NuffNang

Rabu, 17 Ogos 2011

Memori Ride to Gunung Senyum



Salam,

Ride nie aku buat masa tahun lepas. Masa tu memang dah lama sangat aku tak buat ride. Paling last saya buat ride ke Penang tahun lepas. Lepas tu dah tak banyak ride, sebab motor aku buat hal kat sana. On the way balik belt putus 2 kali. Rupa rupanya mangkuk belting tu dah haus dan makan belt. Hasilnya aku terpaksa bermalam di Nibong Tebal satu malam. Nasib baik ada adik aku yang temankan dan settlekan motor sampai kami patah balik esok harinya. Macam yang aku dah ceritakan dalam entry yang lalu.

Ride ke Temerloh nie atas desakan kawan kawan yang memang dah lama dahagakan ride. So aku penuhi impian mereka untuk membawa mereka ke Temerloh. Niat di hati nak bawak mereka makan ikan patin. So aku aturkan ride nie dengan melayan santapan corner kat Manchis, melawat Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, Makan ikan patin kat Temerloh dan last sekali melawat Gunung Senyum kat Jengka. Hahaha, kan banyak agenda dan itinery tu.
Rendervoir kat Petronas Matahari Height

Macam biasa, kitaorang memang gerak awal pagi. Pukul 7 pagi dah golek tayar.
Baru jer 1/2 jam rehat dah berhenti breakfast kat Jelebu
Antara agenda perbincangan adalah cerita kena pancung dengan skuter VS kat corner Bukit Tangga tadi.
Meneliti jarak perjalanan yang perlu ditempuhi



Kat Karak, lepas meleper kat Manchis


Antara agenda perbincangan, melayan Saiful yang hampir ter overshoot ambik corner 





Masih jauh perjalanan. Baru di awal journey
Destinasi pertama kami. Pusat Pemeliharaan Gajah Liar Kuala Gandah.
Azri, Saiful dan Usop bergambar bersama tengkorak gajah
Antara papan tanda yang menarik perhatian di Kuala Gandah. Pastikan anda tidak ya!!
Lepas habis lawatan ke Kuala Gandah, kami terus gerak ke Temerloh. Makan tengahhari. Ikan Patin Benteng
Usop yang pening kepala.
Slrupp..sedapnya air jagung nie.

Saiful bergambar di tepi sungai Temerloh
Agak malang bagi kami tengah hari tu. Kami sampai di Temerloh dalam pukul 1.30 tengahhari. Memang niat dihati nak makan ikan patin masak tempoyak yang famous tu. Rupa rupanya dah habis. Kami hanya sempat merasa kuahnya ajer. Okaylah, jangan nanti ada pulak yang kempunan. Brader tu baru bersiap nak masak seperiuk lagi. Kalau nak tunggu, tak tau pukul berapa boleh siapnya. Siap jer makan, kami lepak kat benteng tepi sungai tu. Tangkap gambiran sekeping dua. Lepas tu kami terus gerak menuju ke Gunung Senyum. Sebab mengejar masa.



Antara peserta ride hari tu. Tiada dalam gambar Rahman, sebab dia tangkap gambar


Apa laa Rahman, tengah cuti pun kena kerja jugak..adoyai..
Dari kiri, Rahman, Amad, Saiful, Aku, usop dan Azri

Usop yang demam
Akhirnya kami sampai jugak di kaki Gunung Senyum

Bagi anda yang tak pernah sampai ke Temerloh, aku sarankan kalau ada masa pergilah melawat ke Taman Lipur Gunung Senyum. Kalau ada masa lebih lagi, anda boleh buat dakian ke puncak Gunung Senyum nie. Gunuung yang terkenal dengan lagenda. Terletak di Jengka 25 merupakan gunung yang mempunyai banyak gua batu kapur yang boleh diterokai.



Lagi gambiran semasa di Temerloh
Azri, perhatikan Usop yang dah terlena
















Dalam gua Makam Tok Long. Ponek panjat tangga tinggi







Settle jer kami mengelilingi Gua Gunung Senyum, hujan turun dengan selebat lebatnya berserta dengan angin kencang. Nasib baik kami sempat berlindung kat wakaf di situ. Bila hujan dah berhenti, kami bergerak balik menggunakan laluan Gugusan Jengka. Waktu inilah aku terbungkam waktu ambil corner. Aku pun tak pasti macam mana aku boleh sliding masa ambik corner tu. memang jalan basah lepas hujan. Mungkin condition tayar depan aku tak sesuai kot. Sebab tayar tu runcing. Wallahualam, sebelum tu ada ular besar warna hitam melintas jalan, tapi aku sempat elak leer. Tak lama lepas tu, aku pulak tersungkur. Syukur tak ada kecederaan, cuma seluar baju hujan aku jer koyak. Motor scratch sebelah, ekzos kemik. Body jadi senget dan motor tu tak boleh nak gerak lagi.

Motor aku terus tak boleh jalan, terpaksa ditinggalkan kat kampung. Nasib baik jugak dah dekat dengan kampung aku waktu tu. Aku telefon adik aku Faiz, dia datang dengan lori angkut motor aku sampai kampung. Aku terpaksa balik menumpang si Rahman. Waktu balik tu memang hujan sepanjang jalan. Pendek kata kami memang bermandi hujan. Kami shoot guna highway pantai Timur dan highway Karak. Berhenti makan kat Genting Sempah, panaskan badan. Sampai Senawang dah pukul 11 malam dah. Minggu depannya aku balik kampung, hantar repair motor. Kena jugak dalam RM500. Adoyai..duit sajer..Tapi tu semua menjadi asam garam dalam setiap ride. menjadi kenangan yang manis bila dikenang, namun pahit bila kena kat batang hidung sendiri..Hahaha.Lets ride!

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...