Aku terjaga dari tidur dikejutkan oleh suara Syafri yang bising keluar dari bilik air. Tengok jam pukul 3 pagi. Rasanya baru ajer tidur. Tapi puas. Bangun pagi dan mandi. Pagi nie kami rancang untuk bergerak seawal yang mungkin. Agenda utama kami pada pagi ini adalah untuk pekena nasik kandaq beratoq dulu sebelum keluar dari Penang.
Waktu kami nak keluar dari resort, hujan renyai turun membasahi bumi. Tapi aku tak pakai baju hujan pun, sebab yakin hujan nie hanya sementara saja. Tapi aku boleh cakap, hujan pagi nie walaupun renyai tapi cukup untuk membuatkan anda sedikit menggeletar atas motor, lebih lebih lagi kalau suit atau jacket anda tak tebal menutup tubuh.
Waktu nak check out dari resort tu, tak der reception pun. Maklumlah waktu tu baru pukul 4 pagi. Jadi aku tinggalkan kunci tu atas meja reception tu ajer. Sampai ajer kat Nasik kandaq beratoq tu, aku tengok diaorang dah start kemas meja dah.
Maklumlah hari tu hujan, agaknya tak ramai sangat pengunjung. Jadi group kami yang sampai pagi tu tak perlu beratur pun nak makan. Lauk still ada lagi, tapi nasik dah agak sejuk. Tapi apa mau cerita, aku makan jugak dengan hidangan telur sotong, daging dan jugak telur rebus.
Nasik Kandaq Beratoq
|
Lauk masih banyak lagi waktu kami sampai tu |
Makan jugak sebab memang kami plan nak makan nasik kandaq beratoq yang dikhabarkan sangat famous kat Penang tu. Tapi memandangkan nasik sejuk, agak membantutkan selera aku jugak. Bantut tak bantut, habis jugak sepinggan nasik. Tapi slow laa sikit..
|
Lauk telur sotong, bendi, daging dan telur rebus |
Siap makan dan bayar, dalam pukul 5 pagi kami nak gerak keluar dari Penang. Kali nie aku kena RM 9.60..pherggh. Mau tak makan dan tengahhari nie nanti. Sebelum tu kami sempat jugak bergambar sekeping dua buat kenangan yang kami dah sampai kat Penang dan pekena nasik kandar Beratoq nie.
|
Tengok keadaan lantai yang basah. Memang hujan renyai waktu tu |
Kami bergerak keluar dari Penang melalui jambatan Pulau Pinang. Maklumlah kalau awal sangat nak naik feri, mana ada. Feri paling awal start pada pukul 6.30 pagi. Itupun dikhabarkan hanya sebijik feri sahaja beroperasi.
Alternatif terbaik adalah menggunakan jambatan Pulau Pinang dan terus menuju ke Butterworth untuk mengambil highway Butterworth-Kulim. Jambatan yang menghubungkan Butterworth dengan Pulau Pinang nie agak lengang di kala subuh hari. Jadi kami tak ada masalah untuk berebut -rebut dengan kenderaan lain.
Sampai area Butterworth, sempat jugak singgah kat Shell. Ada aktiviti pagi yang perlu diselesaikan sebelum cargass ke Kulim. Selesai semua aktiviti, kami meneruskan perjalanan. Waktu nie masih hujan renyai-renyai. Tapi aku tak pakai baju hujan pun, sebab hujan memang ala-ala manja.
Menggunakan highway Butterworth-Kulim memang okay diwaktu pagi. Tapi perlu agak berhati hati kerana menggunakan laluan motor yang gelap dan banyak kerikil. Tak banyak kereta, motor jangan cakap lah. memang tak ada pun kecuali seberang sana kelihatan beberapa bijik motor menghala ke Butterworth.
Sampai di Kulim, kami perlu menggunakan laluan jalan persekutuan sehingga ke Baling. Pada ketika ini jalan memang gelap gelita. Aku fikir penduduk kawasan ini rata-rata mengusahakan tanaman getah kerana sepanjang perjalanan aku terbau haruman getah sekerap dari kilang getah.
Namun perjalanan menggunakan laluan ini agak perlu berhati hati, lebih lagi diwaktu malam. Keadaan jalan yang kita tidak biasa lalu ditambah dengan kegelapan malam membuatkan kami lebih berhati-hati. Daripada Kulim hingga ke Baling, rsanya aku tak bertembung dengan mana-mana stesen minyak pun di tepi jalan. Mungkin ada di kawasan dalam bandar kot.
Dari area Baling ke Gerik, dah start melalui kawasan hutan dan laluan bengkang bengkok. Walaupun struktur muka bumi yang bergunung ganang, namun jalan ini sangat cantik dan terjaga. Walaupun laluan ini cantik untuk meleper (bagi kaki meleper memang syok kot) namun kami macam biasa lah, rilek menikmati pemandangan sekitar yang mempersonakan. memandangkan pada waktu tu dah hampir pukul 7 pagi, maka keadaan yang gelap telah bertukar menjadi cerah.
Ada ketika perjalanan kami terpaksa menempuh awan, suatu pengalaman melalui jalan yang sangat cantik dan mempersonakan. Mungkin kawasan ini adalah adalah satu kawasan yang agak menarik bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Jalan dibuat melintasi banjaran yang saujana mata memandang.
|
Jalan cantik dengan pemandangan indah |
|
Cuaca nyaman |
|
Sempadan daerah Gerik |
7.30 pagi
Pekan Gerik
Tepat jam 7.30 pagi, kami dah sampai ke persimpangan Pekan gerik. Sebagai info, simpang empat ini menghubungkan pekan Gerik disebelah kanan serta Pengkalan Hulu disebelah kiri. Dari Pengkalan Hulu ini, anda boleh masuk terus hingga ke Betong di Thailand. Waktu nie motor LC dan EX5 memerlukan tambahan minyak sebelum sampai ke Jeli.
Aku bertanya kepada penduduk sekitar tentang kedudukan stesen minyak terhampir. Brader tu memberitahu stesen minyak terhampir adalah 5km kehadapan ataupun kami perlu memasuki ke pekan Gerik. Azri meneruskan perjalanan sementara aku menunggu Syafri dan Faiz.
Baru saja nak bergerak, tiba tiba motor Faiz bungkam. Tak boleh start dan mati setelah dia masukkan gear satu. Kejadian betul-betul berlaku di persimpangan Gerik. Kami melihat apa yang telah terjadi sedangkan motor faiz memang diselenggara dengan baik sebelum kami bertolak.
Tak mungkin jammed kerana minyak hitam masih ada. Syafri membuat andaian motor Faiz jammed piston kerana tak boleh start. Aku jadi runner beli minyak hitam di pekan Gerik sementara menreka menunggu di persimpangan tersebut.
|
Motor Faiz bungkam tak bersuara |
|
Jauh dihadapan adalah laluan ke Jeli |
Apabila aku siap membeli minyak hitam, Syafri memberitahu minyak hitam masih ada, Still cantik dan kuning. Dia membuat andaian kemungkinan besar piston telah tercalar dan melekat. Syafri sebagai pomen di dalam ride ini mencadangkan kami menunda motor Faiz hingga ke Pekan Gerik dan pergi ke kedai motor.
Sampai di pekan Gerik, kami bertemu sebuah kedai motor yang telah memulakan perniagaan. Kami bertanya andainya beliau ada menjual blok racing untuk ditukarkan. Kaedah menggunakan blok racing ini lebih sesuai memandangkan blok tak perlu di run in terlebih dahulu untuk perjalanan jauh sebegini. Malangnya kedai tersebut tiada apa yang kami nak.
|
Operasi menunda motor hingga ke pekan Gerik |
Kami hampir berputus asa memandangkan hampir semua kedai motor yang kami pergi di pekan itu tidak mempunyai blok racing ini. Dan jangkamasa yang diperlukan untuk rebore blok adalah diantara 4 -5 jam. Itupun hanya satu kedai saja yang mampu buat. Sementara kedai yang lain perlu hantar blok untuk direbore ke Ipoh.
Bila dah tak ada ikhtiar lain, kami bersepakat untuk bersama sama menunda motor Faiz hingga ke Jeli. kemungkinan apa yang kami nak senang didapati di negeri Kelantan. Hingga akhirnya aku bertanya kepada satu kedai tempat kami berhenti.
Tokey kedai tersebut memberitahu bahawa dia ada blok racing, tapi secondhand dan kami perlu untuk pasang sendiri. Syafri sekali lagi membuat pusingan di sekitar pekan Gerik bertanya andainya da kedai yang boleh bantu kami memasang blok tersebut. Hampa, kerana tak ada kedai yang menawarkan caj berpadanan.
|
Operasi pembedahan |
Akhirnya Syafri memberi cadangan untuk membuka sendiri dan melihat apa yang bermasaalah sebelum kami membeli dan menukar blok tersebut. Proses membuka blok dimulakan dan kami membuat kerja kerja tersebut di tepi jalan, disebelah The Store Gerik.
|
Meleburkan part demi part |
Dengan sedikit pengalaman dan kepandaian serta tools yang dibawa, Syafri mula membuka blok motor Faiz. Satu demi satu komponen dileraikan. Hingga akhirnya kami melihat sendiri bahawa blok dan piston masih cantik dan tiada sebarang kecacatan atau kecalaran. Piston masih boleh berfungsi dengan baik. Jadi maknanya, piston dan blok tidak perlu ditukar baru. Tapi dimanakah masalahnya?
|
Hingga akhirnya ternyata tiada masalah dengan piston dan blok |
|
Piston masih cantik |
Syafri membuat andaian baru, kemungkinan ada skuru atau komponen yang tercabut dibahagian klac. Syafri memansang semula blok dan kemudian membuka bahagian klac melihat apa yang berlaku. Ternyata hanya masalah kecil sahaja berlaku disini. Terdapat satu skru pengikat klac plate yang longgar dan menyekat pusingan.
Dengan mengetatkan semula skru tersebut, motor dapat dihidupkan dan tiada lagi masalah selepas tu. terpancar wajah lega dan kepuasan di muka Syafri. Berjaya menyelesaikan masalah. Faiz juga kembali ceria. Sikap bertolak ansur, kerjasama dan muafakat sebegini amat diharapkan di dalam setiap ride.
|
Rupanya masalah hanya datang dari skuru klac plate yang longgar |
|
Operasi memasang semula blok |
|
Kerjasama yang diperlukan walaupun dalam keadaan panas terik |
|
Syafri berjaya menyelesaikan masalah |
|
Syukur, tiada perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan kesabaran |
|
Kami seolah dah buka bengkel di sebelah The Store Gerik |
|
Selesai jam 11.30 pagi |
Dengan sekali start, motor dapat dihidupkan semula. Faiz mencuba motornya dan ternyata tiada effect dari kejadian yang berlaku.
12.00pm
Meninggalkan Pekan Gerik
|
Laluan dari Pekan Gerik ke Jeli |
Selesai mengisi minyak di Pekan Gerik, kami meneruskan perjalanan. Perjalanan daripada pekan Gerik hingga ke Jeli ternyata menghidangkan kami dengan pemandangan yang sangat indah dan juga laluan yang cantik. Sesekali kami berjumpa dengan signboard hidupan liar melintas dan terdapat juga papan tanda "Kawasan Gajah Liar Melintas."
Sebagai info, sekiranya anda melalui jalan ini di waktu malam, adalah diharapkan agar anda dapat lebih berhati hati. Ini adalah kerana gajah sangat suka tidur dan melepak di atas jalan raya tar yang panas ini. Sekiranya anda bertemu dengan kumpulan gajah ini, anda dilarang untuk membunyikan hon mahupun bermain lampu.
Tunggu hingga gajah ini boring dan blah, kemudia barulah anda boleh meneruskan perjalanan. Perlu diingat bahawa gajah ini bukanlah haiwan sarkas ataupun gajah zoo, ia adalah spesis gajah liar yang boleh membahayakan anda.
|
Laluan yang cantik |
|
Juga pemandangan gunung ganang yang memukau |
|
Jangan lari laju, nikmati pemandangan sekitar |
Kami berharap juga agar tidak terserempak dengan kumpulan gajah ini. Tapi Syafri beriya sangat nak tengok gajah liar nie. Hampa katanya tak dapat tengok gajah liar secara live. Sepanjang laluan lebuhraya Timur-Barat ini, memang tidak dinafikan memang terdapat gaung-gaung yang menjunam dan juga pemandangan yang mengagumkan. Jadi anda perlu berhati hati andainya melaui jalanraya ini.
Aku sempat berhenti di satu tugu peringatan yang dibina untuk LebuhRaya Timur Barat ini. Rupanya ramai yang terkorban semasa pembinaan lebuhraya ini. Serangan daripada pihak komunis semasa zaman komunis dahulu.
|
Tugu peringatan |
|
Tahniah kepada TM kerana berjaya membina alat perhubungan CDMA disepanjang laluan ini |
Disepanjang laluan ini juga, anda tidak perlu risau andainya alat perhubungan anda tidak dapat menerima signal. Ini adalah kerana inisiatif TM yang membekalkan Telefon Awam CDMA akan membantu anda sekiranya anda mempunyai masalah dan ingin berhubung dengan orang luar. Semua telefon ini masih boleh digunakan, berfungsi dengan baik.
Aku agak terkejut juga kerana kami terserempak dengan sekatan jalanraya oleh pihak JPJ betul betul di puncak bukit ini. Tak sangka ada sekatan jalanraya ditengah tengah hutan rimba nie. Waktu nie kami masih mencari cari hentian terdekat, untuk membasahkan tekak dan menunaikan solat. Dan aku pernah terbaca tentang wujudnya satu hentian di Banjaran Titiwangsa ini.
|
Sekatan jalan oleh JPJ |
Aku memang berniat untuk berhenti disini dan mengabadikan kenangan sekeping dua. Di waktu ini kami masih lagi berada di dalam negeri Perak, dan jam dah menunjukkan waktu 1 tengahhari. Cuaca kelihatan masih cantik. Kami perlu terus bergerak memandangkan kami akan bermalam di Cherating, satu perjalanan yang masih sangat jauh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan