Semasa sembang-sembang dengan member member lepas balik ride, baru aku tahu rupanya Bukit Bunga nie adalah salah satu pintu masuk ke sempadan jugak. Masa kitaorang sampai kat sini hari tu, langit macam nak hujan. So aku just berhenti basuh muka jer kat Petronas Bukit Bunga tu.
Memang perasan jugak deretan kedai yang jual barangan Siam nie, tapi sebab less info aku tak berhenti pun. Nampaknya lain kali kalau datang lagi, memang nak kena spend masa sehari kat Kelantan. Biasanya, kalau kedai jual barangan Siam nie, semua nya sama jer. Baik kat Wang Kelian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Rantau Panjang. Tak tau lah pulak kalau kat sini agak menarik.
Sedikit info dari Portal Rasmi Majlis Daerah Tanah Merah.
"Terletak di Tepi Lebuh Raya Utama Timur Barat yang menghubungkan Negeri Kelantan Dan Perak. Bukit Bunga juga bersempadan dengan Negara Thailand. Pusat Membeli Belah Bukit Bunga, Tanah Merah telah dimajukan oleh ketua jajahan Tanah Merah dengan kerjasama KESEDAR dan lain-lain jabatan kerajaan.
Terdapat banyak gerai-gerai yang menawarkan barangan tempatan dan barangan import terutama dari Negara Thailand dengan harga yang murah. Selain daripada itu, terdapat gerai makan,minuman, dan buah-buahan. Lain-lain kemudahan yang terdapat di sini ialah Tandas Awam, Masjid, Wakaf, Bank, Balai Polis, Pejabat Pos dan Tempat Letak Kereta."
Dan dengarnya sebelum sampai area sini, perjalanan akan melalui Gunung Reng yang terkenal jugak kat Kelantan nie. Tu pun tak tahu jugak. Lepas google, baru tahu kat sini.
Gunung Reng, Jeli
"Tapak Gunung Reng ini asalnya sebuah Kampung bernama Kampung Tala yang dibuka oleh Tok Tadoh keturunan Pulang Hari dari Jawa kira-kira 1,400 tahun dahulu. Kononnya, Ketua Kampung Tala telah mengadakan kenduri besar-besaran tujuh hari tujuh malam, cukup dengan berbagai jenis permainan.
Setelah sampai hari ketujuh semua jenis permainan telah dilangsungkan. Untuk upacara penutup, mereka telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menyediakan pertandingan memperlaga anjing dan kucing di atas bumbung rumah.
Pada waktu Zohor kedua-dua binatang ini dilagakan di atas bumbung rumah, semasa binatang itu sedang berlaga, berlaku ribut dan taufan berserta hujan yang sangat lebat. Dalam keadaan ribut taufan, seorang perempuan tua bersama dengan seorang cucunya berlari ke kampung yang berhampiran bernama Kampung Gantung untuk mengangkut padi yang dijemur. Setelah selesai memunggah padi yang dijemur, ribut taufan berserta hujan pun berhenti.
Perempuan tua tersebut pergi semula ke Kampung Tala, alangkah terperanjatnya apabila perempuan itu melihat Kampung tala telah ditutup oleh sebuah gunung yang besar dengan melenyapkan Kampung Tala sama sekali.
Gunung yang menutupi Kampung Tala itu dikatakan asalnya terletak di hulu Sungai Reng, kira-kira tiga hari dua malam perjalanan iaitu di sempadan Kelantan/Perak.
Tempat asal gunung ini telah menjadi kolam. Daripada nama sungai ini maka gunung ini dinamakan Gunung Reng. Gunung Reng mempunyai gua-gua yang bercorak bilik-bilik seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak. Melalui pintu besar Gunung Reng ini ialah Gua Payong, boleh masuk melalui lorong dalam gua ke bilik-bilik serta ke anjung sehingga ke puncak Gunung Reng."
Next time leer tuu..boleh singgah.!
8 ulasan:
area tempat berniaga ni aku lalu gak masa LTDP..tp tang gunung tu camner aku blh missed erk?? hahaha. BTW..thanks for sharing bro.
menarik ceruta tu..
laa..ada cerita asal usul rupanya...baca blog ni baru tau,kalu tak main lalu je la..:D
Han Tayar Golek, aku pun tak perasan, tapi diaorang kata kalau lalu area nie mesti jumpa punya gunung nie.
Kang Latep, banyak tempat menarik rupanya sekitar Kelantan nie.
Mr PenyuBiru, nak korek banyak cerita tentang Terengganu nie. Next ride nak ke sana lagi rasanya..
apa nak susah..kan bulan 2 kita nak sarapan kat kelantan..
masa ni ler, kita kaji abis-abis..
Prepare motor anda semua..terutama moto aku ler tu..keh keh keh ..
ex5 mmg jimat..
Salam jalan-jalan dari Che Mid
Syafri, EX5 dah terbukti tahan lasak dan jimat minyak, senang diselenggara. Masuk Siam boleh naik EX5 tak?
Che Mid: Thanks for visiting my blog..sama sama kongsi cerita yer..
♠ Agen Poker
♥ Agen Poker Online
♣ Agen Poker Terbaik
♦ Agen Poker Terpercaya
♠ IDN Poker
♥ IDN Poker Online
♣ Domino QQ
♦ Bandar Poker
♠ Bandar Poker Terpercaya
♥ Situs Poker Online Terpercaya
♣ Poker88
♦ Dewa Poker
♠ Poker Indonesia
♥ Dewa Poker88
♣ Situs Live Poker Online
♦ Daftar Situs Poker Terpercaya
♠ Poker Online Terpercaya
♥ Poker Online Terbaik
♣ Agen Domino Qiu Qiu
♦ Poker Online Terpercaya
♣ BlackJack Online
♥ Fafafa
♦ Big2 Online
♣ Capsa Susun Online
♥ DominoBet
♦ Situs Poker Tanpa Robot
♥ Ceme Online
Catat Ulasan