NuffNang

Sabtu, 9 Januari 2016

Hari Pertama; Thistle Hotel JB

Assalamualaikum,

Ini adalah hari pertama aku sampai ke JB. Walaupun memang dah banyak kali aku sampai ke JB sebab acara balik kampung, namun inilah kali pertama secara rasmi aku ke JB untuk acara bersantai dan jalan jalan. 

Hari sebelumnya, selepas balik dari kerja aku lepak lepak kat rumah dulu. Sebab balik kerja pun dah pukul 8. Penat pulak rasa badan. Pukul 10 malam baru aku bergerak. Singgah bermalam kat rumah kakak ipar aku di Batu Pahat, Memang aku suka stay kat sini sebab suasana perkampungan kat sini sangat cool. Perkampungan yang tersusun, beserta pemandangan ladang nenas dan suasana tanah gambut yang memang mendamaikan.

Pukul 11 pagi aku bergerak ke JB. Melalui jalan kampung yang memang sangat cantik pemandangannya. Landskap kiri kanan yang dihidangkan dengan ladang nenas beserta pokok pisang dan juga ubi kayu. Aku mengambil route jalan dalam Seri Merlong - Pontian - Pekan Nenas - Johor Bahru. Cadangnya nak singgah kat Pekan Nenas beli burasak, namun hampa sebab setiap kali aku lalu memang gerai nie tutup. Lepas tu kononnya nak singgah ke Muzium nenas, tapi tetiba tak lalu pulak jalan tu...adoii.

Aku sampai kat JB dalam pukul 1 tengahari. Biasalaa, kalau nama pun santai memang banyak tempat nak menyinggah. Persinggahan aku yang pertama adalah untuk cari port makan tengahari dulu. Memandangkan perut pun masih kenyang sebab aku dihidangkan dengan nasi putih dan sambal sotong tadi, aku ambik keputusan untuk makan yang ringan ringan jerr. Lantas kacang pool menjadi pilihan. Seperti biasa, pilihan aku adalah Kacang Pool Haji yang terletak bersebelahan dengan Balai Bomba Larkin.


Harga untuk satu set kacang pool adalah RM5. Aku makan beserta dengan ABC dari kedai bersebelahan. Nak kata sedap sangat tu lah lah, tapi selera masing masing kan. Cukup sekadar untuk membasahkan tekak.




Disebabkan waktu check in adalah pada jam 3 petang, bila dah siap siap makan aku pun terus laa mengambil jalan ke Danga Bay. Nasib baik hari tu jalan tak jammed. Namun JB sekarang memang sangat membangun. Dah banyak persimpangan bertingkat dan pembangunan bandaraya memang begitu rancak dijalankan.

Payah juga aku nak cari jalan masuk ke Thistle ni, sebab beberapa kali terlepas simpang. Guna Waze pun kadangkala pening jugak...adoii. Nak tanya dengan gefren aku yang asal JB pun, dia dah tak dapat nak cam jalan sebab dah banyak berubah. Akhirnya aku sampai juga ke Thistle yang terletak bersebelahan dengan Menara Jam Dataran Bandaraya nie.

Waktu nak check in pun ambil masa jugak. Walaupun Hotel nie bertaraf 5 bintang, namun bagi aku simple jerr. Tak der laa grand sangat. Okay lagi laa bagi orang kampung cam aku nie nak check in, tak laa rasa janggal. hehehe.

Waktu tu, kaunter check in pun buka 2 jerr. Queue jugak laa. Lepas tu baru laa buka satu lagi counter selepas shift petang masuk kot. Settle urusan check in. Dah dapat passcard masuk bilik. Jomm masuk bilik..
Ruang ke lif
Bila masuk lift jangan nak pelik pulak, seperti hotel hotel besar yang lain pengunaan passcard perlu digunakan apabila kita masuk kedalam lift. Ini sebagai salah satu daripada aspek keselamatan yang dipraktikkan agar tiada pencerobohan daripada orang luar yang ingin masuk ke bilik. Korang touch dulu passcard tu dan kemudian baru boleh nak tekan nombor level bilik anda tu.


