NuffNang

Selasa, 16 Ogos 2011

Senawang-Temerloh Ride

Salam Ramadhan,

Waktu aku menulis nie, aku baru sampai jer dari Temerloh. Waktu nie dalam pukul 4.30 petang. Tadi aku sampai sini dalam pukul 4 petang. Dahaga betul rasanya tekak nie. Nak menunggu berbuka dalam 3 jam lagi. Sabarr, tu lah namanya dugaan berpuasa. Terus terang aku katakan, memang mencabar sungguh ride tengah hari nie masa bulan posa nie. Panasnya, sampai boleh terasa peluh mengalir dalam jaket. Start dari kampung aku sampai ke Senawang, jalan memang agak sibuk, Aku ingatkan kalau hari biasa nie, tak derlah banyak sangat kereta. Tapi meleset jugak telahan aku. Kereta dan lori berduyun jugak sampai ke sini. Terpaksa menumpukan lebih perhatian pada jalan dan juga kenderaan lalu lalang. Lori balak bukan main banyak lagi. maklumlah jalan nie jalan negeri Pahang, yang memang kaya lagi dengan sumber sumber balaknya..hahaha.


Jarak perjalanan untuk pergi dan balik hari nie adalah dalam 331km sahaja. Namun waktu aku pergi semalam ada dugaan, dan balik hari nie pun ada dugaan. Semalam sepatutnya aku plan nak berbuka puasa kat kampung aku. Tapi tak sempat, aku sampai dah pukul 8.00 malam. Semalam dalam pukul 4 petang, langit yang mulanya amat cerah dah bertukar menjadi gelap. Hujan yang mulanya rintik kemudian bertukar menjadi hujan lebat. Balik dari kerja semalam, aku terus shoot dalam pukul 5.30 petang. Sepatutnya aku boleh sampai Temerloh dalam pukul 7.30 petang. Perancangan awal memang ngam ngam ler berbuka puasa. Tapi terlewat sampai.

Aku sebenarnya ada pilihan lain kalau nak balik ke Temerloh dari Senawang nie selain dari menggunakan laluan Pilah-Bahau-Triang-Bera-Temerloh nie. Aku juga boleh menggunakan jalan Senawang-Kuala Lumpur-Karak-Temerloh. Laluan highway Karak dan LPT. Tapi aku lebih suka menggunakan laluan jalan lama nie, sebab lebih pendek sebenarnya. Namun walaupun pendek, tapi tak boleh nak speeding jugak. Sebab terlalu banyak selekoh-selekoh pendek dan jalan berbukit. Aku rasa jalan nie sebenarnya adalah jalan balak suatu ketika dulu. Mungkin kemudia dihupgrade dengan tar. Lama kelamaan jalan nie jadi jalan persekutuan. Tu sebabnya kalau kita perhatikan, jalan jalan nie ada terlalu banyak selekoh tak masuk akal dan jugak berbukt bukau. Tapi tu pendapat aku leer sebagai orang biasa nie. Mungkin jurutera JKR boleh betulkan kenyataan aku nie kalau salah.

Perjalanan pergi semalam menghidangkan aku dengan jalan jalan basah. Sepanjang perjalanan aku disimbahi dengan air hujan mahupun air simbahan dari lori dan kereta. Start dari Senawang sampai ke Kuala Pilah. Bahau dan juga Air Hitam. Bera dan Triang sampai Temerloh. Semua jalan basah dan licin, tak ada langsung jalan kering. Aku memang phobia dengan jalan basah nie. Sebab aku punya pengalaman tersungkur dengan Elegan waktu jalan basah masa aku ride ke Gunung Senyum tempohhari. Start dari situ, aku memang takut dengan jalan basah. Mewujudkan rasa kurang confident dengan keadaan tayar sendiri. Itu pun menyebabkan salah satu sebab jugak kenapa perjalanan pergi aku agak lambat. So lepas kejadian tu, aku memang bagi priority pada tayar. Sebab bagi aku, tayar adalah peralatan paling penting dalam sebuah kenderaan yang bisa menyelamatkan nyawa.


Sampai Traing, perjalanan menjadi lebih sukar. Aku terpaksa lebih berhati hati disebabkan jalan dah gelap dan penglihatan bertambar kabur. Kadangkala aku terpaksa speeding jugak dilaluan lurus, untuk menghilangkan rintik rintik hujan yang melekat pada visor. Tapi laluan speeding biasanya tak lama, sebab selepas tu mesti ada selekoh. Perjalanan dalam hujan ditambah pula dengan kegelapan malam akan membuatkan badan kita menjadi cepat penat. Lebih lebih lagi aku tak sempat nak berbuka puasa. Aku nak berhenti berbuka, tapi kiri kanan semuanya gelap dengan hutan. So lebih baik aku terus jalan sampai kampung jeer. Aku sampai kat persimpangan Temerloh dalam pukul 7.40malam. Berhenti sekejab kat jambatan Temerloh nie. Jambatan nie merentasi sungai Pahang yang besar tu. Tangkap gambiran sekeping dua, mandian hujan.


Lepas ambik gambar, naik atas motor dan shoot terus sampai kampung. Dalam pukul 8 malam, aku dah sampai kampung dah. Parking motor, mandi dan terus makan. Baru berbuka puasa...Lepak kejab, sembang sembang dan terlelap. Tak sempat nak sembahyang terawikh.


Hari nie aku bergerak lepas habis solat zohor. Target aku nak sampai Senawang dalam pukul 4 petang. Sebab aku ada hal bisnes nak kena selesai waktu petang..hehehe. Tengok langit, cuaca memang cantik. Tak ada langsung unsur-unsur nak hujan. Lepas bersiap, pasang tank bag yang dah dubahsuai dengan abang aku tadi. Lepas tu terus cargass. Abang aku racun suruh aku buat ride ke Negara Gajah Putih. Hehehe, tengok keadaan leer dulu. Lebih meracun, dia bagi aku pinjam Buku Ekspedisi Merdeka 1 Malaysia, KL ke London tu..Adoii, nie yang buat aku makin bersemangat nak jelajah lebih jauh nie. Sekarang turn aku pulak nak meracun dia supaya angkat GS1200 atau Duc MultiStrada. Senang sikit nak ride dengan aku nanti. Jangankan Negara Gajah Putih, Negara China pun boleh..hahaha.


Refueling kat Petronas Kg Awah. Full tank dalam RM 16 jer daripada aku refueling full kat Senawang semalam. Lepas tu terus gerak meredah kepanasan mentari tengah hari. Chewahh. Perjalanan dari Kg Awah ke Temerloh pun dah dihidangkan dengan perjalanan yang panas dengan deretan kenderaan. Nasib baik aku naik motor, so boleh leer mencelah dan menciluk. Sampai ke Temerloh, corner dan ambik jalan lama ke Triang. Pun busy jugak dengan lori dan kereta. Aku maintain kelajuan kebangsaan jer. Ride tengah panas nie pun mencabar minda jugak, Kalau bulan tak puasa, mau aku berhenti minum air sejuk kat tepi jalan tu.

Melayan corner corner pendek waktu siang nie taklah mancabar sangat kalau nak dibandingkan dengan semalam. So aku boleh maintain speed sikit waktu balik nie. Cuma aku tak tahan panas jer lah. Langsung tak mendung. Aku sampai Kuala Pilah dalam pukul 3.40 petang. Tak ada pemandangan menarik atau cerita menarik waktu perjalanan pulang nie. Lebih banyak melayan tekak haus dan jugak kereta yang berderet deret nie. Aku sampai rumah ngam ngam dalam pukul 4 petang. Fuh, memang mencabar sungguh ride bulan puasa nie. So next ride tak tau lagi, mungkin lepas raya kot. Bagi motor tu relax dulu. Tadi petang dah dapat call dari adik aku. katanya ada ride ke Kelantan dan Terengganu lepas raya. Member aku pulak ajak layan Perlis lepas raya nie. Nanti mau aku gabungkan buat ride Senawang-Perlis-Tasik Banding-Kelantan-Terengganu. Memang terbaek !! Tapi tak tahu lagi naik apa, mungkin Elegan kalau ramai member underbone nak ikut. Lets Ride..

4 ulasan:

Syafri Hj Shuib berkata...

Tunggu tayar habis dulu , baru upgrade..

Aku Budak Nerek berkata...

Hupgrade leer sebijik, ride sekali nanti ke Negara Gajah Putih..

aboyNajun berkata...

best kalau berkongsi minat dengan saudara kandung.. balik kg leh berkongsi cerita... pepun thanks berkongsi cerita..

Aku Budak Nerek berkata...

Betul tu aboyNajun, memang best kalau adik beradik kongsi minat yang sama nie. Ada masa kita boleh pinjam jentera diaorang sekali..muahaha.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...