Salam,
Bila cuaca baik, kesihatan mengizinkan, apa kata sekali sekala kita keluar dan meronda ronda kawasan kampung. Sebenarnya banyak lagi laluan jalan dalam yang belum kita terokai. Kicauan burung, unggas yang berterbangan, bau bauan dari pepohon dan bunyian kicauan burung sungguh mempersonakan.
Apatah lagi jika mesin yang kita kayuh adalah mesin yang baru kita perolehi. Setelah sekian lama berlatih menggunakan basikal lama, kini kita merasakan tenaga kita sedikit berlebihan apabila menggunakan basikal baru yang lebih canggih.
Dengan sistem gear 9 speed 27, dan yang pastiya menggunakan rim 29er. Nyata cukup berbeza sewaktu menggunakan basikal dengan rim berjejari 26er. Apa yang berbeza, kayuhan menggunakan basikal 29er membantu kita ketika berada di jalan datar. Dengan senang kita akan dapat meninggalkan rakan rakan yang menggunakan jejari 26er.
Ketika menaiki bukit, pun tidak menghampakan. Kunci sahaja fork hadapan, dan kita akan lebih stabil.
Kayuhan menggunakan 29er, seolah olah kita mengayuh menggunakan roadbike di jalanan landai. Cuma penggunaan tayar offroad menjadikan kayuhan terasa sedikit berat berbanding kayuhan roadbike.
Waktu kayuhan landai, terbaik..Waktu kayuhan turun bukit, mampu mencecah 56kmj.
Apa apa pun, kita lihat prestasi ketika menggunakan jalan offroad. Sama ada 29er mampu mengatasi 26er. Kerana mungkin jejari tayar yang lebih besar itu akan membuatkan kayuhan terasa sedikit berat ketika mendaki bukit offroad.
Apa apa pun, doakan kejayaan dalam mengharungi Jamboree Janda Baik 12 May 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan