NuffNang

Sabtu, 20 Oktober 2012

Melempeng ke Cameron Highlands

Salam,

Musim hujan yang pada mulanya agak membantutkan impian dan harapan serta cita-cita untuk menakluki bukit Cameron. Hari sebelumnya memang hujan lebat turun membasahi bumi Senawang. Namun alhamdulillah, pagi hari Ahad itu matahari memancar menyinari bumi.

Bergerak seawal jam 7 pagi dari Senawang menuju ke Gombak, stesen BHB di lebuhraya Karak. Kat sini dapat dilihat, tak terkira berapa banyaknya superbike, dual purpose, easy rider berkumpul untuk aktiviti hujung minggu.

Di sini juga bertemu dengan geng geng Bimmer yang mempunyai tujuan dan halatuju mereka. Memang meriah sekali pemandangan di sini. Mungkin dengan aktiviti hujung minggu sebegini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara sahabat, dan juga mengasah skil skil meleper..hehehe. Apa apa pun safe ride and enjoy!






Perjalanan kali ini, akan menggunakan laluan baru menggunakan laluan Sungai Koyan menuju ke Cameron Highlands. Tak banyak cerita menarik yang dapat di kongsi. Cuma teruja dengan laluan yang baru saja di buka ini.






 Berhenti makan di Sungai Koyan sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron.


Akhirnya selamat tiba jua di Cameron Highland. Next time nak layan laluan Simpang Pulai ke Gua Musang. Pusing pusing lagi..


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...