NuffNang

Selasa, 18 Oktober 2011

Malaysia Tour 11 Oktober 2011 Perak-Pahang



Salam,

Sebelum sampai ke Hentian Titiwangsa, aku terkejut melihat sebuah kereta Proton Wira yang telah terbungkam masuk ke parit. Aku berhenti untuk meninjau, bimbang kalau kereta tersebut baru sahaja terbabas. Namun tak ada orang kat dalam tu. Yang aku perasan hanyalah ada tilam kecil baby dekat atas tempat duduk belakang.

Aku berdoa agar pemandu dan penumpang kereta nie selamat. Mungkin terbabas akibat jalan licin agaknya. Bila tengok tak ada mangsa di dalam kenderaan terbabit, kami meneruskan perjalanan.
Proton Wira terbabas di satu selekoh

Tak ada penumpang
1330pm
Hentian Titiwangsa

Tak lama selepas sekatan jalan raya tersebut, akhirnya kami sampai juga ke Hentian Titiwangsa yang terletak di atas banjaran Titiwangsa ini. Cuaca kedinginan umpama berada di Tanah Tinggi Cameron. Memang memukau pemandangan di sini, dengan suasana yang sejuk dan ditambah dengan panorama gunung ganang yang memukau pandangan.
Sebab blog nie aku yang punya, so gambar aku jer lah yang banyak
Azri bergambar depan nursery Titiwangsa

Rasanya sangat rugi kalau sesiapa yang melalui jalan nie, namun tak berhenti singgah kat Hentian ini. Abadikan kenangan gambiran sekeping dua sebab pemandangan cukup menarik. Tapi janganlah korang tanya kat mana Tasiknya? Soklan tu aku tak mampu nak jawab. Sorang member aku yang follow ride nie tanya aku, kat mana Tasik Titiwangsa tu?..hahaha
Menikmati keindahan ciptaan tuhan
Kami dah sampai di sini. Paish merenung jauh.. 
Kami cuma berhenti bersolat di sini. Nak ambik wuduk pun sejuk. Bila dah terkena air tu, terasa segar sikit badan setelah beberapa jam menunggang. Memandangkan perjalanan masih jauh, kami berhenti tak lama di sini.

1400pm
Sempadan Negeri Perak / Kelantan

Dalam beberapa ketika setelah kami kembali ride, kami dah sampai ke sempadan negeri Perak / Kelantan. Maknanya kami dah mula menjejakkan kaki ke negeri Kelantan ini. Start dari sini, aku menyerahkan tugas jurupandu arah kepada Azri, sebab wife dia orang Kelantan. So mesti dia expert dengan selok belok jalan kat sini walaupun aku dah beberapa kali juga sampai ke negeri Kelantan nie.

Sempadan Perak / Kelantan
Menuruni jalan berbukit hingga kami sampai si sebuah stesen minyak Caltex di kaki bukit. Apa yang aku perhatikan, di negeri Kelantan nie kebanyakan tempat di jaga oleh pasukan RELA. Aku tak pasti kenapa. Kat sini kami sempat makan roti dan juga air soya. Disamping memberi minum kuda, kami juga perlu minum sendiri.


1430pm
Pekan Jeli
Menunggu keretapi lalu
Dalam kepanasan terik matahari, kami menunggang hingga sampai ke pekan Jeli. Dari sini Azri mengambil jalan terus menuju ke Tanah Merah. Kami memang tak berhasrat untuk makan tengah hari di Kelantan, walaupun sebenarnya plan asal adalah untuk breakfast di Kelantan. Kami menukar plan untuk mengambil minum petang di Kuala Terengganu atau kedai di sepanjang persisiran pantai.


Namun cuaca kelihatan tidak menyebelahi kami. Awan gelap telah menyelubungi langit. Kami meneruskan perjalanan terus menuju ke Pasir Mas. Di sini langit semakin gelap. Kami hanya berhenti seketika di sebuah stesen minyak Caltex di sini untuk mengisi minyak sambil aku sempat berbaring di sebuah wakaf di situ. 

Bila tengok hujan akan turun bila-bila masa ajer, kami meneruskan perjalanan. Waktu tu dah hampir 4 petang. Kami perlu segera keluar dari negeri Kelantan menuju ke Terengganu.
Perhatikan hujan lebat di hadapan, walaupun tempat kami berhenti tu panas
Berhenti sebentar di Petronas Bukit Bunga untuk membasuh muka, mengantuk
Dari Pasir Mas, Azri memandu kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Kami bercadang nak singgah di Tok Bali, sambil melihat keindahan kawasan pantai di sini. Meneruskan perjalanan sambil melewati pekan-pekan kecil dan perkampungan di sekitar negeri Kelantan ini. 

Apabila kami sampai di kawasan Tok Bali, kawasan tersebut baru lepas hujan. Kami terlepas dari di timpa hujan. Namun langit masih lagi gelap. Harapan untuk makan sotong dan ikan celup tepung nampaknya terkubur. Walaupun waktu tu masih dalam pukul 6 petang, namun cuaca kelihatan seperti jam 7 malam. Gelap sebab nak hujan.

Kami decide untuk meneruskan perjalanan kerana perjalanan ke Cherating masih lagi jauh. Kami memakai baju hujan memandangkan hujan renyai telah turun. Perjalanan dari Tok Bali menuju ke Kuala Terengganu , kami melalui jalan pantai. Namun tak nampak pantai pun, sebab hari dah semakin gelap dan hujan semakin lebat.

Kami menunggang dengan penuh hati hati kerana jalan licin dan angin bertiup agak kuat. Sekali sekala kedengaran dentuman guruh di langit. Tak ada perkara menarik yang nak diceritakan di waktu dan ketika ini, melainkan kami menahan kesejukan di atas motor. Nasib baik sebelum tu, kami dah masukkan telefon dan beg duit ke dalam plastik.

2000pm
Penarek, Kuala Terengganu

Kesejukan dan kelaparan
Sampai area Penarek, kami berhenti untuk mengisi minyak. Waktu tu dalam pukul 8 malam. Hujan masih turun dengan lebatnya. Kami mengisi minyak. Di ruang dan kesempatan yang ada, kami membeli roti untuk mengalas perut. 

Dari subuh tadi, perut kami tidak menjamah walau sebutir nasi pun lagi. Nasib baik kami bersarapan dengan nasi kandar. So boleh tahan sampai ke malam. Nampaknya hari nie, kami hanya mengalas perut dengan roti dan juga air soya sahaja.
Kesejukan
Melepasi area Penarek, kami terus menunggang hingga sampai ke roundabout berdekatan balai Polis. Aku tak ingat nama tempat nie. 

Waktu nie hujan dah berhenti dan jalan kering. Sebelum sampai ke bulatan tersebut, aku ada terbaca signboard LPT 2 menuju ke Ajil dan Kuala Lumpur telah dibuka. Aku pun ada terbaca dalam blog tempatan menyatakan highway Pantai Timur ini telah dibuka.

Memandangkan laluan LPT ini masih belum dibuka officiallynya, jadi tiada signboard permanent. Yang ada cuma signboard sementara sahaja. Kami berpusing pusing memasuki kampung untuk menuju ke lebuhraya ini.

Harapan kami ialah kami akan dapat sampai awal ke Cherating dan menjamah makan malam di sana. Tak ada optional lain. Mungkin jarak dapat dikurangkan dengan menggunakan laluan LPT ini, berbanding dengan 5 jam menggunakan jalan persekutuan dari Kuala Terengganu ke Kuantan.

2130pm
Highway LPT 2

Walaupun perjalanan ini hanya mengambil jarak kira kira 167km sahaja, namun dengan kegelapan malam dan badan yang penat pastinya akan memanjangkan lagi perjalanan kami.
Akhirnya kami jumpa signboard ke LPT

Lega...pada mulanya.
Langit cerah di jangka sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Laluan lebuhraya yang kami jangkakan akan membawa kami terus ke Cherating, namun terputus di pertengahan jalan. Laluan ini telah membawa kami keluar di Ajil, cuma beberapa km sahaja dari Kuala Terengganu.

Melalui exit daripada Ajil hingga ke jalan utama persisiran pantai benar benar menduga kesabaran kami. Laluan ini sangat jauh dan memesongkan kami jauh daripada jalan utama. Nampaknya kami telah menghabiskan banyak masa di sini.

Kami menggunakan jalan persekutuan hingga akhirnya sekali lagi tersesat memasuki jalan ke Kuala Berang. Berpatah balik semula dan hampir berputus asa. Bukannya aku tak biasa dengan laluan ini. Namun apabila badan telah penat dan mengantuk, aku hampir hilang punca.

Kekurangan info mengenai laluan ini, membuatkan kami menyusuri jalan menuju ke Kuantan. Akhirnya kami terjumpa susur LPT yang menunjukkan laluan terus ke Kuala Lumpur. Kami amat berharap agar laluan LPT ini akan membawa kami terus menuju ke Cherating.

Kami sekali lagi kecewa bila melihat highway ini ditutup separuh jalan dan memesongkan kami keluar di Bukit Besi. Aku tahu terdapat jalan pintas dari Bukit Besi ke Kuantan menggunakan highway Jerangau -Jabor. Namun laluan ini waktu malam membuatkan aku tidak berani untuk mengambil risiko.

Kami mengambil laluan jalan biasa berpatah balik ke Dungun. Sampai di Kuala Dungun lantas kami berhenti di sebuah stesen minyak Petronas.


Kuala Dungun
2350 pm
Kepenatan, lapar dan mengantuk apabila tiba di Dungun
Badan memang terasa agak penat dan mengantuk. Kesempatan yang ada di stesen minyak ini kami gunakan untuk mencuci muka dan menanggalkan baju hujan. Aku agak risau melihat penunggang yang keletihan dan kelaparan. Satu kesilapan yang besar kami lakukan bila menggunakan laluan LPT yang belum siap ini. Kesilapan ini telah membazirkan masa kami beberapa jam.

Akhirnya kami decide untuk berhenti makan malam di area Dungun. Kami berhenti makan di sebuah kedai makan di tepi jalan. Rata rata pengunjungnya adalah anak muda yang mungkin penuntut UITM Dungun. Kami makan untuk mengalas perut. Tak fikir lagi makanan tersebut sedap atau tidak. Yang penting perut kenyang.

Selesai makan malam, kami lebih bertenaga untuk menunggang. Mata pun dah agak cerah. Kami meneruskan perjalanan menggunakan laluan pantai menuju ke Cherating. Kami tahu perjalanan dah semakin hampir ke penamatnya untuk hari kedua tersebut. 

Bergambar di Kerteh
Memang cantik pemandangan Kerteh di waktu malam
Kesempatan yang ada, kami berhenti bergambar di Kerteh. Bila dah sampai ke area ini, aku tahu perjalanan kami memang dah semakin hampir.
Sempadan Kemaman-Dungun 
Azri mengabdikan diri di signboard Sempadan Kemaman

Kami melepasi pekan Kerteh dan terus menuju ke Kemaman. Cuaca memang cantik tak hujan. Kami pun menunggang agak perlahan dan melayan mata. Sedar tak sedar, kami dah mula memasuki sempadan Terengganu-Pahang. Di saat ini, aku tak terfikir untuk berhenti dan ambik gambar. Apa yang aku ingat adalah untuk sampai ke destinasi.

0305am
Cherating, Pahang

Sampai area Cherating, aku mula memerhatikan keadaan sekitar. Takut terdapatnya lembu yang melepak tepi jalan. Nanti satu masalah lain pulak yang timbul. Kami terus menunggang hingga sampai ke Petronas Cherating. Aku tahu TM resort tersebut terletak di sebelah stesen minyak Cherating.

Akhirnya, jam 0320 pagi kami sampai di depan pintu pagar menara TM Cherating. Kami berjumpa dengan pengawal di situ dan mengambil kunci banglo tempat kami akan bermalam. Sampai di banglo, rasanya dah tak sabar nak mandi dan tidur. Syukur alhamdulillah, pengakhiran hari kedua kami dengan selamatnya walaupun terdapat beberapa masalah kecil yang berlaku.

Yang penting kami dah selamat sampai ke Cherating dan berakhirnya tunggangan untuk hari kedua. Esok kami akan menunggang untuk stage 3. Dari Pahang - Johor - Melaka - N.Sembilan - Kuala Lumpur. Tunggangan yang mungkin tak berapa jauh, namun kami mesti bertolak awal. Sedar tak sedar, kami telah menunggang hampir 24 jam hari ini. Malam nie mesti tidur untuk tunggangan esok pagi..Zzzzzzzzz.

4 ulasan:

Syafri Hj Shuib berkata...

Kelantan langsung kita takde cerita best..nanti repeat ride kesana..tungguu

Aku Budak Nerek berkata...

Best jugak..Klantan berjemur tengah panas tunggu kepala keretapi lalu..hehehe

Azri berkata...

pekena nasi kerabu n ayam percik kat wakaf che.....yeh

Aku Budak Nerek berkata...

Terbaik tu..kena plan well jelajah Kelantan & Terengganu sahaja. Balik ikut Tasik Kenyir through Felda Aring Gua Musang.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...