NuffNang

Jumaat, 9 Disember 2011

Kayu Batang Durian

Salam,

Aku balik ke kampung semalam. Sajer nak menghangatkan enjin motor yang dah lama tak berjalan. Last au bawak keluar, sewaktu ride Tour Semenanjung tempohhari. Lepas tu, aku banyak gunakan Elegan aku jer untuk bergerak. 

Bila sampai kat kampung, aku tengok abang ipar aku sedang membelah batang durian untuk dibuat kayu dan papan. Ada lah projek dia nak buat rumah tradisionalkat kampung aku tu kot.

Begitu sukar rupanya proses untuk mendapatkan kayu daripada batang pokok durian nie. Tak semudah apa yang kita fikirkan. So korang bayangkanlah, bagaimana orang zaman dulu nak menghasilkan rumah daripada kayu kayan yang dibelah sendiri dengan menggunakan kudrat dan tanpa menggunakan peralatan moden.

Dan kayu daripada pokok jati, cengal, merbau dan meranti sudah tentunya keras. Bagaimana kesukaran untuk mereka membelah kayu ini menggunakan kapak atau gergaji tangan. Uihs, sebab tu rumah zaman dahulu tahan lama.

Khabarnya kayu pokok durian nie pun tahan lama dan berkualiti tinggi. Betul atau tak, wallahualam sebab aku memang tak der ilmu pasal kayu kayan nie. Untuk sebelah pokok durian seperti dalam gambar di bawah, abang aku mengambil masa selama 5 hari untuk menyiapkannya. Kalau nak buat sebuah rumah, memang bertahun la jawabnya. Itu lah inspirasi dari cerita Seorang Tua di Kaki Gunung.

Kayu yang dah siap dipotong

Proses membelah batang durian untuk dijadikan kayu

Papan yang dah siap


Sebelah pokok mengambil masa 5 hari, kalau nak buat sebuah rumah?

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...