NuffNang

Rabu, 28 September 2011

Lukut-Zon Hiburan

Salam,

Pagi semalam aku ride pergi ke Lukut. Ada sedikit hal yang perlu aku selesaikan kat sana. Aku pergi ikut highway Seremban-PD. Layan highway nie sorang-sorang dah biasa dah. Sebab dulu, aku ulang alik pergi kerja ikut jalan nie. 2 tahun jugak aku merempit kat highway nie, pergi dan balik. Masuk jer highway, terus full throttle sampai Senawang. Hebat jugak enjin Elegan nie, dua tahun aku buat benda yang sama. Alhamdulillah tak ada sebarang kecederaan pada enjin...


Pada engkorang yang tak biasa jalan nie, highway nie adalah jalan alternatif bagi pengguna yang ingin ke Port Dickson. Dulu sebelum ada highway nie, penduduk sekitar menggunakan jalan persekutuan yang menghubungkan Seremban-Mambau-Lukut-Port Dickson. Jalan nie pun ada lagi sekarang nie. Masih ramai yang lalu lalang. Agak sibuk jugalah. Tapi kalau anda lalu waktu malam, dinasihatkan supaya memandu dengan lebih berhati hati kerana terdapat banyak makhluk yang berada di tepi jalan. Memang banyak lembu kawasan nie. Banyak accident langgar lembu area nie.


Highway Seremban-PD

Tol Lukut

Kat depan tu exit Lukut
Highway pulak memang lah straight dan tak ada lembu. Tapi kalau aku ulang alik, tak mampu nak bayar tol. Sebab tol dia mahal, RM 3.20 tak kira exit kat mana pun. Kalau nak ke Teluk Kemang tu okay leer. Tapi weekend memang sibuk highway nie, maklumlah ramai pelancong yang nak mandi manda di pantai peranginan Port Dickson tu. Hari biasa pun sibuk jugak, tapi sibuk dengan lori tangki Shell dan Esso. Walaupun highway nie clear sesangat, namun awas. Jangan suka speeding sangat, sebab dicelah jambatan akan ada kepala menunggu dan tembak anda. Memandulah ikut had laju yang dibenarkan. Kalau malam tu, beringat-ingat jugaklah. Sebab sunyi. Bab cerita mistik dan paranormal tu, ada jugak terdengar, tapi kat area lain leer. Kat area nie sepanjang dua tahun aku ulang alik, tak der pulak.

Simpang masuk toll Lukut
Keluar exit Lukut, anda akan jumpa simpang tiga macam kat atas tu. ke kiri menuju ke Springhill dan Seremban, manakala ke kanan menuju ke Lukut dan Port Dickson. Boleh dikatakan pekan Lukut nie berada dalam era pembangunan. Banyak bangunan baru telah ditubuhkan, termasuk lah Giant Lukut. Sampai ke destinasi, aku pening jugak. Cari EON bank tak jumpa. Rupa rupanya EON dengan Hong Leong dah merged laa sekarang.
Hong Leong Lukut
Haa, inilah yang aku nak ceritakan sebenarnya. Aku yang duduk kat area Lukut dalam 2 tahun pun tak tahu bahawanya Lukut nie adalah zon hiburan.Sampai leer aku nampak signboard nie. Apa maknanya zon hiburan nie pun aku tak tahu. Ada jugaklah nampak kelab dalam sebijik dua. Tapi mungkin banyak lagi yang tersorok dan aku tak nampak kot. Kalau tanya kaki tunjuk langit, mesti tahu punya nie.
Lukut-Zon Hiburan
Bila aku nampak signboard nie, hati aku berdetik. Kalau ada zon hiburan, mesti ada zon amal ibadah nie. Kat mana? Itu yang aku tak tahu. Aku mesti cari Zon Amal Ibadah nie dalam pencarian aku seterusnya. Tempat anda ada zon amal ibadat tak?

Tiada ulasan:

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...