Dah agak lama tak berbasikal. Paling jauh selepas ke Kuala Linggi yang lalu. Setelah itu basikal itu lebih banyak mendiamkan diri tak bergerak, sampai angin pun dah kurang.
Kesempatan bercuti panjang kali ini dipenuhi dengan acara kayuhan.
Memandangkan dah agak lama tak mengayuh, upacara warm up kali ini dimulakan dengan kayuhan ke Rembau. Tak der lah jauh sangat, cuma 47km jer return.
Namun sebab bermula lambat, agak agak pukul 8 pagi, maka sempat juga panahan matahari menggigit kulit muka. Kayuhan kali ni, disertai oleh saya dan jugak orang rumah jeer. Memula tu nak ajak jugak member member kayuh yang lain, tapi semuanya tak ngam shift. Last last berdua pun jadik jugak..
Kayuhan dimulakan dari Taman Bandar Senawang. Terpaksa menunggu selepas pukul 8 pagi, sebab nak hantar si kecik tu ke sekolah dulu. Macam biasalah, kayuh dengan girlfriend terpaksa leer slow motion sikit. Terpaksa bersaing dengan semua orang yang sedang bergegas nak masuk kerja. So kena berhati hati sikit. Sampai jer kat Taman Tuanku Jaafar, saya ambik keputusan untuk tukar basikal dengan girlfriend. Bagi dia bawak roadbike, dan saya bertukar bawak mountain bike. Mungkin dengan Roadbike kayuhan dia jadi lebih stabil sikit kot.
Adjust seatpost ke tahap yang paling rendah, okay. Ngam, janji boleh kayuuh dan boleh sampai kaki ke tanah. Sedang kami nak start mengayuh semula, datang sorang mamat naik skuter menyapa kami. Ingatkan mamat nie kaki basikal, rupa rupanya sempat lagi nak promote jual makanan kesihatan untuk kami. Aduyaii, cam nie pun boleh.
Katanya Anuar Manan pun ambik serbuk makanan tambahan nie, bagi stamina power sikit.
Tak nak mengecilkan hati mana mana pihak, saya pun ambiklah jugak walaupun saya pernah cuba minuman nie dulu. Dia bagi sachet percubaan, sepeket.
Dah settle semua, kami pun mulalah mengayuh. Setelah 5 minit mengayuh, saya berhenti kejab. Adjust seatpost ke tahap paling tinggi dan pam tayar basikal. Camner leer girlfriend saya bawak basikal nie, angin tak der pun tak perasan. Okay, dah pam ketahap agak keras, kami pun memulakan kayuhan.
Lori memang agak banyak ikut laluan nie, so terpaksa mengayuh ke bibir jalan dan amat berhati hati. Terpaksa bersaing dengan kereta yang agak laju, dan lori yang tak putus putus. Beberapa kali terdengar bunyi hon dari kenderaan dari arah belakang. Tak sampai 1/2 jam, ada pulak JPJ kat depan, tahan lori yang memotong kami tadi. Biarlah bapak JPJ dengan kerjanya.
Kami berkayuh agak penat jugak, maklumlah jalan pun boleh tahan jugak kadar bukitnya. Landai tapi banyak bukit. Sampai depan Air Panas Pedas, saya berhenti. terperasan yang bus stop kat depan nie dah hilang. Saya masih ingat bus stop nie dulu, sebab masa kayuhan ke Chembong dengan geng geng basikal dulu kami berhenti lepak kat sini. Memandangkan masih awal, saya teruskan berkayuh mendaki dan mendaki hingga sampai ke Pekan Pedas. kat sini, saya dah tak nampak orang rumah saya dah. So saya terpaksa berhenti dan tunggu dia.
Sebenarnya banyak kali jugak saya terpaksa berhenti dan tunggu dia, tapi okay asalkan dia masih ada semangat dan mampu nak follow saya.
Sampai di kawasan Chembong, saya sekali lagi berhenti dan tunggu girlfriend saya. Berhenti kat satu bus stop tepi jalan tu. Alang alang dah sampai sini, kami sempat jugak snap dua tiga keping gambar kat sini. Hehehe..buat kenangan sikit..bukannya senang nak sampai sini berbasikal. Lainlah kalau geng Perpatih tu, dengarnya setakat laluan rembau dan Bukit Putus tu, memang makanan jer bagi diaorang.
Kami terus berkayuh hingga melepasi kawasan kilang Milo Chembong. Melalui beberapa traffic light hingga kami sampai ke Pekan Rembau. Hahaha, walauppun agak berpeluh jugak, namuk syukur sampai jugak kami ke sini. Tak jauh pun, namun berpeluh jugak lah.
Snap gambar barang sekeping dua, tiba tiba terasa seperti ada titisan hujan yang hinggap ke muka. Kalau nak hujan pun tak apa, sebab memang terasa agak panas walaupun masa tu baru pukul 10 pagi.
Kami berpatah balik dan terus berkayuh hingga sampai ke Traffic Light Kawasan Perindustrian Chembong. Memandangkan pagi tadi belum sempat breakfast, kami harus berhenti dan carbo loading dulu. Sarapan di sini, tempat yang saya pernah singgah sewaktu kayuhan ke Chembong tempohari. Saya order nasi lemak telur manakala girlfriend saya order beehon goreng. Okay, untuk carbo loading.
Kayuhan balik kami agak lebih stabil berbanding dengan kayuhan datang. Mungkin pokok pokok pun dah kenal kami dan tak lagi memberi salam kot. Girlfriend saya pun dah agak stabil sambil dah boleh mengacah ngacah saya dari belakang. Bahang matahari memang dah terasa sangat perit mencucuk ke muka. Walaupun waktu itu baru belum pun jam 11 pagi lagi. Bahang matahri panas amat memberikan tekanan kepada kayuhan, dan ditambah lagi dengan deruan kenderaan berat beserta debu yang datang dari belakang. Lebih lebih lagi laluan ke Rembau sekarang nie terlalu banyak dengan pembinaan. Mungkin ini projek Landasan Berkembar Keretapi lektrik ke Gemas kot.
Kayuh pulang nie kami langsung tak berhenti di tepi jalan. Memang agak membanggakan. Sampai di Sungai Gadut, area Stesen Keretapi komuter yang baru tu, kami dikejutkan dengan bunyi salakan anjing yang amat garang sekali. Nasib baik anjing tu berada di dalam pagar. Berlari lari sambil menyalak. Adoi, dah lah penat, kena pulak sergah dengan anjing. Memang menyampah betul. Kalau anjing tu kat luar, tak tau leer camner nak lari lagi.
Kami menyelusuri kawasan Taman Tunku Jaafar dengan panahan mentari yang semakin membahang. Air dalam botol pun dah hampir habis kena minum. Girlfriend saya sempat mengepau air saya, sebab dia punya dah habis..hehehe. Kami terus berkayuh dan sampai ke rumah dalam jam 11.15 pagi. Lepak kejab, mandi dan lepas tu nak ambik si Hero balik dari tadika pulak. Next kayuhan tak tahu lagi ke mana..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan