Alhamdulillah akhirnya tuhan memperkenankan doa aku untuk merasa ride merentasi border. Walaupun tak jauh, tapi dah cukup bagi aku untuk first time experienced. Perancangan awal sepatunya kami ride bersama sama Boss Din yang akan memacu GS1200. Namun di saat akhir, pada malam sebelum bertolak kami mendapat tahu bahawa beliau terpaksa membatalkan rancangan ini akibat dari beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Akhirnya, kami bertukar leader. Nasib baik juga ada antara kami yang pernah dan mempunyai pengalaman ride ke Krabi, Koh Samui dan Phuket sebelum ini. So, nampaknya Farhan GS kuning akan membawa kami masuk ke Siam.
Seperti yang dirancangkan, kami akan bertemu di RnR Sungai Buluh seawal jam 5.30 pagi kerana kami merancang untuk tayar golek jam 6.00 pagi selepas subuh. Aku bangun dari tidur jam 4 pagi, kononnnya nak gerak jam 4.30 pagi. Last last pukul 5 jugak baru meninggalkan Senawang. Cuaca sangat cantik ketika aku meninggalkan Senawang, namun kelihatan jalan basah selepas hujan apabila aku tiba di Sungai Buluh.
Sampai di RnR Sungai buluh jam 5.45 pagi. Kelihatan seekor arnab kepunyaan Jep dan GS kuning si Farhan dah siap parking kat situ. Yang lain masih belum kelihatan. Sementara menunggu kelibat rakan rakan yang lain sampai, kami mengambil kesempatan menunaikan solat subuh dahulu. Tak lama kemudian kedengaran ngauman motor geng dari Bangi/Kajang pula tiba. Wak Lan dengan GTR14, Ipin dan wife dengan ZX10 dan juga Pali dengan Rabbit 650f beliau..hehehe. So total ada 7 bi
Siap bersolat, kami bersarapan dahulu sementara menunggu Mat yang masih belum sampai. Sarapan ringan, sebungkus nasi lemak serta secawan kopi. Untuk ride kali ini, 3 biji motor akan membawa pillion. Aku, Farhan dan juga Ipin.
R&R Sungai Buluh 7am
Selesai bersarapan, dah hampir jam 7 pagi. Naun kelibat Mat masih belum nampak. Tak lama kemudian, hampir jam 7 pagi kedengaran ngauman bunyi ekzos yang keluar dari corong GTR14 beliau.
Selesai mengisi mimyak, kami meneruskan perjalanan ke utara. Kereta agak banyak juga pagi ni. Pagi Jumaat. Kami berjanji akan bertemu di RnR Tapah untuk refueling. Jadi bagi geng geng superbike yang laju boleh pergi dahulu dan tunggu kami di sana. Aku dan Farhan menunggang dengan kelajuan santai, 160kmj. Maklumlaa, motor ber cc kecik, tak laju, bawak pillion dan juga side pannier yang penuh di kiri dan kanan.
R&R Tapah 8.00am
Satu jam kemudian, kami dah sampai di RnR Tapah. Berhenti untuk mengisi minyak dahulu. Kami pun tak berniat nak berhenti lama. Kononnya nak mengejar masa di sempadan. Namun ada juga masalah yang secara tiba tiba muncul..hehehe. nak tahu apa? Tunggu sampai aku tiba di sempadan.
Sebab kami nak mengejar masa, setiap kali berhenti kami tak berhenti lama. Isi minyak, dan menghabiskan sebatang dua rokok dan terus gerak. Next hentian kami adalah hentian Juru. Tak ada apa apa yang menarik sepanjang lebuhraya utara selatan nie. Tapi percayalah, keadaan lebuhraya kita memang jauh lebih baik dan berbeza jika dibandingkan dengan keadaan jalan di negara Thailand.
R&R Juru 10am
Kami sampai di hentian juru untuk mengisi minyak. Kat sini pun kami tak berhenti lama. Aku dah mula melihat keadaan tayar belakang aku. Rasa tak sedap hati pun ada. Tayar stock nie sepatutnya tahan lagi. Baru 10 ribu km. Masih nampak lagi bunganya. Dan pandangan dari sahabat sahabat juga diambil kira, so aku ambil keputusan untuk tukar hanya ketika aku keluar dari Thailand.
Urusan insurans dan juga white card untuk RM 18. Senang jerr. Korang cuma perlu sediakan passport dan juga photostat geran. Pastikan kalau bukan geran atas nama anda, sediakan surat serahan pinjaman dari pemunya motor. kalau tak der, kat sini okay lagi. tapi anda akan bermasaalah ketika sampai di border Sadao nanti.
Selesai semua urusan kat Gurun nie, dalam pukul 1130 kami terus shoot ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Waktu nie jalan dah agak sibuk sikit dengan kenderaan. Sampai kat Changloon pun dah sibuk. Dan cuaca memang dah terasa bahangnya.
Sebelum sampai kat Bukit Kayu Hitam, Paan berhenti di sebuah stesen Caltex di Changloon. Dia mengarahkan kami semua refueling full tangki memasing. Sebab petrol kat Siam memang mahal berganda. Siap isi minyak dan menambahkan air mineral dalam badan, kami terus gerak menuju ke sempadan.
Kami selamat sampai kat sempadan jam 12 tengahhari. Pada waktu nilah masalah tiba tiba datang. Aku minta maaf lah geng...sebab dengan masalah nie, perjalanan kita tergendala hampir 3 jam. Apa nak buat, next time kena lebih alert.! Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan