Salam,
Perkara pertama bila bangun pagi nie adalah breakfast. Kami breakfast kat hotel. Hotel budget, breakfast pun budget leer. Nasik goreng, mee goreng sama roti bakar. Layan alas perut jeer la. Dah siap breakfast, kami keluar checkout dari hotel. Destinasi pertama pagi nie adalah melayan nak beli jeruk. Kononya kami dapat info yang jeruk kat Balik Pulau lagi murah.
So decide nak pergi sana leer. Tak nak beli jeruk kat Pasar Charostar. Kami pun layan leer jalan corner ke Balik Pulau. Pherggh, layan sungguh jalan nie. Lazat sekali. Kami tanya penduduk kampung kat mana nak beli jeruk area sini, diaorang cakap jeruk jual kat pasar. Kami pun gerak leer cari pasar yang dimaksudkan. Memang jumpa, tapi tak banyak variety dan harga adalah stended. So kami beli sikit jeer dan plan nak beli kat Pasar Charostar.

Balik dari Balik Pulau, kami singgah di Toys Muzium kat Batu Feringgi tu. Okay jugak Toys Muzium nie, banyak betul mainan kat dalam nie. Berbaloi jugak bayar bayaran masuk tu. Siap jer lawatan kat sini, kitaorang gerak nak cari tempat lunch. Perut pun dah lapar nie. Kami gerak menuju ke Town.
Apa lagi, saya mesti bawak diaorang makan kat Line Clear tu. Hari nie, ada rezeki sebab bukak. Kami pun apa lagi, terus pekena nasik kandaq kat Line Clear. Semua makan ikut nafsu laa masa tu. Telur sotong, telur ikan, daging, ayam semuanya dibalun. Maklumlah ada belen budget untuk makanan. terpaksa leer dihabiskan. Mengikut kata Azri leer, budget untuk makan semuanya kena habiskan sebelum balik.

Line Clear..
Usop dan wife dia depan Line Clear. Kat belakang tu Azri tengah kira duit..hahaha
Nasib baik kedai mamak sebelah nie tutup. Senang sikit nak park motor kat sini
Settle makan nasik kandaq, kami gerak menuju Pasar Charostar nak beli jeruk. Tak jauh pun sebenarnya dari Line Clear. Tapi mesti naik motor beb. Ride depan jer sikit dah sampai. Dapat parking betui betui sebelah market. So tak payah nak jalan jauh dah.
Khairul tengah ushar line, takut tak bley parking kat sini
Parking bebaik bro..kang balik jalan naik bas plak.
Mak aih..kecur air liur tengok jeruk kat sini. Semuanya memberahikan
Pilih nak beli jeruk apa..semua ada
Sebelum beli, hangpa boleh try dulu. Rasa jeer tau, bukan makan bagi kenyang
Settle jeer upacara membeli jeruk, kami berangkat pulang. Tapi sebelum tu aku nak tanya, hangpa pernah terbaca atau terdengar tak kalau hangpa tak bayaq parking atau tak bagi duit kalau depa mintak kat Pulau, nanti hangpa dapat musibah? Aku pernah dengar pasal nie, tapi aku tak percaya sangat. Last last hangpa tau apa jadik kat aku? Teruskan membaca.
Kami bertolak keluar dari Penang dalam pukul 3 lebih. Kami berkira kira nak singgah kat Taiping Kuala Sepetang dulu sebelum balik. Nak pekena mee udang. Azri pun dah semangat dah dengar nak pekena mee udang. Balik pun kami naik feri lagi, sebab nak jimatkan masa dan petrol..hahaha.
Aku tengah tunggu dalam feri. Panas pulak tu..
Bergambar kenangan dalam feri
Kalau mengikut perkiraan, aku dan geng boleh sampai ke Taiping dalam pukul 4 petang. Just nice nak pekena mee udang sebelum bertolak balik ke Senawang. Tapi malang memang tak berbau, motor aku mengalami masalah semasa sampai kat area Nibong Tebal. Belt aku putus. Tak pernah aku alami belt putus dengan motor nie walaupun sebelum tu dah banyak tempat aku jalan.
Elegan aku nie dah sampai Tasik Kenyir, Penang, Cameron dah 5 kali, JB, Mersing, Temerloh, Taman Negara, Batu Pahat, Muar, Kuantan, Melaka dan banyak tempat lagi. Tapi kali nie mungkin dah sampai masa aku nak kena. Nasib baik jugak hari masih siang. Kalau malam tak keer naya? Syukur jugak aku tak kena masa aku buat ride solo dengan wife aku dulu.

Adik aku yang dah jauh ke depan berpatah balik ke belakang dan tunda aku sampai keluar kat exit. Cari kedai motor, tapi diaorang tak ada simpan belt Elegan original. Aku tak berapa berani nak guna belt local sebab nak jalan jauh. Terpaksa pusing pusing carik kedai dan akhirnya jumpa satu kedai.
Kononnya konfident sangat nak repair. Aku yang memang dah terdesak, on jeer laa. Ini menjadi pengajaran untuk aku, supaya kalau nak ride jauh lain kali, kena bawak belt original sendiri. Sebab kita sendiri tak tahu bila kita akan kena, dan kedai tu ada jual belt ker tak.

Upacara tukar belt disaksikan oleh ramai peserta
Nie lah belt aku yang putus..sebenarnya bukan masalah belting nie..ada masalah lain
Bila siap jer tukar belt, aku dah rasa was was dan berapa yakin. Tapi aku diam jeer. Mungkin mainan perasaan kot. Sebab masa tukar tadi tu, diaorang tak pakai belt original Elegan. Tapi sebab terdesak, aku tukar jugak laa. Waktu tu dah dekat pukul 5 petang. Keluar jeer dari Exit Nibong Tebal tu, tak sampai dalam 5 minit ride, belting aku putus lagi. Kali nie dalam pendakian highway tu.
Motor aku tersadai kat tepi highway tu. Aku dah malas nak tunda motor tu lagi. Naik dengan adik aku dan pergi kedai tu semula. Aku gi tanya macammana boleh putus semula. Dia cakap dia tak bagi guarantee. Aku dah lah letih dan tak puas hati. Nyaris tak bergaduh dengan tokey kedai tu. At least kena lah tolerate sikit, bantu membantu. Last last aku dapat balik 50% dari jumlah yang aku bayar tadi.

Dengan perasaan tak puas hati, aku ajak adik aku pergi cari kedai lain. jalan ke depan sikit, rupanya ada satu kedai besar yang ada jual Elegan dan macam macam motor lain lagi. Waktu tu dah dekat pukul 7 petang. Geng geng aku yang lain semuanya tersadai kat tepi highway tunggu aku. Yang aku respek, tolei kedai nie memang kaki motor atau riders sejati. Dia dengan senang hati nak bantu aku angkut motor aku dengan lori dan tolong baiki esok harinya. Sebab dah nak malam, kedai pun dah tutup. Aku setuju. Naik lori dia dan pergi ambik motor aku. Adik aku follow naik motor. Waktu tu dah dekat pukul 7.30 malam.
Sampai kat tepi highway tu, aku tengok budak budak nie semua tunggu dalam gelap tu. Angkat motor aku naik lori dan aku terpaksa minta diaorang balik sendiri ke Senawang. Aku mintak Azri dan usop lead diaorang balik, walaupun diaorang tak tahu jalan. Aku terpaksa bermalam di Penang malam tu dan tunggu motor aku untuk dibaiki keesokan harinya.

Yang jadi tak seronoknya, ada bebudak nie yang langsung tak ada semangat ride dan setiakawan. Ada suara suara sumbang yang aku dengar melahirkan rasa tak puas hati dengan aku, sebab motor aku rosak. Salahkan aku sebab bawak diaorang ke Muzium Toys yang kononnya tak ada dalam agenda ride aku. Salahkan aku sebab tak follow itinery. Kalau boleh, aku pun nak follow itenery 100%.
Tapi nie bukannya rombongan sekolah, aku buat ride nie pun bukannya ambik untung dari diaorang pun. Sajer aku nak bawak diaorang yang memang tak pernah jejakkan kaki ke Penang dan menghayati keseronokan bermotosikal. Lat last, aku jugak yang disalahkan. Motor aku rosak bukannya aku yang nak, dah nasib. Orang macam nie tak guna di bawak ride lain kali. Bukannya nak membantu kalau team dalam kesusahan, menyusahkan ada lagilah. Orang macam nie eloknya duduk ajer kat rumah tengok TV. Sikap macam nie membuatkan aku lebih berhati hati bila nak bawak orang lain pergi ride lain kali. Lantak koranglah kalau tak keluar dan tak tau tempat orang.

Azri offer aku nak lepak sekali dengan aku kat Penang. Tapi aku menolak sebab aku nak dia lead geng yang nak balik Senawang. Adik aku Faiz pun kena balik Pahang jugak malam tu, sebab esok pagi tu dia nak kerja jugak. Last last aku, wife dan adik aku yang kat KL tu lepak kat Penang semalam lagi. Kami check in hotel berdekatan dengan kedai motor tu. Tapi aku risau jugak, takut geng geng yang lain nie tak sampai Senawang. Last last aku dapat mesej dari diaorang, selamat sampai Senawang dalam pukul 4 pagi. Faiz sampai Temerloh dalam pukul 6 pagi. Pukul 8 nak masuk kerja semula. Syukur alhamdulillah, at least semuanya selamat sampai.
Aku terpaksa call boss aku mintak cuti emergency lagi sehari. Boss aku terkejut bila dengar aku gi Penang naik motor. Aku pergi kedai tu awal pagi lagi, tunggu motor aku nak repair. Rupa rupanya motor aku tu, dia punya mangkuk pully sudah tak dak ngam. Makan dia punya belting. Kalau tukar belt semula pun, mesti putus lagi. last last decide tukar satu set yang baru punya. Tup tap tup tap kena jugak dalam RM 800 semuanya. Adoyai..tak per lah, janji semua barang tu dah tukar. Kedai tu terpaksa ambik barang ket Penang. Kena tunggu lagi. Last last, dalam pukul 12 tgh hari, motor aku siap dibaiki. Aku terus gerak balik ke KL.
Adik aku Syafri yang banyak tolong aku masa ride nie
Masa nie baru aku teringat pasal cerita tak bayar parking masa kitaorang kat Pasar Charostar tu. Mungkin dah nak jadi sebab kot, motor aku rosak. Tapi kenangan tu masih terpahat kat minda aku sampai sekarang nie. Satu lagi musibah yang melanda kami waktu ride nie, sampai jer kat Tapah tiba tiba motor adik aku pulak tersengguk sengguk. Habis minyak waktu mendaki bukit nak sampai ke Simpang Pulai tu. Hahaha, turn aku pulak menunda motor adik aku. Tu lah pasal, siapa suruh tak bayar parking kat Penang tu..kan dah kena dah...hahaha.
Aku dan adik aku melayari highway PLUS dua bijik motor jer tgh hari tu
Waktu balik tu, sempat jugak kami singgah di Kuala Sepetang. Singgah nak makan mee udang walaupun semalam kami tersadai kat Penang. Kalau hangpa tak pernah sampai tempat nie, cari carilah dan pekena mee udang kat sini. Sempoi jugak. Lepas kedai nie masuk Majalah 3 hari tu, perniagaan bertambah maju dan terlalu banyak kedai yang jual mee udang tumbuh tepi jalan. Hangpa kena pandai pilih kedai mana yang hangpa berkenan nak makan. Semuanya lebih kurang jeer..mungkin ada yang jenis kuah pekat, dan ada yang jenis kauh sup.
Kami sampai di simpang Taiping. Kuala Sepetang lagi 11km. Kat area Kuala Sepatang nie, korang boleh tengok kawasan hutan paya bakau yang famous tu.
Inilah rupa mee udang yang aku cakap tu. Memang penuh dengan udang jeer. Tak nampak mee pun. Hahaha.
Perjalanan aku dengan adik aku sampai kat Sungai Buluh dalam pukul 6 lebih. Kami berpisah kat sini. Aku meneruskan perjalanan ke Senawang dan adik aku ke Cheras. Bersendirian sebijik motor menghala ke Senawang. Masa nie baru aku tahu betapa pentingnya semangat setiakawan dalam ride.
Thanks untuk kengkawan yang bersama sama aku dalam ride ke Penang nie. Walaupun tak sempat nak ajak korang makan mee udang nie, mungkin lain kali kita boleh repeat lagi. Tu baru ride ke penang, belum lagi ride ke Thailand ka, Laos ka..macam Yok Rempitan tu..hahaha.

4 ulasan:
Orang banyak songeh elok tinggal jerk.Orang sibuk nak meronda, ada yg letihlah, nak tidolah, macam2.Sorry bro tak dpt nak bantu masa tu.Kalu kena Kat dia worang baru tau you punya rase................
No problem..kalau rajin ride..banyak masa lagi motor masing2 nak brakedown..masa tu baru ler kita gunakan win2 situation..
naik kapcai pun ble smpai Penang??Hebat!!
Motor tak penting, yang penting adalah semangat nak menjelajah ke tempat orang. Zaman dulu lagi laa, naik kapal tak der enjin pun boleh menjelajah...kikiki.
Catat Ulasan