Aku memang seringkali lalu di kawasan ini ketika untuk pulang ke kampung. Perjalanan membosankan daripada Air Hitam, Bahau menghala ke Temerloh memang tidak pernah menarik minat aku untuk berhenti di mana-mana tempat, kecuali untuk ke tandas.
Perjalanan disepanjang laluan ini memang dihiasi dengan landskap hutan kelapa sawit dan juga pohonan getah. Namun ada seorang sahabat yang kerjanya membawa lori memindah barang telah mengutarakan satu kedai yang acapkali dia singgah jika lalu di Pekan Kemayan ini. Katanya sate di salah satu kedai di situ sedap dan murah. Dibuka sekitar jam 6 petang dan tutup pada jam 2 pagi. "Bagus juga kalau aku try kat sini, ada sikit hiburan dalam perjalanan pulang", monolog aku sendirian.
Kedai ini terletak betul betul berhadapan dengan Masjid Kemayan. Landmark terdekat adalah BHB Kemayan. Terletak berderetan dengan kedai lama di kawasan Pekan Kemayan ini. Tak susah nak mencari, kerana memang terletak berhadapan dengan jalan besar. Memandangkan cuaca gelap selepas hujan dan hampir menghampiri jam 8 malam, aku singgah di masjid untuk solat maghrib. Sebelum tu aku dah order sate ayam dan daging. Tapau. Siap solat, sate pun dah siap untuk dibawa pulang.
Makan semasa panas memang meberahikan. Sedap. Saiz tidak berapa besar dan juga tidak terlalu kecil. Memang ngam ngam secucuk untuk sekali makan. Tak hairan jika kedai ini sentiasa penuh dan sahabat aku tu sanggup singgah disini dan tapau sebanyak 120 cucuk sate.
Harga untuk hidangan sate adalah seperti di bawah:
Sate Ayam: RM 0.50 secucuk
Sate Daging: RM 0.60 secucuk
Sate Kambing: RM 0.60 secucuk
Nasi Impit: RM0.50 satu
Timun: Percuma
Kuah Kacang: Percuma
Murah tak dengan harganya? Bagi aku okay laa. Mana nak dapat dah sate dengan harga macam nie sekarang. Bagi aku sate kambing sangat membuka selera. Lagipun sangat murah. Kalau anda lalu di kawasan nie, singgahlah di sini...
Ada satu port lagi yang aku selalu makan sate, tapi kat Temerloh. Sebelah kedai tomyam di Simpang Songsang. Bagi aku kat situ memang *****. Tak hairan dia buka jam 7.30 malam dan habis pukul 10 malam. memang sedap dan memang murah. Pilihan di tangan anda, Kerana selera masing masing tak sama dan sedap adalah subjektif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan