok Abang Zainudin yang mengepalai konvoi melayan GS dia, pherggh. GS pun boleh layan corner kalau berani. Lan dengan Mat pun sama berani, layan corner dengan GTR14.

Geng superbike jangan cakap laa. Farhan, Fairuz dengan Versys memasing. Herman dengan ER6, Azri dengan ZZR dia. Memasing berdesup layan corner. Aku stended laa..slow.

Hari Ahad, ada pekan sehari di pekan ini. Jadi pekan ini agak sibuk. Di sini juga, kami telah bertemu dengan sekumpulan kereta Ferarri dan beberapa kereta sport yang lain. Agaknya dari Genting Perez. Tak sempat nak ambik gambar. Yang aku perasan, ada Fairlady, GTR, Ferarri dan juga Audi. Pherghh...marbless btol! 

Kami melalui jalan kampung hingga membawa kami ke persimpangan Air hitam, di sini kami belok ke kiri hingga sampai ke Persimpangan Serting. Jalanan yang lurus menuju ke Felda Palong. Di sini kami berhenti untuk re-fueling dan mengalas perut dengan roti.












Selesai mengisi minyak dan mengalas perut, abang Zainudin memberi signal untuk kami meneruskan perjalanan. Jalanan ini memang lurus, namun harus berhati hati kerana banyak persimpangan. Boleh di katakan jalan ini agak boring, kerana di kiri dan kanan hanya terdapat pokok sawit. Kami sampai di persimpangan Intan berdekatan bandar Muadzam.

Di sini berlaku sedikit kekeliruan. Aku ingatkan semua tahu jalan menuju ke Kuala Rompin. Last last aku tengok semuanya belok menuju ke Kuala Ibam. Ingatkan ada jalan baru, rupa rupanya semuanya dah tersesat..hehehe. Terpaksa berpatah balik menuju ke jalan yang benar.

Tak sampai 7 km melepasi bandar Muadzam, motor Azri breakdown. Tak nak hidup dan terus bungkam. Abang Zainudin mengarahkan agar motor di tunda sehingga ke pekan Muadzam untuk mendapatkan bantuan. Aku dan Herman menunda motor Azri dan mencari bengkel. Namun hari Ahad mana ada bengkel yang buka. 

Keputusan di buat untuk menumpangkan motor Azri di rumah pak mertua  member aku. Dan selepas itu, Azri membonceng aku hingga sampai Senawang.

Ketika nak keluar dari pekan Muadzam, kelihatan awan hitam telah mula meliputi langit. Memang nampaknya akan mandi hujan laa sekejab lagi nie. Selesai mengisi minyak di Muadzam, kami berlepas.



Tak lama selepas itu, hujan turun dengan selebat lebatnya membasahi bumi. Memang lencun dan cukup lebat. Boot terasa bertakung dengan air hujan. Jaket dan riding pants pun basah. Hujan yang sangat lebat hingga kami tak nampak apa yang ada di depan. Di tambah pula terpaksa memotong deretan bas yang cukup banyak menuju ke Kuala Rompin.

Rupa rupanya ada sambutan Sepetang bersama PM di Kuala Rompin petang tu. Patut laa banyak sangat konvoi bas ke sana. Sampai di Kuala Rompin, kami dapati banyak konvoi motor cub dan superbike yang berteduh kat kawasan rumah orang. Bikers takut kena hujan beb..hahaha.

Kami sampai di Mersing dalam pukul 2 petang. Berhenti mengisi minyak sambil memanaskan badan yang kesejukan.


Wah, nampaknya GS memang steady. Tak perlu re fueling pun. Best betul ada tangki besar nie..


Abang Zainudin belanja kami makan di sebuah kedai kat tepi laut tu. Makanan memang sedap, ditambah lagi dengan badan yang sejuk dan perut yang lapar, memang bertambah sedap laa makan tengah hari tu. Thanks to Boss, sebab belanja makan!






Dah kenyang, sampai masa untuk bertolak balik. Masa nie hujan dah berhenti. Yang ada cuma gerimis gerimis halus ajer. Boss tanya samaada aku tahu jalan shortcut nak balik ke KL. Dari pengalaman aku, aku tahu jalan ikut Felda Nitar yang akan membawa kami ke Kluang. Boss setuju dan decide untuk ikut jalan tu untuk balik.





Perjalanan ikut Felda Nitar nie agak mencabar jugak. Berlikuan dan bengkang bengkok. Keadaan jalan pun tak berapa cantik sangat. Jalan pun still icin sebab hujan renyai yang turun semula. Akhirnya kami sampai juga ke Kluang dan ternyata di sini hujan telahpun berhenti.

Teori yang menyatakan kawasan pantai barat semenanjung tak hujan memang betul. Hujan hanya membasahi kami di Mersing dan langsung tak hujan bila kami sampai di Air Hitam. Tapi masih ada kesan basah di jalanan menandakan sebelum tu memang hujan turun. 

Kami melalui lebuhraya Utara Selatan dan berhenti re-fueling di Kawasan rehat Pagoh. Sebelum tu aku agak kaget kenapa tiba tiba lampu amaran overheat aku menyala lantas menyebabkan aku memperlahankan kelajuan motor aku. Tapi nasib baik sekejab ajer, dan selepas tu tak ada masalah lagi sampai aku tiba di Senawang.

Di sini kami bertemu dengan sekumpulan penunggang Ducati yang baru balik dari Singapura. Banyak monster dan juga beberapa biji Multi Strada. Konvoi mereka diiringi oleh van pengiring dari Naza Bikes.



Group Boss akan masuk singgah di Melaka, manakala aku Azri dan fairuz akan meneruskan perjalanan hingga ke Senawang. Perjalanan petang tu memang sesak dengan deretan kenderaan yang menuju ke Kuala Lumpur. Lebih lebih lagi bila kami hampir sampai di susur keluar Senawang.

Alhamdulillah perjalanan hari tu selamat tanpa ada apa apa aral. Jumlah perjalanan keseluruhan adalah hampir 700km. Perjalanan yang seronok walaupun sejuk di basahi hujan.

3 ulasan:

aboyNajun berkata...

terbaik bro! yang stedy tak isi minyak masa kat mersing tue bukan GS kan GTR... pepun... thanks for sharing

Nazrah berkata...

saya pun 2 minggu lepas palong ke Bandar Muadzam dan berhenti di stesen minyak yg sama.. terus ke Tg Gemuk dan bermalam.. makan Udang Galah..tapi balik ikut Pekan ke KL..

KANG LATEP berkata...

pergi Mersing ikut jalan pantai memang best...

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...