Selagi korang tak touch passcard tu, jangan harap laa korang boleh nak tekan nombor level bilik korang tu. Keluar jerr dari lift, ini adalah pemandangan pertama.


Dan ini adalah laluan menuju ke bilik anda...
Bukak jer pintu terkejut aku tengok ada sorang mamat dalam bilik aku. Aik...salah bilik ker? Rupanya ada mamat maitenance sedang repair lampu tidor. Tunggu mamat nie repair lampu sambil aku meneliti keadaan bilik. Agaknya sebab hotel nie sentiasa full house, keadaan bilik masa aku masuk tak der laa kemas sangat.


Dalam bilik mandi ada bathtub. So boleh laa hero aku nak berendam. Condition bilik mandi tak der laa lawa sangat. Biasa biasa ajerr...





Housekeeping bilik pun tak lah sebersih yang disangkakan. Kalau diteliti, memang akan terjumpa dengan kekotoran di belakang pintu dan dicelah celah bahagian yang terlindung. Amboi detail sangat aku nie macam nak buat audit pulak kan. Nasib laa, sebab penginapan aku pun bukannya ditaja oleh Hotel. So aku tulis laa apa yang aku nampak...




Kelengkapan bilik standard memang telah disediakan dengan seterika. Jadi tak perlulah nak panggil room service untuk minta pinjam seterika. Bilik Deluxe aku tak tau lerr, pasal tak mampu nak duduk situ. Mesti laa bilik lagi besar dan luas kan? Dengan pemandangan menghadap selat tebrau tu. Siap nampak Singapore lagi....keleesss.


Keadaan pintu bilik mandi pun dah terkopak....adoyaii. Untuk pengetahuan pintu bilik air nie memang tak ada kunci. Tapi apa ada hal...sapa nak buka bilik air masa korang mandi kan..

Pintu bilik air pun boleh pecah dan terkopak...adoiiih

Dalam bilik memang dah tersedia TV LCD. Agaknya dalam 42 inci kott. Siaran Astro pun banyak channel gak yang tersedia. Wifi diberikan secara percuma. Password dan juga kata nama login diberikan semasa pendaftaran masuk bilik. Dalam bilik pun memang dah ada sejadah. Pun tak payah nak mintak dah.



Dia punya katil memang superb, walaupun bilik standard. Besar sebab dicantumkan dua katil single. Walaupun dicantumkan, namun tak terasa ruang yang bercantum tu. Katil memang best. Aku tidur bertiga pun masih lagi luas.


Okay bila dah habis kita meneroka dalam bilik, jom kita lihat apa yang tersedia di kawasan persekitaran hotel nie. Hotel ini menyediakan fasiliti asas bagi sesiapa yang menginap di sini. Penggunaan swimming pool dibuka seawal jam 6 pagi sehingga jam 9 malam memang superb. Kemudian hotel ini juga menyediakan Gym dan Gelanggang Tennis bagi penginap yang memerlukan fasiliti sedemikian.

Hero aku memang dah tak sabar nak terjun kolam.






Keadaan kolam renang memang superb. Besar sungguh. Tak der laa berebut rebut sangat nak main kolam...hahaha. Tapi untuk petang nie memang ada satu dua orang sahaja yang sedang mandi. Yang lain sebab baru saja check in kot....masih bermalas malasan di bilik.












Hero aku dalam misi mengushar kolam renang..

Walaupun berada di tengah bandaraya Johor bahru, namun suasana resort dalam taman memang terasa apabila menginap di sini.


Keadaan lobi yang sangat simple dan kurangnya kerusi kerusi untuk menunggu.


Okay. Sekarang jam pun dah menunjukkan jam 5 petang. Selepas solat Asar, kami keluar semula ke bandaraya JB untuk jalan jalan sambil nak beli barang sikit. Masa nak balik ke hotel, kami singgah di Medan Selera yang terletak berhampiran sangat dengan hotel. 

