Salam, lama aku tak update blog nie. Banyak cerita sebenarnya nak story, tapi takder masa nak taip. Semalam adik aku datang rumah, ajak aku buat short ride. Sebab dah lama sangat tak jalan, qku pun setuju jerr laa. Aku pun sama, memang lama tak jalan jalan.
Memandangkan aku semalam pun kerja pagi, aku plan untuk jalan jalan lepas aku balik kerja jerr la. So destinasi yang aku pilih adalah dekat dan ada makan makan. So pilihan kali nie tak lain dan tak bukan adalah ke Alor Gajah untuk pekena cucur udang alor gajah.
Adik aku sampai kat rumah aku dalam pukul 5 petang. Berpeluh peluh jugak laa dia dalam jaket touring Koma dia tu. Aku memang dah standby, mandi lepas balik kerja pas tu tunggu dia sampai. Cuaca sekarang agak panas, walaupun dah pukul 5, memang masih terasa panasnya.
Kami gerak melalui jalan dalam menuju ke Alor Gajah. Waktu nie kenderaan agak banyak, mungkin time orang baru balik kerja kott. Kami pun ride slow jerr. Bukan naik moto tonggek yang memerlukan kelajuan sepanjang masa, hehehe.
Menelurusi jalan jalan kampung memang mendamaikan. Namun kepanasan cuaca membuatkan perasaan agak rimas. Terpaksa bersaing dengan kenderaan yang bertali arus pulang menuju ke rumah.
Akhirnya kami samoainjuga ke destinasi pada jam 6 petang. Syukur alhamdulillah kedai masih buka. Malangnya telefon aku habis bateri, so tak dapat laa aku nak ambik gambar suasana kat kedai tu. Sama jerr dengan gambar gambar yang aku post sebelum nie.
Terlanjur aku tulis pasal ride nie, aku nak bagi review sekali laa pasal motor adik aku yang sempat aku tengok dan uji tunggang sekejab tu. Bagi aku motor nie memang pure dual purpose, kelahiran dua alam. Tak sama macam Versys. Tengok tayar pun dah tahu.
Motor nie secara fizikalnya sama besar jerr dengan moto aku. Nampak gah dan bergaya. Kedudukan posisi menunggang lebih selesa dengan hendal yang lebih tinggi dan lebar. Motor nie pada dasarnya lebih tinggi sikit dari Versys aku. Pelananya yang rata memang sesuai untuk mengembara jauh, dan paling selesa untuk pillion. Motor nie lebih ringan dari motor aku, mungkin sebab adik aku tak pasang kotak kot. Lagipun tayar depan dia lebih nipis dari tayar aku.
Waktu pulang, kami melalui lebuhyara utara selatan. Lampu motor nie aku dapat rasakan lebih terang bila dia follow aku dari belakang. Kami stended laa, larintak laju pun. So jangan tanya aku berapa topspeed yang motor nie boleh dapat ya. Tapi sewaktu aku lari dalam 160kmj, aku tengok selamba jerr adik aku boleh follow. So okay laa tu. Sepaanjang perjalanan, kami hanya menten dalam 139 ke 140kmj jerr. Ideal dan tak memenatkan.
Namun datipada pemerhatian dan kaji selidik, aku mendapati bahawa rpm motor adik aku lebih rendah dari rpm aku. Darinsegi mekanikalnya jangan tanya aku kenapa, aku tak tahu nak jawab. Masa rpm aku 5000rpm, moto adik aku hanya mencecah 4500rpm sahaja. Sapa sapa yang ada idea mekanikal, tolong habaq mai sikit pasai apa.
Okay laa, aku selamat sampai rumah dalam pukul 7.30, adik aku pulak lajak laa dalam 40 minit lagi baru dia sampai rumah. Satu ride duo yang sempoi. Short ride tapi nyaman. Nie permulaan ride sebelum kami melangkah lebih jauh melangkaui sempadan hujung tahun ini. Inshaallah.

2 ulasan:
KLR tu... berapa CC tu bro?
Rasanya 650 kot?
Setahu maza, setiap jenis motor seperti sport bike, cruiser, touring, dual purpose bike, mempunyai talaan yg berbeza sesuai dgn fungsi kenderaan itu walaupun menggunakan jentera yang sama seperti Versys dan ER6-n/f.... Talaan untuk dua jenis motor ini berbeza walaupun sistem dan jentera digunakan adalah sama.
http://mazaaida.blogspot.com
Ya Maza. Sama cc jer, 650. Saya juga berfikiran sama cam Maza tu..kalau salah tolong betulkan.
Catat Ulasan