NuffNang

Rabu, 19 Oktober 2011

Malaysia Tour -12 Oktober 2011 Last Day Cherating-JB-KL



Salam,

0900am
Cherating

Hari nie adalah hari terakhir dalam ride Jelajah Semenanjung Malaysia. Aku terjaga lambat sikit dari tidur hari nie. Plan nak gerak seawal lapan pagi. Tapi memandangkan kami kena pulangkan kunci tu pada jam 8.30 pagi, maka kami drag masa bertolak ke pukul 9 pagi. So kami ada masa extra pagi tu, siap Syafri dan Paish sempat basuh motor lagi. Kami pun sempat lah nak jemur jacket yang lembab dek hujan semalam.
Menjemur pakaian tepi kolam
Tak der tripod..lupa nak bawak

Motor yang turut serta

Motor bersama tuan punya motor
Habis upacara gambiran dan memulangkan kunci rumah, kami pun gerak keluar dari perkarangan banglo nie. Niat nak isi minyak jer kat Petronas sebelah TM tu, mana tahu tiba tiba aku ternampak pulak menu pagi kat restoran sebelah stesen minyak tu. 

Memandangkan semalam aku dah terlepas peluang nak makan nasik dagang kat Terengganu, maka peluang yang ada pagi nie tak boleh nak dilepaskan.
semer ader..nasik dagang, nasik minyok, aye bakor..
Kami berhenti makan, dan makan sepuas puasnya. Rata rata antara kami memang membalas dendam dengan makan dua pinggan sorang. aku makan sepinggan nasik dagang dan jugak sepinggan nasik minyak dengan gulai kawah. Azri makan dua pinggan nasik minyak, Syafri makan nasik dagang dan juga ayam bakar, Paish makan nasik dagang dan nasik minyak. Huih..memang operasi membalas dendam nie..

Selesai upacara makan pagi tu, kami pergi mengisi minyak di stesen minyak bersebelahan. Selesai upacara mengisi minyak tu, terdapat lagi sedikit upacara gambiran. Uisshh, memang support Petronas kitaorang nie. Sebab setiap stesen minyak diaorang nie ada papan tanda nama tempat..hehehe, tu yang best tu..!

Aku bercadang nak beli keropok sikit buat oleh-oleh. Tapi aku tengok kedai jual keropok banyak yang tutup lagi. Aku pun malas nak masuk ke area Balok dan Baserah. Jadi, kalau tak der rezeki, aku nak beli kat area Tanjung Lumpur jer nanti.

Perjalanan menuju ke Pekan pagi nie agak sibuk dengn kenderaan. Aku pun tak tau datang dari mana kenderaan nie semua. Nak cakap baru nak masuk kerja, dah pukul 10 pagi dah. Aku mengambil keputusan untuk menggunakan laluan luar yang tidak memerlukan kami memasuki Kuantan ataupun Balok. 

Takut tersangkut dengan kesesakan lalulintas yang akan melambatkan perjalanan kami. Kalau kat area JB, Lebuhraya Pasir Gudang dikatakan sibuk, kat Kuantan nie jalan nie boleh diibaratkan seperti LebuhRaya Pasir Gudang. Sibuk dengan lori kontena.

Mula memasuki bandar Pekan
Bila dah sampai kat bandar Kuantan, kami mengambil susur keluar menuju ke Pekan. Malangnya susur nie tidak menghubungkan kami kepada Tanjung Lumpur. Jadi aku tak ada peluang nak beli keropok leer. Tapi aku tahu, aku still boleh beli keropok kat Mersing nanti.

1310pm
Pekan Bandar Diraja

Bila dah masuk ke bandar Pekan, kami bertemu dengan satu sekatan jalanraya. Satu cerita yang best nya ialah bila Pegawai Polis Traffic yang menahan kami sempat bersembang tentang tujuan ride kami. Dan beliau menyatakan apa yang kami lakukan adalah satu usaha yang bagus dan mengucapkan Selamat Jalan kepada kami.
Di depan perkarangan TNB Pekan
Kami melepasi sekatan jalanraya tersebut tanpa masalah. Meneruskan perjalanan hingga kami bertemu dengan satu lagi sekatan jalanraya. Terkejut jugak bila banyak sangat sekatan jalanraya kat Pekan nie, tapi rupanya polis yang menahan kami adalah polis yang sama menahan kami sebelumnya. Jadi kami dilepaskan tanpa sebarang soal dan beliau meminta maaf.

