Salam,
Kali nie kami merancang untuk perjalanan dari Senawang ke Penang. Bagi aku, nie adalah ride repeat yang akan bawak budak budak nie melawat Penang. Aku dah ride ke Penang sebelum nie, ride solo dengan girlfriend aku. memang sempoi dan tak pernah fikir risiko pun. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Untuk ride kali nie, kami akan disertai oleh 8 biji motosikal pelbagai jenis. Kebanyakannya adalah LC. seperti biasa, aku akan bawak Elegan untuk memimpin geng geng nie supaya selamat pergi dan kembali.
Kali nie kami merancang untuk perjalanan dari Senawang ke Penang. Bagi aku, nie adalah ride repeat yang akan bawak budak budak nie melawat Penang. Aku dah ride ke Penang sebelum nie, ride solo dengan girlfriend aku. memang sempoi dan tak pernah fikir risiko pun. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Untuk ride kali nie, kami akan disertai oleh 8 biji motosikal pelbagai jenis. Kebanyakannya adalah LC. seperti biasa, aku akan bawak Elegan untuk memimpin geng geng nie supaya selamat pergi dan kembali.
Seperti ride aku yang lepas, aku lebih senang untuk memulakan perjalanan waktu malam. Sebab bertolak waktu malam bagi aku kurang risiko panas dan letih. Tapi risiko mengantuk pulak yang ada. Yang tu konfirm adalah kan, sebab malam nie adalah masa untuk tidur sebenarnya.
Kami memulakan perjalanan daripada Shell Senawang Jaya. 6 biji motosikal dah bersiap sedia kat sini. Cuma malang menimpa bagi peserta Hisyam, sebab motornya dicuri 2 jam sebelum ride bermula. Dia keluar nak membeli berus gigi untuk dibawa semasa ride, keluar dari pasaraya, motor dah hilang.
Kami memulakan perjalanan daripada Shell Senawang Jaya. 6 biji motosikal dah bersiap sedia kat sini. Cuma malang menimpa bagi peserta Hisyam, sebab motornya dicuri 2 jam sebelum ride bermula. Dia keluar nak membeli berus gigi untuk dibawa semasa ride, keluar dari pasaraya, motor dah hilang.
Permulaan Shell Seremban Jaya
Kami bergerak melalui lebuhraya Utara Selatan hingga ke Susur Nilai-Shah Alam melalui NKVE. Kami berhenti refueling di R&R Dengkil buat kali pertamanya. Aku akan memastikan kesemua mereka perlu refueling sepenuh tangki walaupun mereka merasakan yang tangki mereka masih ada minyak. Ini penting kerana aku tak mahu menghabiskan banyak masa dengan berhenti mengisi minyak.
Refueling di R&R Dengkil
Syafri, hanya dengan EX5 dah menjelajah hampir ke segenap pelusuk Malaysia.
LC Habis minyak di tengah highway. Near to Sungkai Exit
We are always helping each other
Hentian pertama kami adalah di R&R Tapah. Kami sampai di sana dalam jam 2 pagi kalau tak silap. Memang agak sejuk melayan angin malam. Highway agak lengang menuju ke utara.
Hentian Pertama. Tapah R&R
Kami perlu berhenti di sini untuk refueling dan juga makan. Perlu minum untuk menghilangkan mengantuk. Ketika nie, jam dah menunjukkan hampir 2 pagi. Apa yang menarik sewaktu berhenti di Tapah, aku dan geng makan bekalan ubi rebus yang dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Pherggh, makanan asasi nie. Girlfriend aku sempat masak sebelum ride malam nie.
Khairul. Peserta menunggang LC. Pertama kali ke Penang
Usop. Pertama kali juga ke Penang. menunggang TZM.
Sessi makan tengah malam di R&R Tapah
Mengalas perut sambil bercerita pengalaman
Faiz yang kesejukan. EX 5 from Temerloh
Usop dan wife
Kami bergerak menuju ke Utara setelah refueling di Tapah. kali nie semua peserta dah disiplin. Mengisi minyak sepenuh tangki di samping mengekalkan tangki minyak simpanan. Tak banyak cerita menarik sepanjang perjalanan mengharungi kegelapan lebuhraya Utara Selatan nie. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti di R&R Gunung Semanggul. Kat sini kami refueling. Cadang nak berhenti rehat kat sini, tapi memandangkan suasana agak tak berapa nak mengizinkan, jadi kami meneruskan perjalanan hingga ke R&R Bukit Merah.
Refueling di R&R Gunung Semanggol
Kami berhenti untuk menunaikan solat Subuh di R&R Bukit Merah. Selesai solat, kami mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seketika memandangkan R&R ini lebih selamat untuk beristirehat. Masing masing memang dah lepak. Baring di kerusi panjang sambil melelapkan mata. Dapat jugak lepak dan lelapkan mata dalam sejam. Dah pukul 7 pagi macam tu, kitaorang gerak semula menuju ke Penang. Waktu nie, cuaca dah mulai siang. So silau mata tu perkara stended. Daripada area Bukit Merah ke Penang memang dah tak juah dah. So kitaorang ride sempoi jer, melayan pemandangan menarik dikiri dan kanan jalan. Dari sini dah start nampak sawah padi. So bebudak nie mesti dah start teruja.
Disiplin sepanjang jalan tetap terjaga
30 km ke Bukit Tambun
Kami sampai Penang Butterworh lebih kurang jam 8 pagi. Waktu nie dah tak berapa ramai orang dah nak pergi kerja. So tak der la jammed sangat nak tunggu turn naik feri. Kami beratur menunggu feri dan dapat sampai ke tanah Penang dalam pukul 9 pagi. Sampai jer ke Penang, tempat utama tujuan aku bawak bebudak nie pastinya ke Padang Kota. Lepak sini jab menandakan kami dah sampai ke Penang.
Sampai jugak kami ke Penang
Ijad muka happy sampai Penang
Azri, kerapkali join aku dalam konvoi beskal ataupun motor
Usop and wife
Lepas lepak sana dalam beberapa ketika, aku ambik keputusan untuk check in hotel. bebudak nie perlukan rehat dan makan dulu sebelum apa apa aktiviti sebelah petangnya. Masa amat crutial sebab kami hanya akan bermalam satu malam dan trip nie hanya ambil masa 2 hari satu malam ajer. Terus aku gi tanya nak check in hotel, dan memang ada kosong. Kami check in awal, dalam pukul 10 pagi. Satu bilik RM70. Okay sangat hotel nie. Ada parking untuk motor.
Kami naik bilik, letak beg dan turun semula. Carik makanan sebelum nak balik dan tidur. Apa lagi, tempat pertama yang aku nak bawak diaorang nie pergi makan of courselah nasik kandar. Last last tengok Lineclear tutup pulak. Off day rupanya hari Rabu. Lepak kedai mamak sebelah tu jer lah. Still makan nasik kandaq dan jugak tosei..Layan...
Kami naik bilik, letak beg dan turun semula. Carik makanan sebelum nak balik dan tidur. Apa lagi, tempat pertama yang aku nak bawak diaorang nie pergi makan of courselah nasik kandar. Last last tengok Lineclear tutup pulak. Off day rupanya hari Rabu. Lepak kedai mamak sebelah tu jer lah. Still makan nasik kandaq dan jugak tosei..Layan...
Selesai makan, kami teruih balik bilik. Lepak, mandi dan tidur. Petang tu mesti bangun semula jam 3 petang untuk aktiviti petang. Tapi ada jugak yang tak nak bangun dan nak sambung tidur. Ikut suka hangpa lah, mai penang nak tidoq ja..lebih baik hangpa duk rumah tengok TV..hahhaha.
Usop bergambar kat lobi hotel
Syafri pun menyempat jugak bergambar kat lobi
Petang tu aku bawak diaorang gi jalan jalan Pulau Pinang. Sebelum naik Bukit bendera, aku bawak depa gi damn Teluk Bahang. Pas tu kami jalan jalan naik tangga 1000, dan last sekali naik Bukit Bendera.
Naik keretapi bukit bendera. Berhimpit himpit. Punya laa ramai orang..Aku pun tak tau pasai apa depa syok sangat nak naik Bukit bendera nie..
Gambar dari ataih Bukit Bendera laa nie
Khairul teropong nak tengok Negeri Sembilan
Turun jer dari Bukit Bendera dah agak petang dah. Aku ingat nak bawak depa pi makan kat area Seagate. kami sampai area sana dah dekat nak senja dah. Dapat jugak kami lepak kat tepi pantai tu sambil makan meehoon sup. Tapi tak semua dapat makan sebab makanan dah habis dah. Masa nie jugak kami berjumpa dengan Ijad dan Haziq yang membuta kat hotel tadi. Dapat jugak diaorang cari kami dan re-group. Bincang nak makan kat mana malam nie, last last kami makan kat Padang Kota. Makan pasemboq dan ada jugak yang makan mee udang. Apa lagi, teruih menuju ke Padang Kota lama. Kami makan kat situ sampai pukul 8 lebih. Haziq dan Ijad jumpak geng diaorang yang kerja kat sini.
Habis makan, aku plan nak bawak diaorang gi Night Market kat Batu Feringgi. Prinsip aku, kalau gi jalan jalan, mesti mau pusing semua. Alang alang dah sampai. Usop terpaksa balik ke Hotel sebab wife dia dah lepak gila..Tak larat lagi mau jalan jalan. Sudah mau tidoq. Okay, kami yang lain terus menuju ke Batu Feringgi. Lepak dan jalan jalan kat sana.
The Ship
Susunan buah nie menarik minat aku pulak
Lepas balik dari Batu Feringgi dah pukul 11 malam dah. Lepas nie terus balik Hotel dan tidur. Esok dah nak bergerak balik. So tidur sepuas puasnya malam nie. Tapi malam tu dengar cerita Syafri dan Azri nak pergi pekena Nasi Kandaq Beratoq. Uihh, pi lang hangpa..aku tak larat dah. Masuk bilik dan tidor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan