NuffNang

Khamis, 11 Ogos 2011

Kayuhan Urat Keting

Salam,

Nie cerita aku, sebelum puasa hari tu. Bilamana aku dengan member member kayuhan berkayuh sampai ke PD. Tak lah jauh sangat pun, tapi happy sebab nie kayuhan jauh aku yang pertama.

Pada mulanya kayuhan nie dirancang untuk 6 orang Pengayuh yg tegar tegar belaka..hehehe, tapi di saat akhir hanya 4 orang ajer yang dapat turut serta. Azri dengan Exitway MTB, Jojo dengan Road RockBike, Lan dengan Proton T-Bolt (Beskal paling mahal dalam group) dan aku dengan Road Exitway. Farizal dengan Fuji dan Nazly RMB tak dapat turut serta atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan disaat akhir.

Itinery sebenarnya dirancang bermula jam 6.30 pagi, untuk carbo loading kat Azahar Maju Widuri. Aku sampai jam 6.45, nampak dari kejauhan sebijik roadbike warna biru putih tercongok kat simpang jalan. Tepat pada waktunya si Jojo nie..yang lain belum nampak muka lagi. Aku lepak dengan Jojo sambil carbo loading dulu, roti canai jer sorang sebijik dengan teh tarik. SMS Azri, katanya on the way..call si Lan, baru nak keluar rumah katanya..sompek dio tanyo nak bawak roadbike ker mountain? Den kobakan bawak lah roadbike, jenjalan jauh nie..hehehe. Tapi last last Lan sampai dengan Proton T-Boltnya..mantap bro! Nazly ngan Farizal diam jeer, tak berjawab SMS, confirm tak leh ikut leer tu..

Route yang dipilih adalah Senawang-TTJ-Rantau-Sri Rusa-Port Dickson-Lukut-Seremban-Senawang. Awal tu bercadang nak kayuh sampai ke Pasir Panjang dan turun ikut Teluk Kemang. Tapi memandangkan kayuhanpertama nie, so masuk ikut Sri Rusa-Port Dickson pun dah berbaloi rasanya..Start kayuh sampai TTJ, Jojo mintak masuk stesen minyak. Nak pam tayar katanya, Azri dengan bangganya offer Jojo pakai dia punya pam, nak test leer tu..hehehe. So apalagi, kitaorang pun mengepam tayar leer depan masjid TTJ tu..Adui, awal awal lagi dah kena memanjat bukit TTJ, cabaran boto..

Bila start masuk laluan ke Rantau, memasing mengayuh dengan penuh semangat. Kejab Azri ke depan, kejab Lan ke depan..somangat boto momasing..hehehe. Tapi bilo naik bukit, terpecah kumpulan, bilo turun bukit baru bercantum semulo.. Kayuh punyo kayuh, sampai jugak kitaorang ke Pokan Rantau, time nie peluh dah start membasahi baju. Jojo tak kelihatan, aik poie mano plak mamat nie. Lamo sket nampak dio, tersengih sengih..ikat tali kasut koba nyo..


Haa, nampak Petronas Rantau. Kono boronti ambik gambar nie, kang tak cayo pulak kitaorang dah kayuh sampai Rantau nie..hehehe. Jojo ambik kesempatan isik angin laie..Sepanjang kayuhan nie, cam biasalah otai Si Lan langsung tak nampak muko lotih pun..aduii..hebat btoi nie.Dari Rantau, kami melepasi satu simpang menghala ke Lukut..biar dulu, simpang nie tak syok. Kayuh laie, sampai another simpang, kat situ tulis PD jugak, okay masuk. Dari situ nampak signboard LINGGI 6km, tapi kono toruih jeer. Tak per kali nie masuk simpang nie dulu.

Masa nie, terasa seperti area tu ada hujan rembas. Langit pun mendung..so tak paneh sangat.Kayuh punya kayuh, naik bukit turun bukit kami sampai area sekolah. Tetiba dengar bebudak sekolah bersorak, adoi..terasa macam kayuh untuk team Le Tua pulak ..hehehe. Sepanjang kayuhan, memang jumpa ramai anjing, tapi anjing kat sini tak ado lah ganeh ganeh, semuo pemalu agaknya. Sekor jeer yang degil sikit, tu pun menyalak ajer, tak kejar. Agak agak dalam 1 jam kayuhan, kami sampai ke penghujung simpang. Traffic light dekat Highway PD..aduii..logo botui..Dalam dilema, nak belok kiri dan kayuh ke Teluk kemang, atau terus ke Batu 4. Kata sepakat diambik, toruih jeer sampai Batu 4..lotih poik..Sepanjang kayuhan nie, kami tak berhenti langsung..toruih jeer. Cuma teguk air dalam botol ajer..fuhh.

Hehehe..sampai jugak kat PD akhirnya


Dalam dilema, samada ke kanan atau terus










Sampai PD, kami kayuh carik kedai minum. Last last lepak kat area kedai tepi laut tu..Cuma sebijik kedai jer yang bukak..boleh lah..nak basahkan tekak. Apo laie, order minum laa..mau bergelas gelas air masuk kerongkong nie kang. Asyik asyik limau ais, tak pun sirap limau, ataupun the ais limau..semuanya berasaskan limau ajer..huhuhu. Makan tolak ketepi dulu, yg penting minum...

To be continued 2nd episode:

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...