Hari nie aku bukan nak berbicara soal ride ataupun konvoi. Tapi aku nak sentuh tentang betapa meriahnya tempat aku sekarang nie dengan pelbagai bangsa yang majmuk. Bukan bangsa Malaysia, tapi bangsa asing. Aku baru balik dari pasar malam tadi. Aku dah meluat tengok ramai sangat pendatang asing sekarang nie. Punya lah ramai puak-puak nie. Pandang ke kiri, muka Mat Indon, pandang ke kanan muka Bangla. Depan muka Myanmar, belakang kena pulak muka Nepalese. Bukan nak menyekat diaorang nie datang mencari rezeki, tapi perlakuan dia orang nie kadangkala boleh menyakitkan mata.
Membuang sampah merata-rata, lepas tu ushar semacam. Sampai anak aku yang umur 4 tahun pun tahu, buang sampah boleh mengotorkan. Diaorang nie langsung tak ada kesedaran sivik. Esok makcik pakcik bangsa kita juga yang kena bersihkan sampah sarap tu. Kesian kan? Itu belum termasuk sisa sisa botol bir dan arak yang ditinggalkan merata-rata. Semak betul lah..
Ramainya orang kat pasar malam nie..berapa percent rakyat Malaysia? |
Kalau kat area aku nie, waktu diaorang nak pergi kerja boleh dilihat sampai sepuluh buah bas kilang keluar dan mengangkut mereka ke kilang. Adoyai, sekarang nie macam dah boleh diwujudkan perkampungan pendatang pulak dah. Itu belum dikira kalau waktu cuti atau cuti umum lagi. Puak puak nie akan membanjiri setiap bandar besar. Tak caya pergi ke KLCC dan tengok berapa ramai puak nie yang ada kat sana sewaktu cuti umum? Setuju tak kalau aku nyatakan rakyat Malaysia sendiri pun jadi takut nak melawat tempat-tempat nie dalam waktu sedemikian. Dan aku sendiri pun tak kuasa nak bawak family aku melawat tempat yang jadi port pendatang asing nie.
Ish entahlah, aku fikir kalau satu masa nanti kalau puak puak nie terlalu ramai dan tak dapat dikawal, mau pening pihak berkuasa negara kita nak kontrol. Tengok dengan keadaan sekarang nie pun dah haru, belum lagi kalau berlaku perkara tak diingini. Sama-samalah kita berdoa agar negara kita nie tetap aman dan damai tanpa huru hara dan kekacauan. Amin.
2 ulasan:
Ahad baru ni saya g Senawang ..Makan di restoran nasi arab Lazees..lalu kawasan industri. Memang ramai benor mat bangla, myanmar dll..dalam jalan bawak mangkok tingkat tu ramai awek tempatan tergoda..ha ha..
Aisey bang Latep. Selalu ker turun Senawang? Next time sampai sini, roger saya. Boleh jumpa.
Senawang memang hebat, International Multiraces..hahaha. Adoyaiii.
Catat Ulasan