Salam,
Aku nak cerita camner pun tak tau. Nak bagi lokasi pun aku tak tahu jugak, sebab deretan kedai nie berada di belakang bangunan. Kalau dulu, aku layan sup nie dekat tepi sungai Segget, tapi sekarang nie sejak ada Bazaar karat, port tu dah hilang dah. Lama jugak aku cari semula port nie dengan org rumah aku, baru sekarang terjumpa semula. Memundiri lorong belakang, sambil mendengar cerita penglipur lara jalanan..
Kalau dah boring jalan jalan kat sini, korang boleh pergi ke bazaar karat. Shopping atau jamu mata..
Kalau dulu, masa aku mula mula menjejakkan kaki ke JB, inilah antara tempat makan yang acapkali aku kunjungi. Walaupun suasananya amatlah tidak mententeramkan, dengan bauan hancing dari aliran lesu sungai Segget, tapi feel menghirup kuah sup nie melenyapkan segala unsur unsur yang lain.
Kini, lokasinya telah berubah. namun trademarknya masih sama juga. Berada di laluan lorong belakang bangunan, masih sama dengan bau bau longkang. Namun aku pun pelik juga, masih juga menjadi tempat tumpuan untuk makan makan.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual di sini, tapi dalam banyak banyak kedai yang aku perasan, ada 4 kedai menjual sup mamak, ikan bakar, goreng gorengan, nasi ayam penyet dan lain lain lagi. Yang ku juga musykilkan bagaimana still ada peniaga luar negara yang boleh berniaga kat sini? Musyil betul...mereka di mana mana.
Kenapa kedai nie menjadi pilihan aku? Sebab aku dah biasa makan kat kedai nie, dan kedai nie juga disyorkan oleh kakak ipar aku. Dia menjadi pelanggan setia kedai nie sejak dari dia kecil lagi sampai sekarang. Hebat juga mandrem kedai nie..hahaha..Thats why aku choose kedai nie.
Apa mau makan? yang pasti sup mamak laa. Macam macam sup ada...sup urat, sup pipi lembu, sup tulang kambing, sup gearbox, sup otak, sup perut, sup torpedo, sup ekor, sup lidah dan macam macam lagi laa. Hangpa pilih saja apa yang nak makan, nanti pandai laa mamak tu campur campurkan.
Sebelum nak makan tu, disyorkan untuk mencampurkan sekali dengan sambal yang telah disediakan. Then kacau...makan cicah dengan roti benggali..pherggh...layann.
Harga? Mampu bayar...dont worry. Cuma kalau anda jenis yang memang high class, mungkin tempat nie tak disyorkan untuk anda. Bagi aku? ..., boleh layan sebab aku suka mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan