NuffNang

Jumaat, 26 April 2013

Akhirnya...Kawasaki juga menjadi pilihan.

Salam,

Setelah beberapa ketika membuat penilaian dan penyelidikan maka akhirnya al sahabat aku itu telah pun membuat keputusan untuk membeli sebiji jentera pilihan hati. Maka Z1000 milik beliau telah pun bertukar tangan. Walaupun dioffer kepada aku untuk pindah milik Z1000 beliau dengan harga yang sangat menawan, namun hati aku masih lagi tetap kepada jentera dual purpose walaupun bunyi Z1000 memang mantopp!! hahahaha.

Kenapa aku tak sudi untuk pindah milik Versys dan bertukar kepada Z1000 yang nyata lebih ganas, mantap dan pastinya lebih laju itu? Pastinya kerana jiwa aku jiwa pengembara, kelajuan bukanlah pilihan..Aku lebih suka menghayati keindahan alam, keunikan masyarakat setempat. Lagipun aku tak suka dengan motor yang tak ada kotak nie...susah nak bawak bekal..hahaaa. 

Kalau ditakdirkan suatu hari nanti, tuhan memberikan aku rezeki lebih, pastinya aku akan hupgrade kepada motor jenis berkotak juga. Senang, selesa dan boleh layan jalan jauh. Biarlaa waktu ride aku kena tinggal, pastinya belum sempat sebatang rokok habis, aku akan sampai juga...

Dan kenapa kawan aku tu akhirnya memilih GTR1400 berbanding dengan RT1200? Senang jer jawapannya, katanya memiliki jentera BMW adalah satu titik puncak atau kemuncak di alam permotoran. Tak kiralah samaada GS1200 ker, RT1200 ker atau GT1600 ker. So, dia masih lagi berhajat nak hupgrade selepas nie. Maknanya kalau pakai BMW, pasti dia tak akan merasa nak pakai motor lain dah..sebab katanya motor BMW itu sangatlah sedapnya...betul ker? Apa kata pemilik BMW di luar sana?


Bak kata sahabat aku yang memiliki GS1200A, menunggang jentera ini di jalan tidak rata adalah satu nikmat berbanding jentera lain. Sebagaimana suspension kereta BMW yang terlalu selesa itu, begitulah juga dengan suspension motor ini. Sedap bangatt...hmmmmmm. Apapun, aku nie berangan jerr laa dulu...




Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...