Sedar tak sedar, 1 Syawal sudah berlalu. Aidilfitri pun dah masuk ke hari ketiga. Aku pun dah kembali dari kampung untuk bekerja semula esok. Bagi mereka yang bercuti panjang, memang seronok bercuti dan berhari raya bersama keluarga.
Kali nie aku balik beraya bermotosikal. Balik pun sekejab ajer, petang raya kedua aku dah berada di negeri Sembilan semula. Jadilah, di hari raya dapat aku bersalaman dengan kedua orang tua aku, bersama adik beradik dan mengunjungi pusara sanak saudara yang telah tiada.
Balik ke kampung bermotosikal pada petang sebelum raya. Jalan memang jammed. Banyak kenderaan. Ditambah pula dengan keadaan jalan yang basah akibat hujan renyai. Menyiksakan. Bertolak jam 6 petang dari Senawang. Hasilnya berbuka puasa di Petronas Pekan Bera.
Juadah berbuka puasa aku.. |
Kalau nak dikatakan cuti, memang tak cukup. Tapi kita harus bijak mengawal perasaan dan berfikiran matang antara rezeki dan juga bersuka ria. Tapi apa yang aku suka bila balik berhari raya di kampung, aku dapat makan pelbagai jenis masakan baru. Contohnya tahun nie, aku makan lemang dengan rendang rusa dan juga rendang landak. Pherggh..terbaik!
Rusa beb...landak pun ada.. |
Selain dari makanan raya, apa yang aku nak ceritakan kali nie adalah mengenai sikap. Sewaktu dalam perjalanan pulang berhari raya, kereta memang banyak di jalan raya. Walaupun aku tidak menggunakan lebuhraya utama, namun jalan kampung pun tak kurang juga hebatnya.
Jalan kampung aka jalan persekutuan ini adalah jalan utama bagi mereka yang tinggal di Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur yang ingin baik ke Muadzam, Kuantan, Temerloh ataupun Mersing. Jadi tak mustahil jalan ini boleh sesak dengan kenderaan.
Jadi bila keadaan jalan telah dipenuhi dengan kereta, kita harus berfikiran yang tak semua orang sesabar kita. jadi kita harus lebih berhati hati. Ada pemandu yang tidak bertimbang rasa akan tidak mengambil kira kita penunggang motosikal ini wujud di jalanraya. Jadi kita harus bersedia dengan lampu tinggi dan juga hon untuk mengingatkan mereka.
Selain dari tu, menggunakan laluan jalan kampung aka jalan persekutuan ini juga mengundang kita kepada bahaya yang tak terduga. Kita melihat jauh kehadapan, kelihatan jalan sangat clear, redup dengan rimbunan pepohonan getah seolah olah membentuk terowong.
Terfikirkah anda ketika kita memecut melintasi hutan getah atau kelapa sawit dikiri kanan jalan, secara tiba tiba melintas keluar babi hutan ataupun anjing mahupun kucing? Apa yang akan jadi dengan anda walaupun anda hanya memerah throttle selaju 90km/j? Cukup mengerikan implikasinya.
Tapi di musim perayaan ini juga, kita akan dapat menambah kenalan. Aku bertemu dengan seorang Bikers yang menunggang GTR1400 tersekat dalam kesesakan di pekan Kuala Pilah. Maklum lah GTR1400 nie kan gemuk, jadi aku yang ramping sikit nie harus membuka jalan untuk kami lalu.
Secara tak langsung, aku dapat seorang sahabat baru walaupun kami tak sempat bertukar no telefon. Yang pasti, aku ingat plat no motornya WTC****. Kami berdua bersama sama ride melepasi kesesakan jalanraya hingga tiba di Senawang sewaktu hujan lebat.
Sahabat nie ada memberi signal mengajak aku minum sebelum kami tiba di Senawang, namun dengan keadaan jaket dan seluar yang lencun aku terpaksa menolak. Lagipun ada ker kedai yang buka pada raya kedua? Jadi jika saudara yang menunggang GTR1400 itu terbaca nukilan ini, maka haraplah dapat menghubungi saya semula.
Akhir kata, menungganglah dengan cermat sewaktu kembali ke ibu kota. Responsif dengan permukaan jalan, berhati hati, alert dengan keadaan sekeliling dan yang penting pastikan kondisi kenderaan kita dalam keadaan terbaik! Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.
Layan laa gambar Kelas Menunggang Motor adik aku kat kampung nie..
Kucing pun beraya jugak..hehehe |
Anak saudara aku yang semakin menginjak remaja |
Dia nie copy muka aku masa kecik nie...hehehe |
1 ulasan:
selamat hari raya bro
Catat Ulasan