Kami berhenti untuk mengisi minyak di salah sebuah stesen Petronas di Pekan, Bandar DiRaja ini. Cuaca panas terik dan kami menjangkakan cuaca begini akan mengiringi kami hingga kami sampai ke Mersing.

Ini adalah kerana kami akan menyusuri perjalanan tepi pantai sepanjang perjalanan menuju ke Rompin dan Mersing ini.
Bandar Diraja Pekan
Tiada perkara menarik yang dapat diceritakan sepanjang perjalanan kami dari Pekan ke Mersing ini. Sebelum sampai ke Nenasi, kami melalui kawasan ternakan belut yang luas. Sekali pandang seolah-olah ianya kolam udang. Selain dari tu, kawasan itu dipenuhi dengan hutan dan kadangkala diselangi dengan penempatan. Kami menyusuri laluan kampung orang asli sebelum sampai ke Rompin.

laluan ke Kuala Rompin, Mersing dan Johor Bahru
Sebelum sampai ke Kuala Rompin, kami berhenti untuk refueling sekali lagi di Petronas Telok Gading. Cuaca yang sangat panas memaksa kami untuk berhenti dan berehat seketika. Kami sempat minum beberapa botol air mineral untuk menggantikan air di badan yang telah di hidrate.

Sebenarnya aku memandang-mandang juga kalau ada kedai yang menawarkan udang galah fresh kat sini. Maklumlah Rompin kan terkenal dengan udang galah nya. Tapi aku terperasan hanya satu kedai ajer, tu pun nampak signboard jer. Tak nampak udang pun. Mungkin lain kali boleh datang cari kot.


Panasnya cuaca di Telok Gading
Kami melepasi jeti Tanjung Gemuk, jeti ke Pulau Tioman. Tak der semangat nak berhenti memandangkan cuaca yang sangat panas. Namun hanya beberapa meter dari jeti tersebut, kami terpandang satu tempat yang memang tak boleh kami nak lepaskan untuk berhenti. Sempadan antara negeri Pahang dan juga Johor.
Sempadan Johor / Pahang
Kami memang tak melepaskan peluang untuk bergambar di sempadan negeri Pahang dan juga Johor ini. Kepanasan matahari yang tegak di atas ubun ubun kepala sudah tidak dirasakan lagi. Semengat memasuki Tanah Johor ini mengatasi segalanya.

1530pm 
Mersing

Kami berhenti di Mersing tepat jam 3.30 petang. Aku membawa mereka menghala ke kawasan pantai Mersing. Sebagai info, Mersing suatu ketika dahulu pernah menggemparkan masyarakat Malaysia apabila mereka terjumpa emas di tepi pantai. Usaha mencarigali emas ditepian pamtai pada ketika itu sangat menggalakkan.

Kami berhenti di kedai keropok lekor kerana aku membungkus keropok sosej buatan Mersing ini. Aku bertanya rahsia dan kelebihan keropok Mersing juka dibandingkan dengan keropok dari pantai timur semenanjung. 

Makcik tersebut memberitahu bahawa tidak terdapat kelebihan, tetapi ramai pelancong dari negeri Terengganu sendiri akan membeli keropok buatan Mersing ini untuk di bawa balik sebagai oleh-oleh.
Azri dengan sata Mersing
Memandangkan kami tak sempat menjamah satar pada hari sebelumnya di Kelantan atau Terengganu, kesempatan untuk makan satar di Mersing tak akan dilepaskan.

Kami singgah di gerai menjual satar di tepi jalan tersebut. Nasib kami agak baik kerana gerai tersebut baru sahaja buka dan masih tidak ramai pengunjung. Jika tidak, sudah tentu kami mengalami kesukaran untuk duduk dan makan satar di situ.
Satar mok cik sedap, buat dari ikang parang
Sebagai membalas dendam tidak dapat makan satar di negeri Terengganu, kami makan satar sepuasnya di Mersing. Rasa satar yang mak cik nie buat saling tak tumpah dengan rasa satar original daripada Terengganu.

Memang ler, sebab makcik nie berasal dari negeri Terengganu. Dan kebanyakan penduduk di sekitar ini mungkin berasal dari sana, dialek percakapan mereka sudah menjerumus ke arah Terengganu.
Satar Ikan Parang
Satar ini dijual dengan harga 4 untuk RM 2. Memang berbaloi kerana rasanya yang sedap adan juga tidak gatal. Resepi satar ikan parang memang satu resepi yang original dan sedap.
Mencuba teknik membakar satar

Kebolehan terpendam

Dah sebijik macam penjual satar dah..
Petang tu kami makan satar dengan cendol. Sempat jugak menghabiskan dua pinggan keropok lekor yang digoreng panas.

Rasanya tak der lah kempunan kami nak makan keropok lekor kat Terengganu, sebab keenakan satar dan keropok lekor kat Mersing nie pun boleh mengalahkan keenakan keropok lekor dari Terengganu. Memandangkan waktu dah dekat ke pukul
Sebagai tanda kami dah sampai ke Mersing
1630pm
Gerak dari Mersing

Agak sejam juga kami menghabiskan masa di Mersing nie, menghayati keenakan makanan keropok lekor dan satar. Cuaca kelihatan tidak begitu bagus di Mersing. Awan hitam telah berarak dan kelihatan hujan akan turun.

Tak jauh dari Bandar Mersing, hujan telah turun mencurah membasahi muka bumi Mersing ini. Aku berhenti di sebuah pondok bas untuk memakai baju hujan. Perjalanan kami ke Bandaraya Johor Bahru ini memang diiringi oleh hujan yang turun mencurah.

Perjalanan daripada Mersing ke Kota Tinggi melewati hutan dikiri dan kanan jalan. Tida perkara menarik yang boleh diceritakan melewati pekan Jemaluang. Sebagai info, anda juga boleh mengambil laluan menuju ke Kluang dan keluar di exit PLUS Highway Air Hitam.

Perjalanan di dalam hujan sedikit melambatkan perjalanan kami. Keadaan jalan yang licin membuat kami lebih berhati-hati ditambah lagi dengan kehadiran banyak lori.

Kami berhenti mengisi minyak di sebuah stesen BHP sebelum simpang menuju ke Pulau Sibu. Hujan masih lagi turun dengan renyai di sini. Kami tak berhenti lama memandangkan kami perlu bergegas menuju ke Johor Bahru. 

Apabila hampir ke Kota Tinggi daripada simpang Pulau Sibu ini, kami agak terkejut kerana masih terdapat papantanda Gajah Melintas. Kemungkinan besar kami melintasi kawasan hutan.

Sebelum sampai ke Kota Tinggi, kami berhenti untuk gambiran kubu kubu yang terdapat di sepanjang jalan ini. Mungkin ada sejarahnya yang kami tak tahu? Boleh google lepas nie kot..
Kubu..?
Kami hanya melewati simpang ke Pekan Kota Tinggi dan kelihatan jalan amat sibuk dengan pengguna yang mungkin ingin balik ke rumah dari tempat kerja.

1800pm
Taman Desa Cemerlang

Kami sampai ke Desa Cemerlang dalam pukul 6 petang. Sebagai info Taman Desa Cemerlang terletak dalam area Tiram merupakan kawasan piggiran Johor Bahru. Mengisi minyak di sini dan mengambil kesempatan untuk menanggalkan baju hujan serta memotong rantai motor Azri yang telah kendur.
Taman Desa cemerlang
Kami bergerak selepas selesai semua urusan. Mengharungi jalan menuju ke Johor Bahru yang sibuk dan bersimpang siur. Aku membawa mereka untuk berhenti makan di Kampung Melayu Majidee, mencuba murtabak di situ. Malangnya tak ada gambiran yang sempat diambil.
Menghala ke JB
  
Selesai makan, kami tak berlengah lagi untuk keluar dari Bandaraya Johor Bahru ini. Namun sebelum keluar dari JB, kami berhasrat untuk turun ke Stulang Laut dan Danga Bay, merakamkan gambiran mercutanda JB dan juga melihat Kota Singapura daripada arah Malaysia. Waktu nie dah dalam pukul 7.15 malam.

Berlatar belakang kan Singapura

Nun di kejauhan, Bandaraya Singapura


Saiful..keletihan

The Zone..Johor Bahru
Selesai upacara gambiran di situ, aku membawa mereka keluar dari JB. Menghala ke Danga Bay. aku perlu cepat kerana mengejar masa untuk sampai ke rumah. Aku perlu menghadiri training pada esok pagi, dan mereka semuanya masih mempunyai sehari lagi cuti.


Dan akhirnya kami sampai ke Danga Bay, mengabadikan gambiran sekeping dua di sini. Nampaknya kawasan ini masih lagi sibuk dengan arus pembangunan.

Selesai acara gambiran, kami keluar dari Bandaraya Johor Bahru ini dan menggunakan laluan highway PLUS hingga sampai ke Senawang. Kami berhenti untuk refueling di Pagoh dan tidak berhenti di Machap. Hasilnya Saiful terpaksa menunda Azri dalam 5km sebelum sampai ke R&R Pagoh.

Manakali Syafri dan Faiz terpaksa berhenti mengisi petrol dari botol simpanan sebelum sampai ke R&R ini. Kami berhenti untuk mengisi minyak sekali lagi di R&R Ayer Keroh, disamping untuk membasuh muka kerana mengantuk. Waktu ini telahpun menjangkau jam 11 malam.

Sebelum sampai ke exit senawang, kami berhenti sekali lagi di R&R Pedas untuk bersalaman dan bersyukur kerana hampir sampai ke penghujung ride kami selama 3 hari ini. Kami sampai ke Senawang tepat jam 12 tgh malam manakala Syafri dan Paish sampai ke KL dalam pukul 1 pagi.

Sesungguhnya terlalu banyak kenangan manis untuk dikenang, dan menjadi ride bersejarah untuk dua biji EX5 tua yang berjaya menghabiskan Jelajah Semenanjung Malaysia ini. Jarak perjalanan hampir menjangkau 2200km. Satu kepuasan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.

Terima Kasih tidak terhingga dan Tahniah kepada peserta yang turut serta dalam menjayakan ride ini. Saiful Azri, Syafri, Paish dan aku sendiri. Tanpa modal yang besar, motor yang gedabak kami juga mampu untu mengembara mengelilingi semenanjung.

Jumlah perbelanjaan akan aku update dalam entry yang berikutnya..Cheerrs..



6 ulasan:

aboyNajun berkata...

tabik kat korang.. pepun tahniah... welcome to mersing bro.. actually simpang yang ko tulis nak menghala ke pulau sibu tue simpang tengaroh rasanya...

Aku Budak Nerek berkata...

aboyNajun, yer kot. Tapi apa nama area tempat gajah melintas tu yer? Uish..dah macam kat Gerik pulak rasanya..hehehe.

Syafri Hj Shuib berkata...

kalau ada gajah masa tu, sure tak boleh nak laju..trothle dah berat..tangan pun dah lengoh

Aku Budak Nerek berkata...

Gajah panjang bawak kayu balak tengah jalan pun letih nak overtake hujan -hujan camnie..

Azri berkata...

lepas ni kalu boleh, dapatlah kiranya petronas jadi sponser minyak kami,,dak dapat penuh....separuh perjalanan pun jadilah...

Aku Budak Nerek berkata...

Azri, tinggi jugak cita-cita tu nampaknya...hahaha

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...