Hari semalam buat aku terfikir sejenak. Muhasabah diri sikit. Dalam hidup kita nie, sebenarnya tak semua yang kita rancang kita akan dapat. Tak semua yang kita nak, kita akan perolehi. Yang penting, kita jalankan tanggungjawab kita yang sewajarnya, buat perancangan apa yang boleh. Tapi apa yang akan terjadi semuanya adalah ketentuan dari Ilahi. Mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang berlaku yang kita tidak tahu.
Semalam, aku dapat perkhabaran kurang mengembirakan. Seperti entry aku yang lepas, sebenarnya aku memang dah apply cuti untuk Ride Semenanjung Malaysia. Small to Big Bike Tour. Dan cuti tu memang dah approved pun sebenarnya. Segala perancangan dah dibuat, ahli korum semua dah bersedia dan dah berangan. tup tup semalam, nama aku dipilih pulak untuk Finance Training. Tarikh pulak ngam ngam kena dua hari masa aku ride. Boss aku yang decide letak nama aku.
Adoyaii, memang masalah nie. Bab kerja memang penting sebab melibatkan mata pencarian aku. Tapi bab berdepan dengan geng dan member nie pun susah jugak. Semuanya dah patah semangat bila aku bagitahu ride mungkin akan ditunda. Maklumlah semua dah bersemangat, dengan persediaan memasing. Hmm, entahlah..tapi aku dah rancangkan sesuatu. Untuk mengubat hati yang luka..hahaha.
Semalam petang, aku naik ke Genting. Saja bawak anak dan gilfriend jalan-jalan. Semalam tak ramai sangat pengunjung. So boleh lah nak bawak anak main apa yang dia suka. tak perlu nak beratur, tak perlu nak berebut-rebut. Sebab tak ramai pengunjung, so kita boleh bagi anak kita main banyak kali satu permainan tu. Sebab dah bayar mahal kan, so biarlah berbaloi sikit.
Aku minta anak aku yang berumur 4 tahun tu main bumper car. Okay, tapi asyik berpusing pusing kat situ jer. Dia tak pandai nak kontrol kereta tu. Aku tengok staff Genting yang jaga kat situ pun bukannya nak ajar bebudak nie macam mana nak main. Aku pun tak boleh nak salahkan diaorang, sebab mungkin dia hari-hari jaga situ, so mungkin dia dah jadi storeblind kot. (Istilah aku dalam retail, maksudnya tak nampak dah apa yang salah sebab dah imun). Aku bagi instruction kat anak aku, macammana nak handle kereta tu. Banyak kali jugak aku ajar, tapi mungkin sebab pertama kali dia main benda tu, dia still tak boleh nak tangkap apa maksud aku.
Bumper car, bapak budak pun tak pandai nak control..inikan bebudak |
Ada jugaklah 6-7 kali aku bagi dia main bumper car tu. Tapi still tak pandai nak control. Ada improvement laa berbanding kali pertama dia main tu. Dalam masa tu, buat aku terfikir dan dapat satu lagi pengajaran. Kita tak boleh nak paksa anak kita dengan minta dia buat apa yang kita nak. Kadangkala dia tak mampu nak buat. Mungkin ada cara lain yang kita boleh fikirkan, sampai dia berjaya capai apa yang yang kita impikan tu. Maksudnya, kita tak boleh nak paksa dia kalau dia tak mampu. Kena slow slow. Kena banyak bersabar sampai dia boleh kuasai sesuatu yang kita nak. So, bagi lah dia main apa apa yang dia suka. Janji dia happy. Hahaha.. Tu pendapat aku leer..
praktis bawak keter.. |
2 ulasan:
manusia hanya mampu merancang bro... Allah jua yang menentukan... try decide tarikh baru
Betul sangat tu aboyNajun. Mungkin ada hikmahnya. Syukur, semalam dah dapat satu tarikh baru.
Ride diawalkan sehari, so dapat join ride dan dapat pergi training..hahaha.
Catat Ulasan