6.00am
Disebabkan semalam dah satu hari suntuk atas motor, maka adapun pagi nie bermalas-malaslah nak bangun dari tidur. Tapi seawal 6 pagi lagi aku dah terbangun. Memang tak boleh nak tidur laa, lebih lebih lagi kat tempat baru camnie. Lepas solat subuh, terkelip kelip laa mata layan sembang dengan orang rumah.
Dalam seawal pagi camtu, kami pun dah turun kat bawah. Semalam waktu kami sampai pun dah malam, so tak dapat nak tengok pemandangan dan juga apa yang ada sekitar Ao Nang nie. Mulanya kami jalan kaki ajer, sebab geng-geng yang lain pun belum bangun lagi. Agaknya sebab semalam dah lah tidur lambat, lepas tu penat pulak naik motor.
Motor parking depan bangunan hotel. |
Kalau korang nak tau, aku lepak kat Hotel PK Mansion nie. Sebenarnya kalau korang berhajat nak ke Krabi dan berhajat nak bermalam kat Ao Nang Beach nie, terdapat banyak hotel di sepanjang jalan nie. So korang pilih jer laa mengikut budget percutian korang. Tempat yang aku duduk nie direkemen oleh sorang member yang selalu datang sini.
Hotel nie terletak berdekatan dengan pantai, dalam kira kira 2-3 minit berjalan kaki ajer. Lepas tu dekat pulak dengan restoran makanan islam. So bagi aku, agak senang jugak laa. Bilik hotel tidak mengecewakan walaupun harganya adalah RM85 untuk satu malam. Harga nie adalah untuk peak season. Kalau low season, mungkin lagi murah kot. Tapi tak der breakfast laa yer, buat apa nak breakfast pun kalau setakat boleh makan roti jerr...korang nak makan ker makanan lain yg dia served?
Jalan kaki turun bawah sikit jer, dah ada port menyewa motosikal. Percaya laa, kalau korang dah datang sini, sewa motor lagi senang. Simpan jer laa kenderaan yang korang bawak. Sewa motor dan ronda ronda naik motor..lagi syok. Bila lagi korang nak merasa naik Fino yang comel lote tu?
Kadar sewa pulak agak murah laa bagi aku, dari korang bayar tambang tuk tuk yang sampai RM6 sorang untuk pergi makan yg dekat jerr tu, baik korang sewa motor. Untuk sewa motor, korang kena latak cagaran passport ataupun lesen memandu. Untuk sewaan sehari 24 jam, kadar sewa adalah berbeza beza. Kalau Fino 150 baht, aku sewa Yamaha ATX 200 baht. kalau nak sewa CBR250 pun ada, 400 baht kalau tak silap aku.
7.00am
Sebelum nak sewa motor, aku jalan jalan dulu ke pantai. Pagi-pagi buta nie bukan ada orang pun lagi disepanjang jalan nie. Sunyi sepi jerr...tapi kalau malam, punya laa happening tempat nie. Walaupun baru pukul 7 pagi masa tu, tapi cuaca dah agak panas dah. Tak per, jalan slow slow layan pemandangan..
Kat belakang tu laut laa..dekat jer dengan tempat aku tinggal tu |
Jalan jalan sampai ler ke pantai. Memang cantik pantai nie, dengan pemandangan background batu-batu dan bukit bukit batu. Memang terbaik laa. Sampai jer kat tepi pantai, kami disapa oleh pengendali longtail. bertanyakan nak ambik bot tak untuk island hoping..Rilek dulu...kena tunggu kawan kawan yang lain dulu. hehehe.
Papan tanda peringatan macam nie memang banyak terdapat kat kawasan sekitar nie |
Jalan jalan sepanjang pantai, kami terjumpa dengan papan tanda peringatan tsunami. Walaupun suatu ketika dahulu sewaktu tsunami, Krabi tidak terjejas teruk seperti mana Phuket dan juga pulau pulau sekitarnya. namun papantanda peringatan nie membayangkan bahawa musibah ini pernah sampai ke kawasan peranginan ini.
Pemandangan pagi sewaktu air surut |
Tak cukup wang baht? No problem. Tukar ajaa |
Mau sewa apa? CBR 250 pun ada. dengarnya di Phuket terdapat sewaan superbike. Gold wing ada tak? |
9.00am
Lepas penat jalan jalan, kami balik semula ke hotel. dengan harapan diaorang nie dah bangun laa dan tunggu kat lobi. Sampai jer kat lobi, sorang pun tak der. Yang ada hanyalah mat salleh tengah bersarapan. Adoihh...masalah nie. Dah laa telepon tak der dalam bilik, pas tu kebanyakan tak roaming pulak telefon.
