NuffNang

Ahad, 25 November 2012

Day 1 - BKH - Danok - Sadao - Phattalung - Trang - Krabi

Salam,

Sampai jaa kat border BKH, aku tengok condition tayar aku dan tak mengizinkan untuk jalan jauh. Adoihh. Ini laa masalah kalau tak der persediaan rapi. Sepatunya masalah cam nie patut dihindarkan, dan masa akan dapat dijimatkan.

Aku pikir, kat mana ada kedai nak tukar tayar yang terhampir? Walaupun aku study kat sini dulu, tapi rasanya tak ada pulak kedai nak tukar tayar area Changloon nie. Tapi tu 10 tahun lepas laa..mungkin sekarang dah ada kot.

Aku telefon member aku Naseq yang dah berada di Danok. Bertanyakan samaada terdapat kedai tayar kat Danok. Dia pun tak pasti tapi mengesyorkan aku pergi ke kedai Ah yong, satu satunya kedai yang membaiki superbike kat pekan Changloon nie.

Satu lagi masalah, kami pergi hari Jumaat. Dan hari jumaat adalah cuti bagi negeri Kedah. Alamakk! Masalah betul nie. Penyesalan betul betul bertapak kat hati nie..hehehe.

Sementara member member yang lain menjamu selera, aku dan Paan shoot terus ke kedai Ah yong nie. Hati memang down gila. Tapi aku fikir, mesti ada hikmah disebalik musibah yang melanda. Nie musibah ker atau masalah yang sengaja dicari? hehehe..

Kalau dah terdesak dan ada masalah sekitar area nie, korang boleh pergi ke kedai Ah yong nie. Terletak berhadapan dengan Kedai Jo Cendol Pulut kat Kampung Darat. Kedai dia berada di barisan hujung sekali. Senang jer nak cam kedai dia nie, sebab ada deretan motor motor kat depan kedai nie.

Waktu aku sampai dengan Paan, tayar pulak dah habis! Katanya semalam baru ada motor yang tukar tayar. Belek belek tayar second, masalah tak der saiz dan condition pulak tak memuaskan. Ada satu tayar tu, bunga masih cantik. Battlax kalau tak silap, tapi katanya ada 6 tampalan. Sepanjang lebuhraya nak sampai ke Changloon nie, mamat tu dah 6 kali tampal. Adoihh. Waktu nie, aku dah sarankan pada Paan supaya masuk ke Siam dulu. Dan aku akan stay kat sini. Esok bila dah tukar tayar, aku akan masuk sendiri. Tapi Paan tak bagi, katanya masalah nie boleh diselesaikan. 

Tapi nasib baik jugak laa, si Ah yong nie dah mengesyorkan satu edai kat area jalan Langgar Alor Setar. Kedai KTM nie bukak sampai pukul 3 petang jerr..dan waktu tu dah menunjukkan jam 1 tgh hari. Kami shoot tengah tengah panas tu, akhirnya jumpa juga dengan kedai KTM yang dimaksudkan tu.

Parking motor dan proses tukar tayar dijalankan. Alhamdulillah semua kerja selesai dalam pukul 2.30 petang. Sewaktu menunggu proses penukaran tayar, aku dan Paan makan dahulu di kedai nasi ayam berdekatan.

Imigresen Bukit Kayu Hitam

Tepat jam 3, kami pun cross border. Sebelum tu, keluarkanlah segala passport yang korang ada. Standby. Kat sini, korang ambiklah laluan motosikal. Dia ada tulis kat situ. Jangan segan segan. Imigresen Malaysia nie senang jer. Korang tak yah turun dari motor pun. Just hulurkan passport dan diaorang akan selesaikan untuk kita. Imigresen kita memang steady...sentiasa dengan senyuman dan sedia membantu.

Bila dah selesai, kita akan melepasi Kompleks Zon Bebas Cukai. kalau korang tak cukup duit nak belanja kat Siam nanti, boleh laa withdraw dulu kat sini. ATM Maybank dia terletak kat luar tu jerr. Beratur sikit, dan cucuk laa sebanyak mana duit yang korang nak guna tu nanti. Lupa nak bagitahu, kat Gurun pun ada juga money changer. Tapi aku tak tahu mana satu lebih untung, samaada tukar kat Danok atau kat Gurun.

Hehehe..mai chop passport.

Imigresen Sadao

Okay, bila korang dah siap semua keluar duit..masa nie boleh laa korang bergerak melepasi sempadan Malaysia-Thailand. Masuk perlahan lahan, dan masuk ke lorong motosikal. Parking elok elok motor kat tepi tu. Jangan nanti menggangu laluan orang lain pulak. Keluarkan passport, white card juga geran motor.

Mula mula pergi la beratur kat Imigresen tu dulu. Kat sini korang buka laa helmet. Takkan nak berjalan pakai helmet kot..hehehe. Beratur tu tengok nasib jugak laa, kalau ramai..alamatnya korang beratur panjang laa. Kat sini jangan lupa selitkan RM2 kat dalam buku passport tu. kalau tak selit pun tak per, nanti diaorang mintak. Macam member aku si Palim selit singgit, last last imigresen Thailand mintak lagi singgit..hehehe.



Kat imigresen tu sama jerr laa macam kita nak masuk negara orang kat airport tu. Dia akan ambik satu white card dan bagi lagi satu white card pada kita. Yang tu kita nak serahkan semula masa kita keluar nanti. Siap jerr urusan imigresen, pillion korang boleh laa lepak lepak kat kedai depan tu. Pekena air dulu ker, pulut ayam dulu ker..

Bagi rider yang bawak masuk motor, korang kena beratur semula kat kaunter Kastam pulak. kat sini pastikan korang bawak keluar passport, geran dan juga surat kebenaran jika ada. Kat sini lah pentingnya geran korang tu kena ada photocopy depan dan belakang. Dan juga penting kena ada surat kebenaran jika motor bukan atas nama sendiri. 


Bukan cakap tak boleh settle, ikut budi bicara dan juga tips duit kopi. hehehee. Kalau boleh selesai Alhamdulillah, kalau tak boleh selesai..alamatnya camner? Nak patah balik ker? Adoihhh...Kat kaunter nie, pihak berwajib Thailand akan masukkan data moto korang tu. Pas tu dia akan printkan satu helai resit warna putih. korang kena bawak resit nie ke kaunter depan, dan sign depan dia. Diaorang akan chop resit nie, dan pastikan korang simpan elok elok. Resit nie korang akan pulangkan semula masa balik dan keluar dari Siam nie nanti.

Dan dengar khabarnya, jika anda masuk melalui pintu Wang kelian atau Padang Besar, diaorang memerlukan geran updated yang photostat atau original. Jadi pastikan korang siap siap dah mintak updated photocopy geran tu dari kedai. Bila dah selesai semua urusan nie, bawak lah motor korang keluar dari situ. kat situ memang banyak Overlander..macam macam motor. kalau tak pandai jugak, tanya jer dengan diaorang. Pasti diaorang akan membantu anda. Tak susah, percaya laa..


Kami siap semua urusan dalam pukul 3.30-4.00 petang. Lama jugak kan...sebab ada sikit masalah. Tapi alhamdulillah, semuanya siap dan dapat diselesaikan. Badan pun dah penat, kami minum dulu kat kedai muslim yang banyak kat tepi tepi tu.

Masuk jer ke Negara Thailand, aku disapa oleh member aku Naseq. Diaorang dah sampai awal sehari dan lepak kat Danok. Kesian korang kena tunggu kami 3 jam kan..kesian jugak kat kawan kawan aku yang kena tunggu aku tukar tayar. Jadikan pengajaran tu geng...hehehe. Macammana pun, kami kena bergegas, sebab perjalanan ke Krabi dianggarkan akan mengambil masa selama 3-4 jam lagi dari sini.

