Dulu ingat tak aku pernah tempek gambar kubu di laluan Mersing-Kota Tinggi masa ride aku mengelilingi Malaysia? Kubu nie masih menjadi tanda tanya buat aku, sejak dari zaman aku lalu dengan kereta sampailah sekarang nie. Bila aku ada masa sikit, aku pun cubalah cari sedikit sebanyak info untuk aku kongsi bersama dengan korang.
Kubu apakah ini? |
Ada banyak jugak kubu nie tepi jalan. Yang pentingnya kedudukan kubu ini adalah berada di tempat strategik te tepi jalan raya, ataupun tepi hutan nie. Tapi kalau diselidik, katanya terdapat banyak lagi kubu seumpamanya yang berada di dalam kawasan hutan nie. Mengapa tetiba tempat nie ajer yang ada kubu, walhal tempat lain tak der? Itu lah misteri yang kita nak rungkai pada hari ini..hehehe.
Mengikut cerita, kubu nie sebenarnya di bina oleh Pihak British semasa zaman dulu untuk menyekat kemaaran tentera Jepun. Sebenarnya banyak lagi kubu kubu yang dibina oleh pihak British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun semasa perang dunia kedua di dalam daerah Kota Tinggi nie. Tujuan pembinaannya tak lain dan tak bukan, adalah untuk menyekat kemaraan tentera Jepun waktu tu.
Mesti banyak kesan tembakan yang terdapat kat kubu nie agaknya. Aku jugak pernah terbaca yang mereka jumpa senjata berupa senapang lama tertanam di tepi jalan kawasan Mersing-Kota Tinggi nie.
Namun, berhati-hari apabila melalui laluan ini. Kerana dikhabarkan banyak kemalangan maut yang berlaku di kawasan ini. Pemanduan yang laju dilaluan lurus ini terbabas hingga menghentam kubu yang berada betul-betul ditepi jalan ini hingga mengakibatkan maut. Dan diceritakan banyak kejadian aneh dan misteri yang berlaku di laluan ini diwaktu malam. Wallahulam.
Terlanjur bercerita tentang kubu nie, aku bagitahu jugak laa perihal kubu-kubu lain yang terdapat di sekitar kawasan nie. Disebabkan kawasan nie berlaku peperangan antara tentera British dan Jepun, maka banyak lagi kubu-kubu yang dibina sebenarnya.
Ada juga kubu yang dibina dengan rangkaian terowong-terowong bawah tanah di kawasan Tanjung Pengelih, Pengerang. Tapi kubu yang dibina dikawasan seluas 2.4 hektar di kawasan bukit menghadap ke laut nie tak sempat digunakan.
Jangkaan tentera British pada waktu itu bahawa serangan Jepun melalui laut dari Pulau Singapura meleset. Tentera Jepun telah menyerang melalui utara pada waktu itu menyebabkan kubu ini tidak digunakan. Tapi ada juga yang dah tersalah tafsir, dia orang bagitahu bahawa kubu nie adalah kubu Jepun pulak.
Layan gambiran yang aku cedok dari portal sejarah dan pelancongan Penggerang nie.
Pintu masuk terletak atas bukit |
Tempat nak menembak |
Mungkin satu hari nanti, aku nak rancang ride ke tempat tinggalan sejarah cam nie lah..mesti ada unsur-unsur suspen dan meremang bulu roma punya..sapa nak ikut?
4 ulasan:
diharap tingalan sejarah seperti ini dipulihara dan dijadikan tarikan pelancong..semoga tidak kena buldoze sudah...sedikit kreativiti dan gimik untuk menarik pelancong ...
Pihak berwajib patut mengambil inisiatif mengkomersialkan pelancongan tempat sejarah negara nie..takut nanti lama-lama jadi port mat gian dan aktiviti tak bermoral pulak.
kot2 ada harta kat bawah tue.. hu..hu..
aboyNajun, mungkin ada kot..tapi duit pokok pisang zaman Jepun dulu..hahaha..tak laku lah pulak sekarang nie..
Catat Ulasan