NuffNang

Rabu, 10 Ogos 2011

Bestnya mendaki..

Salam,

Sepanjang bulan Ramadhan nie, aku tak ada banyak sangat aktiviti. So tumpuan lebih kepada aktiviti ibadah jeer. Jadi apalagi, bulan Ramadhan nie memang bulan yang penuh keberkatan kan, kita harus mengambil peluang yang sewajarnya. Petang buat bisnes kat bazaar ramadhan dan malamnya kita gi terawikh dan buat aktiviti sunat yang lain.

Kalau dulu sebelum ramadhan, aku ada join member member naik gunung. Tak der lah banyak kali sangat pun, cuma cuba-cuba jeer. Tapi sebenarnya memang syok memanjat gunung nie. Dia punya mental torture tu sama lebih kurang dengan mengayuh basikal. Aku ada terbaca website panjat gunung nie, ada otai tu tulis signature dia "Going Up is optional, Going Down is mandatory". Hehehe, memang betul tu, maksudnya kalau dah naik tu takkan taknak turun pulak kan. Macammana pun mesti mau turun bawah tu..

Bagi korang yang berhajat nak naik gunung, aku sarankan cubalah naik gunung-gunung yang berdekatan dengan tempat engkorang dulu. Cari gunung yang boleh buat daypack, sebelum plan untuk naik gunung yang kena bermalam. Banyak gunung yang kita boleh panjat daypack nie sebenarnya. Macam kat tempat aku nie, korang boleh naik Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Tampin etc..Bukit Broga pun best jugak kalau panjat. Korang tak kan menyesal naik, sebab scenery dia sangat menarik.

Member member aku dah banyak panjat gunung, walaupun bermula sama dengan aku. Tapi masa diaorang naik tak kena dengan time aku. So aku tak boleh nak join leer..Setakat nie, Gunung Angsi, Datuk, Besar Hantu, Nuang dah ditawan. Sekarang nie dengarnya tawan Gunung Tahan pulak..Aku cam biasa leer, beginner. Tapi merasa jugak leer naik Angsi tu dua kali.

Sebelum korang start naik, korang kena ada latihan ala kadar jugak sebenarnya. Tak boleh leer nak redah jer. Training leer sikit sikit. At least berjogging ker dulu, bukannya apa. Nak kena kumpul stamina dulu. Kang ada jugak yang pancit. Nie panjat gunung, bukannya gi jalan jalan shopping. Nama pun panjat, memang mencanak dan tangkap kaki leer. Lepas tu, pastikan masa mendaki tu, mulut nak kena jaga. Jangan lepas sembarangan jeer. Sebab kita naik ke tempat yang kita tak tahu. Ada penghuni lain selain dari kita. Banyak kes sesat dalam hutan nie berlaku sebab tak jaga mulut. Then jangan buat perkara tak senonoh. Dalam hutan nie bukannya Zoo, so binatang liar tu memang ada. Jadi kita kena lebih berhati hati. Aku jumpa kesan tapak kaki cipan pun dah gabra, inikan pulak kalau jumpa kesan tapak kaki si Maybank atau gajah ker..Fuh, mintak simpang leer...

Sebelum mendaki, pastikan anda bawa peralatan yang wajib. Air tu sudah semestinya. Tak perlu banyak sebab kita boleh refill kalau ada punca air kat atas tu. Kalau tak ada punca air, memang kena bawak banyak sikit laa. Nanti kalau haus, mana pulak nak cari air. Bukannya ada vending machine pun kat atas tu..hehehe. Pisau atau parang pun kena ada jugak. Sebagai persiapan jeer. Coklat, pisang dan makanan pun kena ada. Tu wajib..sebab kita perlukan carbohidrat..Sama juga macam kita mengayuh basikal.

Kenapa suka mendaki? Jawapannya ada pada setiap pendaki tu. Sukakan cabaran, adventure, hobi, dan dapat melihat pemandangan yang maha cantik dari atas puncak gunung tu. Kita akan lebih menghargai setiap ciptaan tuhan itu. Keseronokan maksima bila sampai ke puncak dan bila kita berjaya sampai ke bawah semula. Tu ler laa pendapat aku bagi pendaki beginner nie..Korang mesti lebih terrer kan? Tapi bagi anda yang belum pernah mencuba sukan rekreasi nie, cubalah kerana pengalaman nie pasti sangat berbaloi..


 Sessi lepas penat..hahaha

 
 

 Jangan risau, Angsi mesra pendaki. Ada signage










 
 Summit..




Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...