NuffNang

Selasa, 20 September 2011

Breakfast Ride-Alor Gajah

Salam,

Lama sangat dah motor tak bergerak. Last minggu lepas masa aku ride ke Batu Pahat. Lepas tu, motor tu tersadai jer kat rumah. Tak macam Kang Latep, setiap hari layan superbike..amboi memang lazat leer. 

Lepas hantar anak aku gi sekolah, aku ajak gepren aku gi keluar sarapan. Tapi sarapan di mana? Aku call Azri, ajak dia keluar sekali. Dengan suara serak basah baru bangun tidur, dia koba tengah komeh rumah. Hmm, tak po laa..aku ride berdua jer laa. Tak leh lambat nie, kang nak ambik anak balik dari sekolah pulak dah. Ambik jacket ngan helmet, zass aku pulas throttle. Tapi nak kemana pulak. Takper, ikut jer rentak tayar ke mana. Lepas dari tol Senawang, aku belok kiri menghala ke Johor Bahru. Keter tak banyak sangat, tapi masing masing boleh tahan jugak memecutnya. Ada sebijik BMW Roadster warna putih, plet Singapore..pherggh cun bebeh.

Aku cam biasa leer, slow and steady jer. Dalam pertengahan jalan tu, kat side menghala KL aku tengok ada towing tengah tunda sebijik lori. Tak lama pulak, aku perasan ada keter Polis ngan banyak keter bersusun kat heway tu. Tak perasan pulak apa benda dah terbabas masuk dalam longkang tu. Keter kot. Ride tak lama tu, sampai kat exit Alor Gajah. Bagi signal dan ambik kiri. Keluar exit nie. Masuk jalan persekutuan, Lebuh AMJ ke Melaka. Layan kepala sambil sembang sembang ngan gepren aku. Alor Gajah destinasi aku. Kalau korang bagitahu yang cucur udang Alor Gajah memang famous area nie kan? Taste aku lain sikit, aku lebih suka cucur udang yang makan dengan kuah kacang..Hmm..terbaekk..

Kalau korang selalu lalu kat jalan nie, korang mesti perasan pada satu kedai kat bawah bukit yang memang selalu penuh dengan pengunjung. Aku singgah untuk breakfast kat sana. Warung Nek Munah. Masa aku singgah kat sana pun sama, penuh dengan kereta berhenti kat tepi jalan tu. Macam kenduri kawin beb. Aku fikir memang famous kot kedai nie.
Inilah warung Nek Munah tu, dari pandangan tepi

Macam macam menu untuk breakfast nie
Kedai nie menawarkan pelbagai juadah untuk breakfast. Macam macam ada, dari nasik lemak, nasik goreng, mee goreng, beehoon goreng, koay teow goreng, mee sup, meehoon sup, mee kari, lontong, soto dan macam macam lagi laa. Yang bestnya kedai nie bukannya jenis ceduk dari talam tu. Aku fikir dia goreng masakan panas. Kalau nak layan roti canai pun ada. Pendek kata, apa yang korang terfikir nak breakfast, semuanya ada kat sini.
Gepren aku makan bee hoon sup. Best broo..

Aku plak layan nasik goreng kampung dengan ayam goreng

Korang perasan tak berapa banyak keter yang berhenti nak makan. Tu belum kira yang parking kat bawah lagi tu.

Aku lupa laa nama tempat nie. Kedai makan nie kat bawah bukit

Aku balik ikut jalan kampung. Ambik kesempatan untuk lalu ikut jalan kampung kat area Melaka sekitar Alor Gajah nie. Bagi aku, kita patut bagi pujian pada kerajaan Melaka nie. Sebab bagi aku, landskap jalan yang cantik, dan bersih. Kawasan kampung pun bersih, jalan pun cantik. Tu pendapat aku leer, sebab tak biasa masuk sini lagi. Pusing pusing ikut Lendu, Rantau Panjang dan last sekali keluar kat Simpang Ampat. Ambik route jalan persekutuan ke Rembau, Pedas sampai ke Senawang.


Jauh jugak aku pergi breakfast pagi nie. Total perjalanan 134km. Berbaloi jugak leer mencari tempat breakfast. Dapat jugak aku meninjau kampung orang..Pergilah melancong.

2 ulasan:

Unknown berkata...

warung nie tpt mr darling blanje kitaorg waktu pg helper kt cheng dulu,tp siap amik resit tue,xtau la blanje ke claim blk hahahah..

Aku Budak Nerek berkata...

Hehehe..berjimat cermat boleh kaya bro..

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...