Mungkin dikala usia semuda mereka, mereka belum tahu dan mengenal apa erti kesusahan pejuang bangsa dan negara kita dahulu memerdekakan negara. Mereka anak anak merdeka yang lahir dalam zaman era kecermelangan negara. Namun, mereka harus dididik dan disemai dengan erti kemerdekaan. Mereka harus diberikan pengetahuan dan dibekalkan dengan ilmu agar mereka dapat memartabatkan bangsa dan mempertahankan erti kemerdekaan ini. Keamanan negara harus dipertahankan, dan ianya bakal menjadi agenda dan tanggungjawab mereka suatu hari nanti.
Pagi nie, aku sempat meneropong aktiviti kanak kanak tadika tempat anak aku belajar berarak sambil membawa bendera Malaysia. Kanak kanak nie memang kecil, ada sekitar 3-6 tahun. Dari laungan mereka, jelas sekali mereka melaungkan perkataan Merdeka, Merdeka, Merdeka!! Walaupun kita masih berada dalam bulan Ramadahan, namun semangat kemerdekaan yang cuba diterapkan oleh para pendidik Tadika ini adalah satu usaha yang amat harus dipuji. Jika semua sekolah ataupun Tadika di Malaysia nie membuat aktiviti yang sama, aku yakin usaha Perdana Menteri kita untuk Satu Malaysia akan berjaya..Okaylah, layan gambiran ala kadar yang sempat aku snap tadi..Tahniah sekali lagi kepada Tadika Vista Ceria!! Usaha anda harus diberikan pujian..MERDEKA!! MERDEKA!!
2 ulasan:
comelnya yang berpimpinan tangan tuh..he he..
Like father Like Son..hahaha
Catat Ulasan