Aku pergi ke kaunter dan check bilik member Paan. Ketuk pintu bilik dia, nyata dia baru bangun. Okay, jumpa kat lobi jam 9.30 pagi..sett. Ingatkan 9.30 tu masih awal kat sini, rupa rupanya pakej untuk island hoping semuanya dah lepas seawal jam 830 pagi...hehehe.
Kat area Ao Nang nie pun terdapat masjid. Kebanyakan penduduk kat sini ada beragama Islam. So tak ada masalah nak cari makanan halal. |
10.00am
Okay, bila Paan dah bangun kami pun turun nak menyewa motor. Waktu nie pun belum nampak member member yang lain. Mungkin masih tidur kot. masalah jugak kalau tak set pukul berapa nak jumpa nie. langsung lost contact.
Lepas sewa motor, kami pun pusing pusing area Ao Nang nie. Hajat utama adalah untuk bersarapan dulu, dan mencari alas perut. Tapi sebelum tu, motor nak kena isi minyak dulu. amboih...mahal betul minyak kat sini. minimum nak kena isi adalah 60 baht. tak boleh kurang, tak boleh isi seliter. Kuat jugak makan minyak skuter kecik nie rupanya.
Paan dan isterinya, naik Fino |
Isi minyak...minimum 60 baht...adoihh. |
10.30 am
Pusing pusing akhirnya membawa kami ke gerai makanan nie. Masa kami sampai ada sekumpulan group motor Malaysia dah nak balik. kat sini jangan bimbang, memang ramai muka melayu dan muka Malaysia. Kalau nampak superbike jer, tengok plet...pastinya plet Malaysia. kitaorang siap bersembang macam kat Malaysia lagi.
Breakfast kat kedai nie memang terbaik, korang tengok laa sendiri lauk pauk yang ada dihidangkan untuk makan pagi. Pherggh...beraneka jenis lauk. Korang nak makan kerabu pun ada..pilih sajaa. tapi makcik nie tak pandai cakap bahasa Malaysia laa...korang kena tunjuk tunjuk jer, cakap bahasa inggeris pun sikit sikit laa..
Makannn...nyummm |
Kalau korang sampai sini, kena cuba makanan nie. Sedap. Rasa macam sata terengganu, tapi pedas. |
Aku makan nasi kuniing. Aku pun tak tahu nasi apa sebenarnya, tapi dia kata yellow rice laa. nak kata briyani pun bukan, nasi goreng pun bukan. Makan dengan ayam. Sempoi jugak masakan nie. Minum pulak dengan teh ais, tapi awas...teh diaorang kat sini memang manis gila..
Kat sini, korang boleh beli pulut ayam jugak. Tapi rasa dia ada beza laa antara Danok dengan Krabi. tapi still menyajikan pulut ayam. Lepas tu korang boleh beli dan makan goreng pisang. Rasalah goreng pisang kat sini, memang sedap sekali. jangan tak percaya, makan goreng pisang waktu pagi..bukan waktu petang macam kita kat Malaysia nie.
11.00am
Okay, perut pun dah kenyang..baik kita pergi ronda ronda cari pakej nak pusing pulau. Kat sekitar nie terdapat banyak sekali port port yang menawarkan pakej pakej seumpama ini. Korang kena pandai tawar menawar untuk mendapatkan pakej terbaik.
Malangnya waktu kami tanya tu, waktu dah menunjukkan ke jam 11 pagi. Pakej untuk full day semuanya dah lepas. terutama pakej untuk pusing pulau. Kalau nak pun, mungkin kena ambik longtail kat tepi pantai sana. tapi disebabkan keinginan untuk berkayak tu lebih kuat, maka kami pun kembali ke hotel dan bertanyakan pakej kayak yang hotel sediakan.
Maka dapatlah kami pakej berkayak separuh hari yang berharga 350 baht seorang. Pengangkutan disediakan. Okay laa tu. Waktu nie jugak kami nampak Ipin dan wife dia baru turun ke lobi. Elok sangat laa tu, maka kami tambah laa lagi 2 orang menjadikan kami berenam kesemuanya. Teman teman yang lain? Tak dapat dikesan..
Kemudian kami teman Ipin pergi sewa motor. Lepas tu kami pusing pusing lagi sementara menunggu jam 1230 waktu Thai. Pusing pusing tengah panas..ronda ronda naik motor.
Bila dah meronda ronda nie, ada ajer idea nak membeli belah. Kesempatan yang ada tu kami gunakan untuk membeli T Shirt. nak kata murah tu, tak laa sangat. tawar menawar lah sampai dapat harga yang berkenan.
1.30pm
Akhirnya lepas puas bershopping baju tengah hari buta tu, kami pun balik semula ke hotel. Lepak sekejab kat lobi hotel sementara menunggu van datang angkut kami. Lama juga kami tunggu van nie, dia datang lewat. Van yang ditunggu, rupanya lori tuk tuk pulak yang datang. Adoihh...layan jer laa.
Kami ingatkan yang kami kena naik bot untuk berkayak. rupa rupanya naik tuk tuk hampir 1 jam sebelum sampai ke port kayaking tu...adoyaii. Dah naik loya dah tekak aku duduk belakang tuk tuk tu. Nak muntah pun ada.
3.00 pm
Akhirnya selepas pening pening kepala duduk kat belakang tuk tuk tu, kami pun sampai ke destinasi. Cantik jugak tempat nie. Rupa rupanya kami akan berkayak di sekitar kawasan hutan paya bakau. Hmmm...layan jer laa. Tapi memang cantik laa tempat nie..serius..
Aku yang selama nie tak pernah berkayak pun, tetiba ajer jadi pandai berkayak. chewahh..mana taknya, kena paksa berkayak selama hampir dua jam. Yang tak pandai pun boleh jadi expert dah. Paan dengan wife dia steady laa, biasa berkayak kot. Ipin dengan wife dia pun semacam jer lajunya kau tengok, dah macam pertandingan berkayak pulak dah..hehehe
Guess who? |
Gaya mau adaa... |
Last last berkayak sampai masuk ke Crocodile Cave. Aku buaya tak nampak, biawak ada laa..
Dah penat penat tu, rupanya baru separuh jalan berkayak. Adoyaii. Ada lagi separuh nak kena habiskan. Tapi masa nie dah okay dah. Sebab tak yah berkayuh sangat dah...
Suasana yang cukup cantik dan mendamaikan |
Last last sampai juga ke daratan. Bila sampai jerr, kami dihidangkan dengan nenas dan juga tembikai sejuk. Pherggh...memang sedap lerr. Dah laa lapar. tapi aku puji, nenas kat Thailand nie memang manis lerr..
Waktu balik tu, aku sempat merakamkan suasana pasar malam atau pekan sehari kat perkampungan Thailand nie. Selamba jerr jual daging p*** tu kat tempat terbuka. memang lerr, bukan majoriti muslim kat sini kan?
Bila sampai bilik jerr, terlingkup terus memasing. Pas tu turun untuk makan malam. Aku tak jumpa geng geng yang lain tu sampai malam. Adoihh...missing in action. Lost contact walaupun duduk satu hotel. Next ride kena buat itinery terancang nie nampaknya. baru lah ada kesepaduan dan keseragaman. Tak per kita jadikan pengajaran untuk dimasa hadapan.
8.00 pm
Malam tu aktiviti bebas. Bukan bebas pun sebenarnya. Sebab dah lost contact dengan geng geng bujang nie, so tak dapat nak buat rancangan.. Lepas makan malam kat Chaba Restaurant, kami mundar mandir pusing pusing Ao Nang. Bukan nak shopping pun, cuma jalan jalan jerr. nak shopping pun camner nak bawak balik. naik motor bukannya kereta..
Last sekali sebelum balik bilik hotel, kami lepak makan roti canai pisanag kat tepi jalan tu. Sempoi laa...dengan pisangnya yang besar. Pancake pisang kot..
Sampai jer kat lobi hotel, nampak geng geng bujang nie dah lepak tunggu. Masing masing dah bersedia dengan point point kemarahan nak meluahkan perasaan terpendam masing masing. Kena tinggal dan tak ada aktiviti..huhuhu. Next time kena bawak walkie talkie...senang nak berhubung. Tak per, kita masukkan semua kekurangan ride nie dalam post mortem. Next ride kita perbaiki.
Esok kami akan berlepas pulang. Pukul 9 pagi di lobi. Jangan ada yang lewat..Good Nite..mata pun dah mengantuk. Nak tengok TV pun tak paham cakap siam...
4 ulasan:
jom sambung koh samui 9hb Dec nih...
x payah walkie talkie......line fon tu buat la roaming......
Sangat setuju..!! Agaknya tu yang membezakan antara amatur dan expert yg selalu masuk Siam...heehehe. Pengajaran utk next time.
Trebaeeekkk Brahh... :-)
Catat Ulasan