Sementara tu, kami pergi tukar duit dulu. Masa nie laa dapat tengok kami pegang duit beribu ribu. Tukar laa lebih sikit, kit atak tau apa yang kita nak beli nanti. dalam masa tu, orang rumah aku memang mencari pulut ayam lerr...Terpikat masa kami makan kat Wang Kelian tempohhari. Siap semua urusan jam 5 petang. On The Bike...jerit Paan. 
En Mamat, Tuan Presiden Burung Hantu
Bergerak ajer dalam negara Thailand nie, kita kan dapat tengok permukaan jalan diaorang yang lain macam sikit. Mungkin tarnya tak sama dengan tar jalan kita. Nampak seakan akan berminyak dan tar licin. Uihss..seriau jugak kalau hari hujan nie. tapi perasaan jer tu kott..

Danok...jalan tar depa lain macam laa..
Memang seronok laa first time lalu kat negara orang, melihat suasana kiri dan kanan. Melihat budaya dan persekitaran negara orang walaupun tak banyak beza dengan negara negara kita sendiri. Perbezaan dari segi bahasa. Cuaca still sama walaupun Thailand nie panas tak hingat...

Menunggang di Lebuhraya di Thailand perlu berhati hati. Jangan speeding sangat. Sebab kita tak tahu bila mereka akan merentasi lebuhraya, dan bila akan ada trailer yang akan u-turn. Ini memang betul terjadi, trailer sambung tu U-turn tanpa ada perasaan bersalah langsung depan kitaorang..hehehe


Dari segi perbezaan masa, diaorang lewat satu jam dari kita. So maknanya kalau kami melepasi border jam 5 petang, waktu tu masih jam 4 petang laa di sana. Waktu kami melepasi pekan Danok, agaknya time diaorang keluar dari tempat kerja. Jadi jalan agak sesak. Kami kena mencelah celah disederetan lori, kereta dan juga tut tut. 

Kat sini lah kita dapat meilhat gelagat penduduk setempat. Kami juga bertemu dengan sekatan jalan raya, tapi tak der masalah pun. Langsung tak ditahan atau ditanya.

Naseq dan juga Mat Lan



 Di sepanjang perjalanan, korang jangan terkejut kalau melihat terdapat banyak sangat 7-E ataupun Teco Lotus. agaknya kurang terdapat kedai runcit kat sini kot.




Steady Tuan President..En Mamat dengan GTR14 nya..

Pandangan dari belakang- Pali Rabbit Tak ori ,dan Jep Rabbit Ori 

Ipin dan isteri dia...kat belakang tu Wak Lan, Naib President

Mat Lan..

Layan beskal kat Thailand pun syok jugak nie,,,

Ipin ngan wife dia...kental betul semangat wife Ipin nie,,naik ZX10 sampai Krabi

Jalan kat Thailand...macam berminyak jerr beb

Nampak tu, diesel ker apa yg tumpah atas tar tu? Adoyaiii...seriau aku beb


Suasana memang panas walaupun jam dah hampir jam 6 petang waktu Malaysia. Berduyun duyun kereta kat jalan...nak kena selit selit lak tu. Korang perasan tak ramai pick up nie bawak dalam satu satu masa. tu belum yang berdiri lagi tu..Drebar dia best jerr duduk dalam kabin ada ekon.

Panaih laa berhimpit himpit dalam pickup nie...

Motor kuning tu si Paan dengan Wife dia..


Memandangkan aku tak refueling semula minyak selepas gi tukar tayar tadi, maka adapun minyak aku dah berkurangan dalam tangki. Jadi waktu aku berhenti isi minyak dan merehatkan badan selepas sejam setengah perjalanan, dalam tangki masih ada 2 bar lagi. Tapi aku isik full jugak laa. Kena RM 56, ataupun 560 baht. Adoyaiii...Minyak kat sini memang mahal geng...

Phattalung...turn to the left yaa. Tak pi hat Yai punn..
Sebelum sampai ke Trang daripada Phattalung, perjalanan akan melalui dan merentasi hutan hutan serta bukit bukau. Dinasihatkan, jika anda bergerak ke Krabi...kalau boleh jangan laa lalu area nie waktu malam. Agak membahayakan jugak. Anda harus melayan corner di pergunungan seakan akan korner di Cameron, dengan pembinaan sedang dijalankan sekarang nie. Dah lerr aku guna smoked visor, meraba raba laa dalam gelap tu jawabnya.

Akhirnya selepas berhempas pulas selama 3 jam lebih, kami selamat juga sampai ke Krabi. Dah sampai kat Krabi, berpusing pusing pulak cari jalan menuju ke Ao Nang Beach. Dah malam, mana nak nampak apa apa pun kiri dan kanan jalan.

Sampai kat sebuah stesen minyak, kira kira beberapa kilo dari Ao Nang, terperasan pulak yang Naib President tak ada. Aku agak mesti Wak Lan nie tertinggal masa Paan buat U turn tadi. Punya laa jauh dari KL-Krabi tak sesat, bila dah sampai Krabi pulak sesat...hahahaa. Kat highway mana boleh boleh sesat, GTR kan raja highway..hehehe

Adoii...dah laa penat. Lapaq semua ada. Mana Wak Lan nie?
Last last Paan keluar mencari dengan Mamat. Akhirnya berjumpa dengan Wak Lan di satu persimpangan lamp isyarat. Rupa rupanya bukan sesat, tapi mencari jalan shortcut ke Ao Nang beach..hehehe. Sorry Wak Lan.

Badan pun dah penat, jom laa kita check ini dulu. Mandi bersihkan badan lepas tu keluar makan. sepanjang jalan di pekan Aonang nie memang happening kalau malam. Sepanjang jalan nie terdapat beratus ratus tempat penginapan. So korang pilih laa mana satu nak tinggal.

Kalau berani, walk in jer teurs. kalau tak ada bilik, alamatnya korang duduk laa kat wat Siam tu jerr.. 



Selesai check in, mandi manda dan rilek sekejab sebelum keluar mencari makanan. Kat sekitar Ao Nang nie, area muslim..so makanan halal memang banyak dan tak ada masalah. Banyak kedai kedai nak makan, samaada gerai, roti canai, pizza mahupun makanan arab memang ada kat sini.Pilih jer laa mana yang suka. Kalau terlupa nak bawak berus gigi ker, shampoo ker, nak beli mineral water ker..jangan risau sebab 7-E melambak kat sekitar Ao Nang tu.

Esok apa aktiviti? Kita tunggu...

4 ulasan:

tommy hilfiger berkata...

naik atas lagi bro... atas sejuk hahahhaha...

Aku Budak Nerek berkata...

tommy hilfiger: Niat tu memang ada bro..cuma edisi pengenalan nie kena rintis yg bawah bawah jerr...hahaah

Tanpa Nama berkata...

Salam bang, kalau geram moto bkn atas nama kita, kena bwk surat kebenaran. Surat kebenaran tu mcmne nk buat? msh xphm dgn surat kebenaran tu la. Kalau xde surat kebenaran plk, boleh x bg geran tu je kt die? Kalau dgn Kastam Thailand nnti ade prob x?

Aku Budak Nerek berkata...

Salam, Servis buat surat kebenaran tu rasanya ada dekat tempat yg kita nak buat insurans tu. Saya tak ada pengalaman buat surat kebenaran nie, tapi pernah terbaca dalam blog lain: http://blog.penyubiru.com/2013/08/pengalaman-pertama-masuk-thailand-melalui-bukit-kayu-hitam.html
Credit to penyubiru:

Masa saya masuk dulu, ada member yg bawa surat kebenaran yg ditulis oleh owner motor tu sendiri. Dan tak ada masalah pun. Janji geran atau salinan geran original depan belakang ada bersama.

Selamat mengembara!

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...