NuffNang

Sabtu, 25 Februari 2017

Terjahan IB Discovery ke Cameron Highland

Assalamualaikum,

Ride ke Cameron Highland ini sebenarnya adalah satu ride yang telah dirancang dan termasuk dalam agenda IB Discovery untuk tahun 2017. Mula mula cuti tak tentu, bila cuti dah approved pulak, ada pulak hal yang aku tak dapat nak elakkan. Jadi ride ke Cameron highland nie berlangsung tanpa kehadiran aku.

Ride yang sebenarnya dirancang akan melewati highway ke Sungkai, merasai keenakan nasi bamboo dan seterusnya melalui costal road hingga ke Batu Gajah untuk melawat Kellie Castle. Dari sana ride akan terus ke Simpang Pulai seterusnya mendaki untuk ke Cameron Highland.

Keesokannya, ride akan kembali berpatah balik ke Senawang melalui Sg Koyan Raub dan singgah merasai keenakan Lemang Tokki di Bentong sebelum sampai ke Senawang.

Ride kali ini akan di ketuai oleh saudara Hisham Acepai dan lead by Farizal.
Rakan rakan yang turut serta kali ini terdiri dari:

Hisham EX5
Farizal Wave 125
Nazly Smash 110
Azri Mutalib Kriss 110
Zaini Demak 
Abey LC135
Dira LC135
Cip Apis Modenas Dinamik


Seperti yang direncanakan, RV adalah di Shell Seremban Jaya jam 7 pagi. Dari sana ride akan terus menelurusi highway PLUS sehingga ke Sungkai.


Cip bersama abang kesayangan yang datang memberi peransang
Ride berhenti di Sungkai pada jam 12 tengahari. Alhamdulillah selamat sampai tepat masanya untuk masa makan tengahari. Memandangkan perut pun dah lapar, maka disarankan untuk makan mengikut nafsu...Hahaha.







Azri tak puas hati sebab dapat makan sikit jerr...


Selesai makan tengahari, dengan perasaan bermalas malasan ,ride diteruskan melaui jalanan kampung dan singgah di Gua Tempurung. Alang alang dah sampai, maka adalah menjadi satu kerugian kiranya tidak singgah dan mengabadikan kenangan bergambar di sana.

Selesai upacara bergambar di Gua Tempurung, ride diteruskan menuju ke Kellie Castle. Di sini bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 seorang. Dahulukala aku masuk ke sini, tiada bayaran dikenakan...Kini mungkin dah lebih banyak kemudahan disediakan. So berbaloi walaupun kena bayar.







Dari kellie Castle, ride menuju ke Simpang Pulai dan mula meanjat naik ke Cameran Highland. Ride selamat sampai pada jam 7 petang dan terus menuju ke homestay yang memang telah ditempah awal. Cuaca sangat sejuk ditambah pula dengan hujan renyai renyai yang sangat menyahdukan.


Abam Nazly sempat memberikan takzirah maghrib selepas solat berjemaah pada petang itu. Intipati takzirah adalah berdasarkan semangat setiakawan dan bantu membantu dalam ride.

HARI KEDUA

Permulaan hari kedua ride di Cameran. Cuaca sangat sejuk hingga mencecah 14c. Hari ini adalah hari untuk berangkat pulang melalui jalan dalam ke Sungai Koyan, turun singgah merasai lemang tokki di bentong, mencecah kesejukan air sungai di Air Terjun Chamang.

Homestay teres 2 tingkat yang disewa.
Upacara pertama adalah memenuhkan perut untuk bersarapan. Kesejukan pagi memang membuatkan perut sentiasa berasa lapar.

Di khabarkan roti canai mama nie adalah roti canai terbaik di Cameran. Setiap orang makan dua keping dan bungkus dua keping untuk bekalan...


Cip Apis merenung masa depan...membayangkan untuk membeli 15 hektar tanah untuk dibangunkan tanaman teh di Kuala Pilah


Perjalanan turun bermula jam 11 pagi, dan melewati selekoh selekoh hingga ke Sg Koyan. Berhenti makan mengalas perut di Sg Koyan sebelum meneruskan perjalanan ke Lemang Tok Ki. Sewaktu jalan turun ke Sungai Koyan, moto Azri mengalami masalah apabila tiub tayarnya bocor. 

Namun alhamdulillah, dengan kemahiran Azri dibidang kemahiran hidup beliau dengan selamba menukar  tiub tayarnya yang bocor tanpa mengambil masa yang lama.

Gambar ini adalah di Cameron...bukan di Laos ya..

Berhenti untuk makan lemang Tokki. Port WhyZul setiap hujung minggu 

Farizal terlena keletihan

Tayar motor Azri yang bocor. Dibantu oleh Sham

Aksi manja abam Nazly sambil menyanyikan lagu hindustan di tepi Air Terjun Chamang



Upacara menampal sticker kelab oleh Presiden Cip Apis.

Alhamdulillah, ride selamat sampai semula ke Senawang jam 11 malam melalui Lebuhraya LEKAS. Diucapkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya merealisasikan perjalanan ride ini walaupun tanpa kehadiran saya. Next time kita ride lagi.

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...