Pelbagai aneka makanan yang ada di sini. Memang betul lah aku ada terbaca artikel yang menyatakan bahawa Johor Bahru juga adalah syurga makanan selain daripada Pulau Pinang. Ada pelbagai masakan daripada sup-sup, makanan panas, ikan bakar, seafood, makanan thailand, makanan Singapore dan pelbagai jenis makanan lagi. You name it, You got it!!

Kalau pun korang tak jumpa Medan selera nie, berhadapan dengan Dataran Bandaraya ada sebuah Restoran Makanan Segera KFC, dan tak jauh dari situ pun ada Mc D. Jadi bab dan masalah kelaparan diwaktu malam tak akan berlaku. Berhadapan dengan Dataran Bandaraya pun ada medan selera yang menempatkan lori lori peniaga yang kebanyakannya kan menjual steamboat cucuk.

Bagi aku, petang tu aku cari laksa Johor. kenamyalan gerai yang terdapat di situ menyatakan bahawa laksa Johor hanya dihidangkan untuk makanan sarapan pagi. Namun memang nak jadi rezeki, ada sebuah gerai yang menjual pelbagai aneka laksa. Ada laksa Sarawak, laksa Johor, laksam, Mee kolok dan pelbagai jenis makanan lain.





Selesai makan petang, aku kembali ke bilik untuk acara menunggu ke malamnya. Cadangnya aku nak tengok laa acara sambutan Tahun Baru 2016 di Dataran Bandaraya nie. Jadi sebelum tu, jom laa kita lepak bilik dulu sambil menunggu solat maghrib dan Isyak.

Lupa pulak nak bagitahu, untuk room service bilik nie kita hanya perlu menekan kekunci Knock Knock yang terdapat kat telefon. Apa sahaja yang korang nak, just mintak ajer.



Bila malam dah menjelma, jom kita jalan kaki turun ke Dataran Bandaraya. Pelik jugak aku pasal apa pulak sambutan malam tahun baru, ramai pulak orang pakai baju melayu...Siap bersongkok...



Mercu tanda Bandaraya Johor Bahru
Rupa rupanya acara sambutan Tahun baru malam nie digantikan dengan Acara Ceramah agama oleh Ustaz Kazim Elias. Owhh...patut laa ramai sangat yang berbaju melayu..



Sambil sambil dengar ceramah agama nie, aku pun jalan jalan laa sambil mengushar apa yang ada dijual di kawasan sekitar. Ini adalah apa yang aku dapat sebagai salah satu acara makan makan Johor Bahru....

Tauhu Bakar
Amat merugikan kalau korang datang ke Johor tapi tak merasa makan tauhu bakar nie. Gefren aku cakap tauhu bakar nie memang femes kat JB. Kemudian makan laa otak otak. Dahulu kala aku makan otak otak nie, baru berharga 50 sen, sekarang dah naik jadi 80 sen untuk satu. Tapi memang besar dan tebal laa..


Benda makanan lain aku dah tak larat nak makan. Sebab kekenyangan. Walaupun memang terdapat banyak lori pickup pasar malam yang menjual steamboat cucuk. Maklum laa petang tadi juga dah melantak SubWay sempena Jualan Hari Khamis, Buy 2nd at 50% less...hehehe. Mungkin next rip aku akan makan, dan juga akan mencari bubur nasi Sentosa..

Jadi bila dah kekenyangan, mata anak aku pun dah kuyu. mengantuk. Nak ajak tunggu acara sambutan Tahun baru pun dia dah tak nak. So apalagi, jom balik bilik dan beradu....

Dalam bilik bila detik 12 malam, dapat juga lihat sambutan bunga api di kawasan persekitaran daripada cermin bilik aku tingkat 8...Esok pagi nak bangn pagi, pergi breakfast dan mandi kolam...yahooo.

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...