Sempena Syawal dan Aidilfitri nie, aku cam biasa abik kesempatan balik kampung. Biasanya setiap kali raya, aku akan balik kedua dua buah negeri. Pahang dan juga Johor. Masa beraya tahun nie kat kampung aku di Pahang, aku dapat saksikan betapa banyak kenderaan pacuan empat roda yang memang dah fully modified kat kampung aku. Fuh, memang nampaknya memang aktif betul diaorang nie main offroader. Dalam bersembang sembang dengan pak sedara aku, memang betul diaorang nie sangat aktif dengan aktiviti 4X4 nie. Tak hairanlah kalau setiap 4x4 yang aku tengok, semuanya ada tertampal dengan sticker offroad nie. Dan yang best, aktiviti nie mendapat sokongan dari ADUN kawasan aku tu. Maklumlah Pahang nie kan besar, dan banyak lagi kawasan hutan hutan yang masih belum diteroka lagi. Aku pun apa lagi, meracun adik aku kat Pahang nie ambik sebijik 4X4. Boleh join aktiviti diaorang nie..Kalau setakat Kembara aku, boleh masuk tapi takut tak keluar pulak nanti..hehehe.
Dalam bersembang sembang dengan pak sedara aku tu, dia menceritakan pengalaman dia masuk hutan. Aku bersembang pasal aktiviti member member aku yang suka panjat gunung nie. Yang lagi best, pak cik aku nie memang kaki masuk hutan sebab dia nie mencari madu lebah. So setiap pelusuk hutan tebal dia memang dah redah. Tak mustahillah kalau dia memang join 4X4, pengalaman menang superb. Rasanya kalau bersembang dengan dia nie, memang tak habis-habis.
Pak De' Bahadur..pak sedara aku yang memang banyak ilmu hutan. |
Pak sedara aku nie banyak bercerita tentang pengalaman dia berjumpa dengan haiwan liar masa masuk hutan. Aku ingatkan kat Pahang nie dah tak banyak gajah, rupanya memang banyak sangat lagi. Dia bagitahu terserempak dengan gajah masa masuk ke hutan pine dekat daerah Lanchang tu. Katanya, gajah nie memang faham bahasa kita. So kalau kita cakap besar dan suka mencabar gajah tu, alamat memang cari nahas lah. Memang gajah tu akan tunggu kita dan cari kita. Sebenarnya gajah nie bukanlah haiwan yang ganas pun, tapi sebenarnya sikap kita sendiri yang membuatkan dia jadi ganas. Kacau tempat dia, suka cari pasal dengan dia.
Pak cik aku bagitahu Maybank pun sebenarnya banyak lagi kat hutan Pahang nie. Binatang nie pun sebenarnya memang tak nak berjumpa dengan kita. Dia pernah terserempak dengan Maybank nie masa kat hutan Belimbing, Pahang. Binatang nie kita boleh ketahui dengan baunya yang hamis. Fuh..Maybank nie kalau dia dah luka, memang nahas kita nanti. Kalau aku, memang sentiasa berdoa tak nak jumpa.
Lagi satu katanya, haiwan yang bahaya ialah beruang. Aku ingatkan beruang nie kita boleh jumpa kalau kat puncak gunung jer, tapi sebenarnya kat kaki gunung atau hutan biasa pun ada. Beruang nie haiwan yang bahaya kalau dia luka atau beranak kecil. So, baik kita jauhkan diri daripadanya kalau berjumpa dengannya . Sifatnya yang melindungi anaknya akan menjadikan haiwan nie agak ganas jika terancam. Kalau kita nak kenal, kesan tapak kaki beruang nie sama jer dengan kesan tapak kaki manusia, Cuma sifatnya yang lebih pendek berbanding tapak kaki manusia.
Banyak lagi cerita dan pengalaman yang pak cik aku nie ada, cuma masa jer yang tak mengizinkan. Maklumlah datang beraya, tak kan nak bersembang panjang panjang. Kalau nak bersembang panjang, masa ngeteh lagi best kot. Nanti aku sambung lagi dengan pengalaman dia mencari madu lebah. Memanjat pucuk tualang. Phergghh..memang betullah pengalaman tu paling berharga, dan tak ternilai dengan wang ringgit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan