Salam,
Diperturunkan beberapa ilmu bekenaan dengan Konvoi Basic yang diceduk dari forum SBM. Moga mendapat ilmu yang berguna ketika merancang sesuatu ride.
Konvoi Basic – Part I
Briefing
Briefing sebelum konvoi untuk memberi maklumat tersangat penting, adalah penting Lead Marshall membuat semua briefing mengenai konvoi kepada ahli, sekira ada dua tiga group, Lead Marshall brief sesama Marshall dan kemudian brief group group di bawah kawalan dia.Jangan jadi, orang lain brief, orang lain Marshall ini sangat tidak diingini akan menggundang ketidakselesaan kepada Lead Marshall dan dia akan terasa lost control.Chief de’ Mission boleh brief ahli, tetapi hanya bersangkutan dengan agenda activity trip tersebut, dia mesti hand over briefing untuk konvoi kepada Marshall. Tetapi ini dikecualikan sekiranya Chief de’ Mission itu juga adalah Lead Marshall.Jadi pendek kata, Marshalling bukan satu perkara yg mudah, jadi biarkanlah dia yg bersuara untuk brief itulah orang yg juga bertanggung jawab memastikan konvoi berjalan lancar.
Preparation
Apabila membuat route planning dan fuel stop planning, kita kena ambil kira secara menyeluruh keupayaan semua rider dan motosikal mereka.Apabila menunggang dalam group, ini tidak bermakna anda terpaksa serahkan bulat bulat aspek keselamatan mengikut group, setiap penunggang mesti menentukan sendiri keselamatan diri dan sekiranya tidak menyenangi apa apa aspek tunggangan hendak lah bersuara atau tarik diri dari konvoi demi keselamatan jika perlu. Pastikan semua penunggang faham dan tahu cara cara “hand signal” tak perlu sampai tahap boleh bersembang macam orang pekak, tapi cukup hanya sekadar yg penting penting sahaja.Kelajuan terlaju konvoi adalah mengikut, kelajuan penunggang yang paling perlahan atas sebab pengalaman, keupayaan dan kesihatan motor.
Lead Rider mesti pastikan kelajuan mengikut tahap ini supaya konvoi tidak berpecah pecah.Setiap rider hendaklah pastikan motosikal mereka berada dalam keadaan baik dan selamat untuk ditunggang beberapa hari sebelum konvoi, kita tidak mahu kitalah orangnya yang menyebabkan kelancaran konvoi atau activity yang di rancang tergendala. Walau bagaimana pun, ada kala beberapa kerosakkan tidak dapat di duga, tetapi dengan pemeriksaan rapi, bolehlah di kurangkan.Peralatan bantuan, seperti first aid, puncture kit, towing kit, dan sebagainya ada disediakan. Ada baik kalau yang berkonvoi, mempunyai latihan CPR dan basic emergency resque.
Group (Convoy) Ident.
Digalakkan ada tag pada semua rider dalam konvoi, seperti reben dan sebagainya (taklah perlu nombor) kerana kita boleh kenal pasti itu group kita kerana ada kemungkinan terikut salah rider - ini terjadi semasa ride balik wedding KH, ada terikut rider dari group lain jadi akan tersalah sasar untuk stop dan sebagainya, dan kita juga dapat pastikan kalau ada rider yang tak beretika adalah bukan dari konvoi kita.
Riding Track
Bayangkan kereta ada tayar kiri dan kanan, jadi “Left wheel track” dan “Right Wheel Track”, ini lah dua track yg digunakan apabila riding. Cara pemanduan negara kita, Right hand drive jadi penunggang hadapan sekali (Lead Rider) mesti berada pada “Right Wheel Track” sekiranya 2 by 2 staggered dan sekiranya single file hendaklah diantara kedua dua track ini. Tetapi ada kala tidak digalakkan ride di antara dua track ini, kerana mungkin ada tompokan minyak, jadi hati hati. Sangat bahaya sekiranya riding dengan formation 2 by 2 dan berada pada “Left Track” di jalan sempit kerana anda akan tidak kelihatan oleh pemandu lain.
Marshall
Lead Rider (Marshall) – Depan Sekali - Experience Rider. Sweeper (Marshall) – Belakang sekali - Experience Rider. Ada pembantu pembantu lain digalakkan , sekiranya perlu dan sekiranya ramai sangat, tetapi lebih elok di pecahkan kepada group kecil kecil, lebih selamat, jadi hanya perlu Leader dan Sweeper, ini juga akan memberi peluang melatih orang lain supaya fasih dengan convoy dan menimba pengelaman. Marshall, yg ride along side konvoi, ini tidak perlu ada sekiranya ahli konvoi fasih berkonvoi dan konvoi bersaiz kecil. Lebih baik dipecahkan konvoi kepada group kecil kecil dan setiap group berlepas pada masa berbeza untuk destinasi yg sama. Ini juga akan melatih lebih banyak rider menjadi Lead dan Sweeper, dari aspek keselamatan kumpulan kecil akan mengurangkan risiko kemalangan.
Juga sekiranya ada kerosakkan berlaku,, lebih elok 4 atau 5 rider berhenti berbanding 30, yg mana akan menambah risiko kemalangan di bahu jalan .Ada juga disarankan, tak perlu arrive 40 atau 50 rider sekalu gus, kumpulan kecil kecil yg sampai akan memudahkan process seperti mengisi minyak dan sebagainya. Marshall yg ride pada tepi konvoi lebih baik di gunakan untuk jadi Lead atau Sweeper group lain, kerana sekiranya 20 atau 30 rider dalam satu satu konvoi.. apa lah sangat yg mereka ni boleh buat, lagi pon Marshall marshall yg ini bagi saya hanya, cuba untuk mengelakkan diri daripada ride dalam formation, kerana ia lebih mudah, dan dia bebas ke sana sini.
Formation Riding.
2 by 2 Staggered. Lead di hadapan pada right wheel track, 2nd rider sebelah kiri lead dan belakang sedikit. 3rd rider sebelah kanan 2nd rider dan jarak antara Lead dan 3rd rider adalah dalam 2 saat, kerana 3rd rider sama wheel track dengan lead. 4th rider sebelah kiri 3rd rider dan 2 saat di belakang 2nd rider dan seterusnya.Single file. Yang ni mudah sahaja, satu satu tetapi maintain position seperti di atas, dan separation sama. (2 saat di belakang yg depan.) Single file selalunya untuk jalan sempit, masuk keluar highway, permukaan jalan tidak elok.2 by 2 Side by Side ( 2 by 2 Abreast)Penunggangan secara dua selari, hanya elok pada traffic light atau simpang ke kanan, untuk merapatkan jarak tunggangan memudahkan melepasi simpang atau lampu isyarat dan mengelakkan kereta cilok masuk, sekiranya single file. Elak dari menunggang secara 2 abreast atau side by side, kerana ini akan menyulitkan anda mengelak apa apa halangan, sebaliknya gunakan single file atau 2 by 2 staggered.
Rider Placing.
Dalam formation, pastikan rider yg paling berpengelaman berada sebagai Lead dan Sweeper, yang kurang pengalaman yg pertama belakang Lead dan seterusnya mengikut pengelaman kesihatan dan keupayaan enjin (kecil & tak sihat sangat depan). Sekiranya, dapat dipecahkan konvoi kepada beberapa group, hendaklah dikelaskan mengikut keupayaan enjin, kesihatan dan kelajuan motor. CC kecil, motor tak berapa sihat atau yang tak laju sangat hendaklah ada pada group yg terhadapan. Sekiranya berlaku apa apa bolehlah bantuan dapat diberi dengan mudah, ada otai yg menggunakan motor cc kecil ini tidak bermakna mereka tidak mampu konvoi dengan baik, saranan ini hanya untuk memudahkan perjalanan konvoi. Dilarang memotong dalam konvoi. Apabila berada dalam konvoi, di larang sama sekali memotong sesame sendiri, antara beberapa sebab ini di tegah.
a. Keselamatan.
b. Kita akan tahu cara tunggangan rider depan selepas beberapa minit dan boleh buat penyesuaian dan tunggangan yg lebih baik.
c. Kita akan tahu berapa orang masih di belakang sekiranya berlaku apa apa.
Ketika menunggang jangan ikut bulat bulat apa penunggang hadapan buat, sebaliknya lihat kehadapan, penunggang di hadapan kita hanya perlu diperhati dalam penglihatan tepi kita, perhatikan jalan hadapan dan apa apa yg ada untuk kita membuat perhitungan dan penunggangan yg tepat. Sekiranya jalan sempit dan berliku liku, hendaklah ride mengikut single file, dan apabila sampai pada simpang atau isyarat berhenti hendaklah rapatkan motorsikal dan berada pada 2 by 2 abreast, supaya tiada kenderaan lain dapat mencelah, dan ini juga memendekkan konvoi, senang lepas. Memang, kita akan rasa bagus, kalau dapat block pengguna jalan raya lain apabila kita masuk simpang atau melepasi traffic light, tetapi ini adalah menyalahi undang undang.
Adalah baik, sekiranya yang lepas perlahankan motor tinggalkan seorang marker pada setiap simpang bermula pada yg terbelakang yg lepas dahulu, dan tunggu. Sekiranya kita tidak selesa dengan kelajuan konvoi, boleh tarik diri semasa menunggang sekiranya perlu. Pastikan sweeper diberitahu, signal kiri, perlahankan motor isyaratkan penunggang lain potong dan apabila sampai kepada sweeper, isyaratkan kepada dia yang kita hendak solo dan akan ke destinasi yang ditetapkan tetapi lambat sedikit. Penunggang lain hendaklah mengambil tempat penunggang yg “drop out” itu mengikut formation yg ditetapkan.
Adalah diingatkan penunggang yg “Drop Out” berada bersendirian dan dia mesti pastikan keselamatan dan kesihatan motor sendiri, konvoi hanya boleh dihubungi apabila setelah mereka sampai ke stop yang dijanjikan.Sekiranya berada pada traffic light atau simpang berhenti pada fomasi 2 by 2 abreast, motor yg sebelah kanan hadapan jalan dulu, di ikuti dengan yg kiri, kemudian kanan dan kiri,, mengikut style 2 by 2 staggered formation.Memotong.Adalah mustahil untuk semua ahli konvoi memotong serentak atau sekali gus pada jalan kecil dan adalah tidak sopan boleh dikatakan “kurang ajar” sekiranya kita “menghalau” pengguna lain dari jalan, ini menggundang kemarahan dan merbahaya pada kita.
Apa yg saya perhatikan, ramai yg membuat kesilapan ini, setakat kita berkonvoi dan ada vest “MARSHALL” tidak memberi kita hak untuk mengganggu pengguna lain, MARSHALL pengguna jalan raya lain hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa, itu sebabnya PLUSRONDA berstatus POLIS BANTUAN. Sebaliknya kita kena menjaga ahli konvoi supaya berhemah di jalanraya. Juga di ingatkan, penggunaan “SIREN” adalah menyalahi undang undang, penggunaan “BEACON” mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa dan pengunaan “BEACON BIRU” ada lah menyalahi undang undang, ianya hanya dikhaskan untuk pihak berkuasa. Jadi jangan lah kita takut sangat “dibogelkan” oleh kelab kelab motosikal lain, kerana pada perhatian peribadi saya setelah sekian lama menunggang ni, ramai yang tersilap.
1. Memotong - Single file formation.Seperti biasa, yang hadapan apabila ada peluang potong dangan cara yg betul, dan hendaklah pastikan dia tidak perlahankan motor selepas memotong sebaliknya terus memecut kehadapan di hadapan kenderaan yg di potong untuk memberi ruang pada yang lain memotong dan masuk kembali. Leader hanya perlahankan motor apabila dia berpuas hati ruang yang ada cukup untuk ahli ahli konvoi potong dan masuk dengan selamat.Berhenti memotong kalau tidak selamat, dan sambung semula apabila selesa, jangan memotong selagi ahli konvoi di hadapan kita tidak lepas.Jangan sekali kali, seorang memotong dari kiri dan seorang lagi memotong dari kanan secara serentak, dan memotong dikiri di tegah sama sekali melainkan situasi terdesak dan memerlukan tindakkan sedemikian.
2. Memotong – 2 by 2 Staggered formation. Ini susah sedikit, kerana,, sweeper kena mainkan peranan untuk ini dan apabila konvoi panjang sangat susah bagi sweeper nak tahu bila nak potong kerana dia mungkin tidak dapat lihat Leader yang di hadapan. Cara ini ambil kira kita konvoi mengikut peraturan jalan raya.Apabila di laluan perlahan, hendak memotong kenderaan dihadapan, Leader mesti tidak memotong dulu, ikut kenderaan itu pada jarak yg selamat atau bila sudah hampir beri signal kanan untuk memotong dan ahli lain beri signal yg sama tetapi jangan memotong lagi, Sweeper apabila terlihat keadaan ini, akan apabila selamat signal kanan, masuk lane memotong dan ini akan memastikan lorong kanan sudah selamat tiada kenderaan dari belakang akan meluru potong.
Rider di hadapan Sweeper akan turut masuk lane memotong dan seterusnya sampai pada Leader dan Leader akan signal untuk memecut.Apabila hendak masuk balik lorong perlahan, Leader akan signal kiri,,, diikuti oleh ahli ahli yg lain sampai pada sweeper,, dan sweeper apabila selamat akan masuk lane kiri di ikuti oleh penunggang dihadapan satu satu sampai kepada Leader. Ada juga cara untuk masuk balik ke lorong perlahan Lead Rider masuk dulu di ikuti oleh rider rider lain, ini ok kalau pengguna pengguna lain mengikut betul betul peraturan jalan raya, yg susah kalau ada kereta yg suka potong dari kiri, jadi untuk block jalan sweeper masuk dulu.Sekiranya kita sekarang berada di laluan laju, ada kenderaan lain pula hendak memotong, Sweeper kena beri signal kiri untuk masuk ke laluan perlahan,, pastikan penunggang dihadapan tahu apa yg berlaku pergi ke kiri memberi laluan kepada kereta yg hendak potong di ikuti oleh ahli lain lain sama seperti menukar lane diatas tadi.
Defensive Riding.
Al maklumlah, pemandu bukan sempurna dan ada banyak kekurangan, garis panduan di atas hanya apabila semua pengguna jalan raya mengikut peraturan.Banyak ketika, pemandu tidak beri laluan apabila berada di laluan laju, yg ini sangat sukar di tangani, apa pon kita mesti berhemah dan secara baik tunggu di belakang seketika,, kemudian bagi hi beam sikit, kalau tidak beri laluan juga hon sikit, mungkin dia tidak perasan, tak beri jugak pasang terus high beam dan di ikuti dengan hibeam dari moto motor lain.Kalu tak kasi jalan juga,, ini susah kerana ini sudah tidak mengikuti peraturan. Memotong kenderaan begini amat sukar di beri satu satu garis panduan.
Konvoi mungking terpaksa break formation seketika dan cuba potong satu satu dan dalam keadaan yg selamat. Leader mungkin boleh cuba sedaya upaya potong mengikut kemampuan dan keselamatan, apabila berada di hadapan kenderaan tersebut, cuba isyaratkan dia supaya memberi laluan kepada konvoi. Oleh kerana dia telah tidak mengikuti peraturan Leader terpaksa buat apa yg patut untuk memastikan konvoi selamat.Sekiranya kenderaan degil juga, jangan buang masa, isyaratkan konvoi untuk memotong dengan selamat satu satu, ini mungkin akan memerlukan ahli ahli memotong dari sebelah kiri. Selepas potong masuk balik konvoi, dan jangan menyakat kenderaan yg degil itu.. kerana dia mungkin SV & Co.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan