NuffNang

Rabu, 14 September 2011

Ride Lunch... Rugi Sapa Tak Ikut

Salam,

Plan awal adalah untuk meet up member aku Naseq dari Penang kat Cameron Highland. Di saat akhir, perancangan awal terpaksa di pinda di saat akhir memandangkan Naseq injured dan tak mampu nak ride dari Penang ke Tapah. So aku decide untuk tukar ride hari nie untuk Ride Makan Tengahhari. Destinasi pilihan aku adalah untuk pekena asam pedas kat Parit Jawa Johor. 

Ride yang tak berapa jauh pun sebenarnya. Cuma 397km sahaja. Tapi kami tak akan menggunakan laluan highway untuk perjalanan pergi, sebab aku cuba untuk ushar jalan yang akan kami gunakan untuk perancangan Jelajah Malaya Jalan Pantai bulan Oktober nanti.
Ride untuk kali nie, aku ditemani oleh Azri yang menunggang ZZR250. Kami bertolak jam 8 pagi dari Senawang. Laluan kami adalah untuk ke Port Dickson yang mana kami akan mengambil route jalan pantai hingga ke Melaka.

Dari Melaka, kami akan straight menggunakan jalan pantai hingga ke Muar dan Batu Pahat. Perjalanan dari Senawang ke Port Dickson menggunakan highway Seremban-PD. Sampai kat Teluk Kemang, kami ambik jalan tepi pantai sampai ke Kuala Linggi. Jalan nie mana boleh speed, ikut had laju kebangsaan ajer.
Versys dan ZZR 250 
Sampai kat area Kuala Sungai Baru, kami masuk ikut jalan pantai ke Pengkalan Balak. Kat situ kami berhenti sekejab untuk breakfast. Banyak jugak kedai tepi jalan yang boleh berhenti untuk breakfast. Tapi kami pilih untuk berhenti makan kat kedai tepi laut.

Chewahh, pekena nasik lemak dengan telur mata kerbau. Masa nak blah, aku tengok ada jual telur pindang pulak. Macam mana ada telur pindang kat Melaka? Bukan telur pindang nie famous kat Johor ker? Aku beli dua bijik, souvenier kat wife aku yang kena tinggal kat rumah tu..hahaha.


Selesai makan, kami terus gerak menuju ke Pengkalan Balak. Tak singgah pun, cuma lalu ajer. Kami pun tak tergesa gesa ride nie, so kami jalan santai jer laa, disamping menikmati pemandangan rumah tradisional Melaka kat kiri dan kanan jalan tu. memang meriah negeri Melaka nie sebab semangat patriotisme penduduknya. Banyak kibar bendera Malaysia kat rumah memasing.

Sampai kat Tanjung Kling, kami berhenti tengok gerai gerai yang banyak kat kiri kanan jalan tu. Gerai gerai nie jual hasil hasil kampung Melaka, ada belacan, kuih tradisional, asam jawa, cencalok dan macam macam lagi. Kami tak beli pun, cuma menjamu mata ajer laa.

Kat belakang tu adalah gerai menjual barangan produk tradisional Melaka


Kami terus gerak tanpa membuang masa. Kami melalui bandar Melaka, sempat lagi pusing pusing. Tengok ada raptai perarakan Hari kebangsaan kot kat area bandar Hilir tu. Tak singgah jugak, cuma lalu ajer. Keluar dari bandar Melaka dan kami ride terus menuju ke Muar.

Sampai kat Merlimau, kami singgah refueling jab. Minyak banyak lagi sebenarnya, tapi sajer nak berhenti kejab. Isik minyak pun RM10 jer. Waktu nie dah dekat pukul 11 rasanya. Tak membuang masa, kami terus gerak.
Terus ride sampai kami sampai kat sempadan Johor Melaka. Ambik kesempatan berhenti dan bergambar kat arca beca yang besar sangat tu. Biasanya kalau aku balik kampung kat Johor, setakat lalu ajer kat sini, tak sempat nak singgah pun. Tapi kali nie sebab bermotosikal, aku singgah dan sempat ambik gambiran sekeping dua.
Yang besnya kat sini, sebab ada signage Selamat Datang Ke Negeri Johor. So ada jugaklah kenangan yang menyatakan aku pernah sampai kat Negeri Johor dah..hahaha.

Azri berposing
Bila dah sampai kat sini, maknanya kami dah tak jauh lagi untuk sampai ke destinasi. Macam biasalah, destinasi yang aku rancangkan adaah untuk ke Parit Jawa untuk pekena asam pedas Johor. Tapi kami ride terus dan aku bawak Azri ikut bandar Muar. Pusig pusing bandar Muar yang banyak sangat roundabout tu. Kemudian akami ambik jalan jalan terus menuju ke Parit Jawa. Jalan nie lagi best, sebab banyak lampu isyarat. Ada dibuat laluan untuk motor, tapi bahaya sangat sebab jalan nie macam tak berapa ikhlas jeer. Banyak bahayanya, berlopak, beralun dan tiba tiba pulak ada kereta parking kat i laluan motor nie.
Sampai kat medan asam pedas Parit Jawa, aku singgah makan kat Makcik Pon. Nasib baik waktu sampai nie dalam pukul 12 tgh hari. Orang tak ramai lagi. Ikan pun banyak lagi pilihan. Aku tak nak makan ikan besar, nanti duitnya pun besar jugak. hahaha.

Aku makan ikan kembung jer, seban makan sorang. Kalau aku datang dengan wife aku, biasanya memang aku ambik ikan merah ker, kapla ikan ka, ikan mayong kaa. Tapi kali nie aku ambik set lengkap dengan telur dadar, sayur taugeh. Azri pulak yang baru pertama kali ke sini begitu teruja nak makan asam pedas johor.

Kali nie dia ambik nasik dan juga asam pedas ikan siakap. terbaik tu. bagi korang yang belum pernah ke sini, okay jugak lah harganya. Dan rasa pun bagi aku boleh tahan. Ada banyak gerai dan kedai area sini yang korang boleh cuba. Pernah mendapat publishiti daripada majalah majalah tempatan dan juga rancangan TV.

Habis makan, aku kena RM 7.60, manakala Azri pulak kena RM8.60. Bagi aku okay sangat tu. Ikan kembung RM 3 seekor. Ikan memang fresh.
Siap makan asam pedas, aku bawak Azri ke Batu Pahat. Macam biasa aku bawak Azri ke benteng depan Hospital tepi jalan tu. Aku bawak Azri ke kedai briyani gam Mohd Shah. Famous jugak tempat nie kot. Aku memang tak makan lagi dah.

Maklumlah baru setengah jam jer makan nasik tadi. Tapi aku memang respek dengan Azri. Dia makan  lagi sepinggan nasik briyani gam ayam. Fuh, besar tank budak nie. Aku bungkus nasik briyani kambing dua dan nasik kosong satu. Untuk orang rumah, nanti lain kali senang nak pergi ride lagi.

Dah berator dah orang nak makan nasik briyani gam nie..

Azri, memang terbaik mamat nie. Makan nasik briyani gam pulak selepas asam pedas. tak sia sia aku bawak jalan

Tempat nie memang popular kot, sebab ramai yang singgah makan tengahhari

Balik dari Batu Pahat, aku singgah solat jab kat Masjid area Sungai Balang. Aku ambik gambar nie sebagai peringatan untuk kita.
Aku terus gerak balik lepas solat zohor. Waktu nie dalam pukul 3 petang. lepak iqtiqaf dalam masjid tu lepas solat. layan perut kenyang. Aku ambik route Muar-Tangkak. Jalan yang begitu banyak traffic light. Sampai kat Tangkak, jalan dah basah.

Baru lepas hujan. Aku yang memang phobia dengan jalan basah nie, ride slow and steady jer. Risau jugak. Ambik highway PLUS ke Senawang. Sepanjang jalan memang hujan jeer. Kami memang ride slow. Tak berhenti isik minyak pun sebab last tadi kami dah isi minyak kat pekan apa tah, lupa nak jote down

Kami boleh speeding sikit selepas area Pedas. Masa nie langit dah mula gelap nak hujan, tapi belum hujan lagi. Sampai Senwang tepat jam 4.30 petang. Syukur, perjalanan selamat pergi dan balik, perut pun kenyang.

Sedikit gambiran dari kamera Azri. Aku tak sempat nak susun, sebab nak masuk kerja nie. Nanti ada masa aku edit. Choww..




Kedai tempat kami breakfast pagi tu, tepi pantai tuu.


























2 ulasan:

maza berkata...

perkhhh!

jacket BMW tu. hehehehe

membaca nukilan ini serta merta nafsu kembara kembali memuncak lah fulaks.. huhuhu

Aku Budak Nerek berkata...

maza, jaket jeer BMW. Memang berangan jer lebih. Tak dapat pakai BMW, pakai jacket pun jadi laa..

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...