NuffNang

Rabu, 4 April 2012

Tour Malaysia Part 2

Salam,

Wow. Lama betul aku tak update blog nie. Betul betul sibuk laa sekarang nie. Terpanggil jugak last last nak update memandangkan ada cerita baru yang nak dikongsikan bersama. Aku tengok si Han Tayargolek pun dah nak ride bersama sama dengan Kembara Bumi Suci 2! Tahniah bro..moga selamat pergi dan kembali. Mission yang hebat bersama jentera yang hebat dan juga penunggang yang hebat.

Aku macam biasa laa..Terpanggil jugak nak war warkan mission aku kali nie. Chewah. Hasrat utama ambik cuti kali nie bersempena dengan Phuket Bike Week. Cantik dah apply cuti, last last Phuket Bike Week di tangguh pulak. Aisey..

Tak pa laa, tukaq hasrat nak masuk Siam jugak, sampai HatYai pun dah kira okay. Last last dengaq pulak Siam bombing, hotel kena bom. Aduihh...memang tak berani laa nak masuk Siam. Postpone lagi laa niat tu nampak gayanya.

Memandangkan cuti pun dah apply, kali nie aku nak buat ride again. Aku nak cuba habiskan perjalanan mengelilingi semenanjung Malaysia buat kali keduanya. Ride kali nie aku pergi solo jerr dengan ditemani oleh wife aku. InsyaAllah, kalau tak ada apa apa aral, Sabtu nie aku dah start ride.

Tapi berbeza sikit dengan ride yang aku buat last time. Kalau boleh kali nie aku nak ride menggunakan jalan jalan persekutuan, dan juga melalui laluan pesisir pantai. Sebab tu aku extrakan satu hari. Jadi 4 hari dan 3 malam.

DAY 1


Hari pertama agak meletihkan jugak. Total perjalanan 794km sebab aku nak turn semula dari Kuala Perlis sampai Tanjung Dawai. Kenapa aku kena turn semula untuk hari pertama? Sebab aku plan nak tidur kat sini untuk malam pertama.

Jadi option yang aku ada adalah bertolak lebih awal, ataupun curi jalan ikut highway. Tengok laa yang mana berkenan..hehehe. Harap harap tak hujan laa, sebab sekarang nie musim hujan. Niat di hati nak lunch dengan mee udang kat Kuala Sepetang. Makan malam dengan mee goreng kat Jitra..Hehehehe..

DAY 2


Hari kedua cam biasa laa. Mesti mau cross Kelantan via Tasik Banding. Lalu sini tak mo ribut ribut. mau relax relax jerr. Nak nikmati pemandangan yang maha indah, dan menghayati keindahan ciptaan tuhan.

So perjalanan untuk hari kedua nie lebih tenang dan santai. Daripada Tanjung Dawai hingga ke Kuala Terengganu sahaja. Perjalanan dianggarkan sejauh 471km sahaja. InsyaAllah jika tiada apa apa yang menghalang, aku mempunya lebih masa berehat di Kuala Terengganu dan juga sepanjang perjalanan.

DAY 3


Perjalanan hari ketiga juga tidak terlalu tergesa gesa, Hari ketiga aku akan memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu melalui jalan pantai hingga ke Pasir Gudang.

Perjalanan pesisir pantai ini dijangka akan mengambil masa sehingga 12 jam. Jadi permulaan yang lebih awal diperlukan. Jarak tak jauh jugak, dalam 553km jerr.

DAY 4


Hari terakhir perjalanan aku. Paling singkat dan paling santai. Aku memang sengaja set kan perjalanan hari keempat ini sebagai yang paling singkat, kerana aku perlu sampai awal ke rumah. Esoknya akau dah start kerja semula. Jadi jarak 355km itu sangat munasabah. Perjalanan dari Pasir Gudang hingga Senawang tetap melalui jalan persisir pantai akan melengkapkan pusingan Satu Semenanjung Malaysia melalui jalan pantai, InsyaAllah.


Jadi aku mengharapkan doa-doa dari kalian semua untuk perjalanan aku ini. Jarak keseluruhan adalah 2173km sahaja di atas kertas. Jarak keseluruhan hanya akan dapat dipastikan nanti. Jadi jika ada sesiapa yang berhasrat untuk turut serta dalam ride kali ini, sila roger saya secepat mungkin, Cheerrs..

3 ulasan:

KANG LATEP berkata...

hari ahad saya gerak dari kl ke mersing..ikut kuala pilah, muadzam-kuala rompin..tukarlah haluan

aboyNajun berkata...

terbaik bro! semoga berjaya... mmm bila la giliran aku.....

Aku Budak Nerek berkata...

Salam Kang Latep: One day nanti kita ride sekali yek, kali nie dah terlambat nak ubah route..hihi

aboyNajun: Musti try, ride ngan org rumah sekali. Add me 237A1B1A.

Syukur alhamdulillah, ride selamat sampai ke Senawang semula semalam, 7pm.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...