Salam,
Setiap kali acara berprestij dunia MotoGP bertandang ke Sepang, pasti aku tak akan melepaskan peluang untuk pergi. Walaupun bukan hari raceday, cukup untuk sekadar hari Jumaat. maklum laa kerja macam aku nie, biasanya untuk dapat cuti weekend tu memang susah sekali.
Kali nie pun sama, aku singgah menjengok ke Sepang F1 circuit. Kenapa aku beriya iya sangat nak pergi ke sini? Wal halnya hari jumaat tu bukannya hari penting pun. Bukan raceday pun. Ya, sebab utamanya ialah untuk mendengar sendiri ngauman yang keluar dari ekzos jentera jentera hebat nie.
Mendengar sendiri bagaimana letupan ketika dropping gear di selekoh. Melihat sendiri bagaimana ganasnya racer meratah selekoh. melihat sendiri bagaimana tayar belakang terlompat lompat ketika mereka membuat late braking sewaktu berada di selekoh akhir..Pherggh..ini lah semua yang aku dambakan..hehee
Untuk musim ini, boleh aku katakan bahawa sambutan agak meriah. Banyak gerai gerai didirikan dan turut serta memeriahkan majlis.Namun, pastikan anda makan sekenyang kenyangnya dan bersedia untuk berpuasa seketika waktu, kerana harga makanan di dalam pasti mampu membuatkan anda termenung sejenak, dan makan secara perlahan lahan bagi menghayati apa yang anda bayar untuk sebiji burger!
Korang tengok sendiri bagaimana ramainya security yang bertugas di ointu masuk. Memerhatikan dan akan membuat pemeriksaan. Pastinya tidak membenarkan anda untuk membawa masuk walaupun sebotol air mineral..
Di saat saat aku membelek belek booth, aku terpandang Megelli 250 nie. Boleh aku katakan mesin nie sebenarnya nampak agak cantik dan ganas. Tapi bab performance aku tak tau laa..
Kalau Honda bawak masuk secara CKD, tergugat jugak sales Versys nie..
Dan pastinya motor yang menjadi kegilaan dan dambaan ramai orang sekarang. Kawasaki Z800 yang cuma berharga RM40k++...
1 ulasan:
thanks for sharing bro!
Catat Ulasan