Salam,
Rasanya dah tak terbilang dah kali ke berapa aku naik ke Cameron nie. Dah banyak kali sangat dah. Kalau tak dengan motor, pasti dengan kereta. Kalau tak dengan kereta, pasti dengan motor. Hahaha..
Yang pastinya, aku tak akan pernah bosan untuk pergi ke Cameron lagi. Pertamanya sebab cuacanya yang aman dan dingin. Yang keduanya adalah sebab pemandangannya yang awesome.
Dan yang paling best adalah cornernya yang kan meningkatkan tahap adrenalin ketika melayannya...hahaha.
Perjalanan aku kali nie ditemani oleh dua orang adik aku yang menunggang Honda EX5. Macam biasa laa, kedua adik aku nie pasti bersungguh dan bersemangat kalau diajak naik Cameron nie. Suka sangat melayan corner. Tak der laa sampai cecah lutut, tapi bergesel jugak laa stand motor tu mengasah jalan.
Sebelum sampai ke atas, kira kira suku perjalanan, kita akan bertemu dengan air terjun Lata Iskandar. Air terjun nie memang cantik dan menawan. Kesejukan airnya memang tak boleh tahan, hingga ke tulang hitam rasanya. Kalau dah betul betul berhasrat nak mandi, boleh leer. Kalau tak baik lupakan ajer hasrat nak mandi tu. Sejuk sangat.
Sampai ajer kat atas tu, kita dah mula merasakan kedinginan. Yang best kat Cameron nie. kita kan dapat saksikan begitu banyak Land Rover yang digunakan oleh pekebun sayur mengangkut hasil tanaman mereka. Aku tak pasti samaada LR ini masih menggunakan enjin asal atau dah ditukar enjinnya. Cukup berkuasa meredah bukit.
Sampai saja kat atas tu, dah terbentang saujana mata memandang. Di kejauhan terbentang hamparan karpet ladang teh yang menghijau. Hentian pertama yang selalu disinggahi adalah Hentian Cameron Valley.
Kat sini anda boleh lah menangkap gambar sepuas puasnya. Kalau ada masa, boleh pekena teh panas dan diminum bersama dengan scones.
Aku berhenti untuk makan tengahhari kat Brinchang. Ada deretan kedai makan kat Food Court kat situ. Layan jugak la sejuk sejuk cam nie. Selesai makan, kami terus cargas naik atas lagi. Destinasi kamai yang seterusnya adalah Ladang Teh Boh.
Sebelum tu, kalau anda seorang pencinta fotogradi pastinya Cameron menjanjikan seribu satu kenangan yang boleh diabadikan. Scene yang menarik, flora yang memukau pastinya membuatkan anda kagum dan terpukau di sini.
Bila dah sampai kat Ladang Teh Boh nie, pastinya akan menghampakan anda jika anda mngharapkan untuk mendapatkan scenery yang berlainan. Kerana pemandangannya tetap sama, cuma di sini anda boleh menikmati keenakan rasa teh Boh sebenar dan melihat serta melawat kilang memproses daun teh kepunyaan Boh Tea Plantations.
Di sini anda akan berpeluang melihat sendiri bagaimana daun teh diasingkan dan dikeringkan serta dikisar menjadi daun teh kering. Ini adalah stage pertama untuk pembuatan serbuk teh. Dari sini, kesemua daun teh yang telah diproses akan dihantar turun ke Low Land untuk diproses menjadi serbuk teh yang sebenarnya.
Sebelum pulang, aku singgah sebentar di kawasan pasar di mana terdapat penjualan hasil tanaman ladang di Cameron Highland. Hasil ladang adalah termasuk strawberry, buah buahan dan bunga bungaan. Terpulang kepada anda untuk membeli, tapi bagi aku berhati hatilah dalam membuat pilihan.
Bagi aku, tak semua sayur yang dujual adalah murah berbanding dengan harga yang kita boleh dapat di pasaraya. Cuma di sini, mereka akan menggunakan tag line segar dari ladang untuk meracun anda membeli. Begitu juga dengan buah buahan, tak semua buahan yang dijual adalah berasal dari Cameron. Ada juga yang diimport dari China. Sekali lagi, jadilah pengguna yang bijak untuk membeli.
Cuma bunga bungaan, aku boleh sarankan untuk anda beli, Kerana bunga bunga di sini anda boleh pilih dari pelbagai variety dan murah. Harganya agak brbaloi jika berbanding anda membeli di low land. Bagi strawberry pula, mungkin rasa strawberry Cameron agak masam jika dibandingkan dengan strawberry import yang dibeli di pasaraya.
Selesai membeli belah, kami turun semula menggunakan laluan jalan menuju ke Simpang Pulai. Boleh dikatakan bahawa struktur jalan ke Simpang Pulai ini adalah struktur jalan baru berbanding jalan ke Tapah yang merupakan jalan lama dan berselekoh lebih pendek. Jalan ini akan menghidangkan laluan selekoh yang lebih panjang, dan lebih sesuai bagi anda yang sentiasa pening dengan laluan berliku.
Alang alang dah sampai ke Ipoh, singgahlah untuk makan mee rebus Hj Ramli yang terkenal tu. Ataupun anda boleh mencuba nasi ganja yang tak akan terdapat di mana mana tempat selain Ipoh.
Aku menggunakan laluan exit Simpang Pulai untuk kembali ke Senawang, Dan kami berpisah di Sungai Buluh ketika adik aku menggunakan laluan jalan Duta untuk ke KL. Bagi aku, Cameron still tempat terbaik untuk bercuti, dan menenangkan fikiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan