NuffNang

Sabtu, 8 Oktober 2011

Doakan kami berjaya!

Salam,


Lama jugak tak bertinta kat ruangan nie. Agak sibuk dan tak dapat concentrate dalam bidang penulisan nie. Insyaallah esok kalau tak ada aral melintang, aku bersama 4 biji motor akan memulakan perjalanan mengelilingi semenanjung Malaysia. Dapat aku katakan semangat yang ada pada adik-adik aku harus menjadi titik tolak kepada mereka yang memang suka bermotosikal dan melancong dengan motosikal untuk mencuba hobi ini.

Kadangkala mereka memberikan alasan tiada motor besar maka tak dapat untuk mengembara. Tak perlulah tunggu sampai ada BMW GS1200 baru nak bermula mengembara. Ini cuma tanahair kita sendiri jeer, bukannya nak mengembara pusing dunia pun. Kalau saudara Hadi boleh sampai ke London dengan naik GT128, kenapa kita tak boleh pusing semenanjung Malaysia dengan naik motor cub?

Adik aku akan naik EX5 dua bijik, seorang member aku naik LC135 dan seorang lagi dengan motor TZM. Semuanya motor dah tua, tapi masih diselenggara dengan baik. Niat kami cuma satu, ingin melawat negeri negeri di semenanjung Malaysia nie disamping menimba pengalaman. Namun hujan yang turun sehari dua nie agak merunsingkan jugak. Namun Insyaalah persiapan telahpun dibuat dalam mengharungi perjalanan ini.

Walaupun perjalanan ini hanyalah mengelilingi semenanjung tanahair dalam masa 3 hari, namun terbit juga perasaan gementar dalam jiwa. Ada juga terfikir perkara bukan-bukan. Namun aku fikirkan itu hanyalah mainan perasaan ataupun suntikan dari syaitan yang mengganggu-gugat perasaan anak cucu Nabi Adam ini. Sedangkan orang lain boleh mengembara hingga ke luar negara bermotosikal secara solo, mengapa kita masih lagi takut untuk meronda di tanahair kita sendiri?

Perjalanan untuk hari pertama kami akan mengharungi kesejukan malam ke utara semenanjung. Kami akan gunakan laluan highway PLUS hingga ke Perlis. Insyaallah, memandangkan ada antara kami yang belum pernah sampai ke Penang, maka kami akan meluangkan masa untuk bermalam di negeri pulau mutiara ini, disamping mencari aneka makanan terbaik di sini.

Hari kedua, kami akan menelusuri perjalanan merentasi Tasik Banding hingga ke Jeli, turun ke Kuala Terengganu dan akan bermalam di Cherating. Hari ketiga akan meneruskan perjalanan ke Mersing hingga balik semula ke KL melalui lebuhraya PLUS. Aku berdoa kepada tuhan agar perjalanan ini akan direstui dan diberkati olehNya.

Perjalanan ini akan menjadi titik tolak kepada kami untuk mengembara ke lebih jauh lagi selepas ini merentasi sempadan. Mungkin orang lain dah banyak kali sampai, namun bagi kami yang beginner nie memang teruja untuk mencuba merantau ke negara orang bermotosikal. Tak tahan baca nukilan blog Yok Rempitan, Tayar Golek, Nomad Rider dan lain lain tu. Meleleh air liuq..Kami berharap agar teman-teman dapat mendoakan perjalanan kami nanti. Jumpa lagi di entry selanjutnya tentang kisah pengembaraan ini. Cheerrs..!

4 ulasan:

Nazrah berkata...

good luck ya..save journey... jgn risau..ada member tengah wat perancangan dan mencari sponsor untuk buat even motor 250cc kebawah ke Thailand...

Aku Budak Nerek berkata...

Terima kasih kak..Sebenarnya ride kalian yang membangkitkan semangat kami yang tak mampu "bersuperbike" nie untuk mengembara bersama motor kecik.
Jangan lupa roger nanti kalau ada ride ke Thailand dengan underbone..Malaysia Boleh!!

KANG LATEP berkata...

bagus..bagus..! teruskan

aboyNajun berkata...

semoga semuanya berjalan lancar bro.. Save ride n enjoy your rides!

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...