NuffNang

Khamis, 26 April 2012

Pekan Sehari Temerloh

Salam,

Apakah aktiviti anda pada pagi Ahad? Meleper dan layan corner di highway Karak? Atau makan nasik lemak Karak selepas puas meleper? Atau turun makan ikan patin di Temerloh?

Memang tak dinafikan melayan corner di highway Karak memand best bagi kaki corner. Tapi kalau dah alang alang sampai ke temerloh, apa kata kalau anda terus melawat ke Pekan Sehari Temerloh.
  

Kalau kat tempat lain, korang asyik layan pasar malam jer kan? apa kata hujung hujung minggu sekali sekala bawak org rumah dan famili datang ke Temerloh dan membeli belah di pekan sehari Temerloh.


Pekan sehari yang terpanjang la aku rasa. Penat nak berjalan dari awal sampai akhir. Sampai tak tahu nak beli apa, semuanya ada. Daripada makanan, hasil kampung, hasil ternakan pun ada.


Korang layan gambar yang aku ambik nie dan korang akan tahu bagaimana happening pekan sehari nie. Memang best dan korang akan rasa nak pergi dua tiga kali.


Jangan datang lambat sangat, nanti susah nak parking dan panas pulak. Sebab memang panjang pekan sehari nie.


Dan yang paling penting, bawak laa bakul kalau nak datang sini. Sebab nanti lenguh tangan nak jinjing barang barang yang korang beli tu..











Memang best, tak caya nanti cuba datang sekali ke sini dan komen yaa..

3 ulasan:

KANG LATEP berkata...

org cakap kalau datang bawak duit sikit tak berbaloi..banyak brg yang jarang jumpa dijual disini...betul ker..? ..

Unknown berkata...

arnab pn ade jual jgk kat pekan sehari nie?dasyat btl la..

SyafriShuib berkata...

betul ke banyak barang yang jarang dijumpai..mungkin jugak..kalau orang Bandar ke kampung, maybe dia rasa pelik, benda benda simple pun ada jual..tapi yang selalu ke dapur mmg berbaloi la

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...