Salam,
Aku menerima kunjungan daripada geng-geng Burung hantu, dah nama pun Burung Hantu...asyik keluar malam jer laa..hehehe. Disebabkan kefamousan dan kemashuran sate tulang nie hingga ke seantero tanahair, diaorang memang plan nak turun Senawang semata mata nak merasai kehebatan sate tulang nie.
Ramai jugak yang bertandang ke Senawang malam tu. Ada laa dalam 16 biji kot. Geng geng motor sukan berkuasa super hinggalah kepada GTR Super Touring dan juga Versys Super Touring..hehehe. Syukur alhamdulillah cuaca malam tu terbaik, tak hujan walaupun baru lepas hujan.
Disebabkan mereka datang pada malam Selasa, iaitu malam off day aku maka meja tak lah penuh sangat. So dapat lah kami menikmati sate tulang nie serta kenikmatan tulang ayam nie.
Geng geng nie sampai dalam lebihkurang 10 malam. Melepak sembang sembang dan order sate. Dan masalah utama yang perlu aku nyatakan kat sini adalah servis daripada penyewa satay tulang nie/ Tak tau masalah kat mana, samaada dari tukang ambik order, ataupun tukang bakar sate. Lambat sangat nak sampai sampai aku terpaksa pergi bertanya.
Rupa rupanya diaorang tak dapat order aku. Apa laa malang. Nasib jugak ada brader jual burger bakar kat sebelah tu, maka ada laa port nak makan dulu sementara menunggu sate tulang nie.
Lepak punya lepak tak sedar jam dah 1.30 pagi, so apa lagi. Dah sampai masa untuk burung hantu nie terbang kembali ke sarang..hehehe..
3 ulasan:
nyum2 nampak sedap!
Mai laa lepak sini. Datang senawang dan cuba. tak tau nak cakap..dah cuba baru tahu..hehehe
nanti boleh try..
Catat Ulasan