NuffNang

Jumaat, 14 Oktober 2011

Malaysia Tour - Ahad 9 Oktober 2011

Salam,

Hari nie aku nak update serba sedikit cerita dan pengalaman aku yang tak seberapa sempena pengembaraan kami menjelalah Semenanjung Malaysia baru-baru nie. Pengembaraan kali nie adalah yang terjauh pernah aku harungi bersama sama geng dan juga adik aku. 

Memang agak tegar jugak semangat kami kali nie. Syukur sebab kami dapat mengakhiri perjalanan ini dengan jayanya. Kedua syukur sebab tak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Ketiga sebab perjalanan kami direstui dan tak banyak masalah berlaku. Yang penting, kami bersyukur sebab semua peserta selamat dan dilindungi daripada bahaya.

Aku bersiap sementara nak tunggu jam 8 malam. Aku berjanji dengan Azri dan juga Saiful untuk group dan RV kat Shell Seremban Jaya, sebelum tol. Ada pulak malam tu, ada rancangan GPS Iman kat TV3 tu. Sempat jugak layan sebelum nak bertolak. Bukak jer pintu pagar, nampak Saiful dah tercegat kat tepi pagar rumah aku. Tah pukul berapa dia sampai, aku pun tak tahu. Tengok dia begitu steady atas motor TZM dia tu. Satu satunya motor 2 lejang yang akan ikut ride aku kali nie. 

7.40 malam
Taman Bandar Senawang

Cam biasa leer, sebelum aku bergerak mesti nak kena bawak anak aku jalan jalan dulu. kang menangis nak ikut mau haru jugak. Bawak pusing pusing satu taman dulu. Agak dah puas dah, aku pun bersiap nak gerak. Tengok segala kelengkapan dah ada. Tak der yang tertinggal rasanya.
Saiful yang kali kedua ikut aku ride. First time ride dengan aku masa kami pergi Temerloh pekena ikan patin temmpoh hari. Risau jugak aku dengan Saiful nie, risau kalau dia semput pulak ride memalam nie. Sejuk beb, lebih lebih lagi kalau dah menjangkau pukul 2 pagi tu. Saiful nie ada athma. Sorry leer gambar tak clear sangat, semuanya pakai kamera henpon jer. Malas aku nak mengendong EOS 350D tu. Berat pulk rasanya.


8.00 malam. 9 Oktober 2011
Shell Seremban Jaya


Sampai kat Petronas Seremban Jaya. Aku tengok Azri tak ada lagi kat sini. Mana pulak perginya budak nie. Bisanya tak pernah lambat pun. Mungkin berbelah bahagi nak bawak ZZR 250 ataupun LC agaknya. Hehehe, dah last minute pun tak dapat buat keputusan lagi. Camner nie?. Sementara tunggu Azri sampai, aku tengok Apai budak tempat aku kerja dah ada lepak kat sini. Bab bab layan corner nie memang boleh serah kat dia nie. Malam tu Apai bawak RXZ racing dia yang dah lama terbengkalai tu. Boleh jalan lagi rupanya motor dia nie.

Sementara tunggu Azri sampai, aku tengok Saiful sempat lagi membelek motor dia nie. Semangat jangan cakap ler masa nie. Membara ibarat api yang menyala. Aku tengok langit, alhamdulillah tak ada unsur unsur hari nak hujan. Cuaca pulak memang aman sekali malam tu.

Dah dekat nak pukul 8.30 malam nie, tapi Azri tak muncul muncul jugak lagi. Aku call tapi tak berangkat pulak. Sementara nak tunggu mamat nie sampai, apa kata kalau bergambiran sekeping dua sebelum flag off..chewahh. 

Last last dalam pukul 8.30 tu, Azri muncul jugak dengan motor LC 135 dia tu. Tak berani nak bawak ZZR. Maklumlah last minute dapat berita klac plate dah habis..hehehe. Layan LC jeer laa. Yang pentingnya semangat mau ada. Azri bagitahu dia terpaksa bawak anak dia pusing taman dulu. Kalau tak, tak dapat kelulusan untuk berangkat. Aku tengok dalam raga motor Azri penuh dengan jajan. Pherggh, Azri nie nak pergi ride atau nak pergi berkelah nie.
8.40 malam.
Bila Azri dah sampai, kami pun berangkat. Aku terpaksa rushing sikit sebab adik aku Paish dan Syafri dah tunggu kat R&R Sungai Buloh pukul 9 malam. Melayan highway Utara Selatan menghala ke utara malam ahad nie agak menggusarkan. Kereta memang sibuk dan banyak. Agak jammed dan bertali arus. Termasuk dengan bas-bas dan jugak kereta serta trailer trailer memenuhi jalan. Kami macam biasa lah, layan 100km/j jer.Tak laju pun. Biarlah orang potong kami, sebab perjalanan kami masih panjang lagi malam nie.


9.30 malam
R&R Sungai Buloh


Agak sejam jugak perjalanan kami malam tu sebelum sampai kat Hentian Sebelah Utara Selatan Sungai Buloh, Restoran Jejantas. Pusing pusing carik adik aku tak der pulak, mana pulak mamat nie lepak tunggu aku nie. Ataupun dah gerak menuju ke Tapah nie. Aku call dia. tak sampai beberapa deringan jer, suara sumbang menjawab di telefon. "Kat mana nie, orang tunggu kat Esso lah. janji pukul 9 malam". Adoyai, rilek leer bro. Baru sampai jer nie.
Sampai kat Esso nie, aku nampak adik aku dah menunggu kat situ. Tersengih jer dua dua orang sekali. Semangat tak hingat. Maklumlah ride yang kami rancangkan tak sampai sebulan, hari nie dah menjadi kenyataan. Walaupun idea ride nie dah timbul sejak awal tahun lagi sebenarnya. Tapi sebulan yang lepas menjadi agak panas dan serius.

 
2 bijik EX5 yang akan mengikuti dan menjadi tunjang dalam ride kami kali nie. Motor stended jer, mana ada bikin. Yang penting semangat mesti mau ada. Adik aku Paish pulak membuat ride solo dari Pahang ke KL terlebih dahulu petang tadi. maknaya antara kami, Paish lah yang mempunya rekod ride paling jauh sebenarnya.
 Aku dah printkan sticker untuk ride kami malam nie. Aku bagi untuk jadi souvenier murah pada member yang ikut. Bagi sorang satu buat kenangan.
Adik aku Yie sempat jugak test ronda dengan motor aku. Tak lama lagi tu, ada jugak leer member nak ride sekali dengan Versys nie.

Motor TZM Legend, kepunyaan Saiful. motor nie paling jauh pernah ride sampai ke Temerloh jer. Sekali ride ke Bentong. lepas tu terus ikut aku ride Tour Malaysia nie. 
Adik aku Paish yang berangkat dari Temerloh, untuk turut serta dalam ride kali nie. Dia nie memang kaki ride jugak, sama macam adik beradik lelaki aku. Banyak kali dah buat ride dengan aku. So aku tak bimbang sangat.
Syafri dan Azri. Bersembang pasal ride yang akan bermula tak sampai beberapa minit jer lagi. Azri bercerita tentang hasratnya untuk join ride ke Thailand nanti. hehehe..Azri juga bersembang pasal route kami ride dari Seremban ke Sungai Buloh tadi. Jalan jammed sebab ada accident kat seberang jalan. Aku pun nampak, tapi tak tahu macam mana keadaan pemandu kereta tu.

Nie bukti yang aku dah sampai kat R&R Sungai Buloh sebenarnya. Kang ada pulak yang tak percaya. Hahaha. Lepas jer Azri dan jugak Saiful isi minyak, kami pun berangkat menelusuri highway Utara selatan menghala ke hentian pertama kami, iaitu Tapah. 

Kalau korang naik EX5 nak ke Tapah, pastikan korang dah fueling sepenuhnya samaada kat R&R Sungai Buloh ataup[un Rawang. Sebab minyak anda tak akan sampai ke Tapah kalau tak fueling. Kecuali kalau anda berenti kat Shell area Tanjung Malim tu untuk refueling. Dulu Shell nie tak ada, so mereka memang akan fueling full kat sini. 

Perjalanan highway malam nie dah kurang sibuk bila kami memasuki laluan ke Utara daripada Sungai Buloh. So kami memang boleh mentain kelajuan 100km/j -110km/j. Ride ikut had laju kebangsaan. Sayang nyawa beb.

11.40 malam
R&R Tapah
Kami selamat sampai ke R&R Tapah pada pukul 11.40 malam. Sampai kat sini, tak berniat pun nak berhenti lama, sebab kami baru jer ride dalam 1 jam 40 minit. ambik kesempatan untuk solat sebentara, sementara tunggu diaorang isi minyak. Azri dah mula mengeluarkan jajan yang dia bawa untuk kami makan.
Saiful masih mampu tersenyum masa nie. Maklumlah baru sejam perjalanan. tunggu sikit lagi. hehehe. kalau korang perasan kat belakang Saiful tu ada pickup. Pickup tu sebenarnya bawak 2 bijik motocross. Memang banyak pickup yang bawak motocross malam tu. Agaknya diaorang nie baru balik dari offroad kat mana mana kot.
Siap jer isi minyak dan makan jajan, kami terus gerak. Tak berhenti lama pun. Sebab badan pun tak penat lagi sebenarnya. Lupa pulak nak bagitahu, kami melepasi sempadan Ngerei Perak dalam pukul 10.52 malam. Tapi kami tak berhenti bergambar leer, tengah highway tu. Gelap beb...Kang tertangkap gambar orb kang, sapa pulak nak jawab.. 

Perjalanan kami diteruskan hingga berlaku satu kejadian semasa kami memanjat bukit Menora sebelum terowong. Memang diketahui bahawa tempat nie memang keras. Banyak terdengar cerita mulut dari pemandu lori mengatakan bahawa area nie memang tak berapa best. sebab tu dulu banyak accident lori kat toll Jelapang tu sebelum dipindahkan dulu. Wallahulam...Terkejut jugak kami apabila tiba tiba satu lembaga nak berlari ketengah jalan dan menahan kami...


Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...