Ride Report Fun ride
– Kuantan – Monday 15 April..RV 9am – Bhp Gombak
Jam sudah menunjukkan 9am..sah, memang aku dah terlewat ke
tempat RV seperti dijanjikan..tapi aku dah pesan dengan geng2 ni, kalau pukul 9
ada yang tak sampai di tempat dijanjikan..korang gerak dulu..nanti kita
berkumpul di next stop RnR Temerloh.
09:20am..aku tiba
di Bhp Gombak, baca sms, “ kami dah gerak ..minta jumpa di next station
RnR Temerloh “..aku tak buang masa, refuel bagi penuh tank..terus melayan highway karak
, sorang-sorang best jugak layan Karak ni..maintain 140-160km/j all the
way..naik je LPT Jalan memang clear..lagipun isnin, mana ada geng-geng motor
nak ride hari bekerja..kat sini maintain 180km/j..dalam hati aku, Jangan jadi
apa2 dah la..hilang akal aku maintain camni dengan motor 2 lejang…
Lagi jauh aku dah Nampak bayang2 jacket hijau, ‘ dalam
hati aku, ni mesti geng-geng aku ni..’, yes.. betul sangkaan aku, dapat
juga aku tangkap group yang nak sampai ke susur Temerloh..laju betul diorang
ni..kena tinggal 20 minit pun..jauh ni baru boleh jumpa semula..
10:20am..kami dah
tiba di RnR Temerloh..Top up minyak..tekejut aku untuk jarak 130km, motor aku
pelahap minyak rm15..sedangkan Honda future hanya top-up rm4.90..memang
betullah slogan motor ni
” HERO PENJELAJAH JAUH “..so sesapa nak joint konvoi..cari lah motor yang bersesuaian dengan keperluan tetapi bukan kehendak.
11:30am..taknak
buang masa, kami meneruskan perjalan sehingga susur Gambang-- > bandar
Kuantan -- > pantai Gelora dengan mengambil masa hanya satu jam setengah je..jalan hari ni memang
best, walaupun cuaca panas..
” HERO PENJELAJAH JAUH “..so sesapa nak joint konvoi..cari lah motor yang bersesuaian dengan keperluan tetapi bukan kehendak.
![]() |
Jentera yang menyertai ride |
![]() |
Top up minyak dan perut...tak sempat bersarapan |
Taman gelora, kalau time lunch camni, memang ramai dengan
student-student..Student Ikip memang ramai datang makan kat sini, yang iras
Neolofa pun ada..tapi dia bukan lah taste aku, aku prefer Jue Aziz
lagi..haha.Ok off topic..nanti next ride tak dapat Visa pulak..
13:30pm—Lepak
makan, pastu kami terus ke Medan Tok Sira..solat and rehat2 kejap, sebelum ke Tanjung
Lumpur nak makan satar pulak..
14:30pm..kejap je masa rasanya kami kat Kuantan ni, ada masa Cuma dalam satu jam lagi..nak minum air kelapa sambil makan satar dan Celup tepung..Deside jam 15:30, kami dah nak balik Kl semula..Ride ni lebih kepada ride office hour je..untuk masing-masing lepaskan gian nak ride..at least ride..teringat masa dulu-dulu..ni ler kerja aku, ride semata-mata nak pergi makan je..dah la naik kapcai-syahdu kalau atas highway,dipintas motor berkuasa tinggi.
14:30pm..kejap je masa rasanya kami kat Kuantan ni, ada masa Cuma dalam satu jam lagi..nak minum air kelapa sambil makan satar dan Celup tepung..Deside jam 15:30, kami dah nak balik Kl semula..Ride ni lebih kepada ride office hour je..untuk masing-masing lepaskan gian nak ride..at least ride..teringat masa dulu-dulu..ni ler kerja aku, ride semata-mata nak pergi makan je..dah la naik kapcai-syahdu kalau atas highway,dipintas motor berkuasa tinggi.
15:30pm..kesuntukan
masa, kami pun meninggalkan Tanjung Lumpur, seorang Rider meneruskan perjalanan
ke Terengganu atas urusan kerja.
18:30pm..kalau
ikutkan target masa sampai KL, Cuma 3 jam setengah..tapi ada perkara yang tak
dapat dielakkan, sebiji motor telah mengalamai Overheated , dimana blok
racingnya telah kembang, bunyi Piston ring yang amat kuat kedengaran, Lost
power tak larat naik bukit..Disebabkan masa telah suntuk, aku menunda motor
tersebut hingga ke Tol Gombak.dengan liku-liku dan bukit bukau Di Karak
Highway..perghhh, setakat ni dah 2 kali aku tunda motor di Karak ni..first Bike
SYM dan second Honda ni..Lepas ni aku nak buat kelas menunda pulak lah..dah
tiba masa aku nak relax..
Uihhh..malasnya nak buat report, cukup la rasanya setakat
ni..
Nak cerita bab Kos = Petrol + makan rm40..dengan Bajet ni,
rasanya tak perlu cari Sponser..
Pesanan dari leader kapcai, bagi komitmen anda, kami akan
usahakan segalanya.
" Small bike,Long Ride
"
Mohd Syafri Hj Shuib
Ps : Kapcai memang menjimatkan, isi
minyak seliter, KL - Kuantan - KL selamba je..( tapi minyak Engine la )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan