Pertama sekali syukur alhamdulillah kerana Malaysia Tour yang dirancangkan berjaya jua sampai kembali. 3 hari berjaya kami tempuhi dengan laluan hujan panas. Walaupun ride kami nie menggunakan motor kecik, tanpa penaja tapi kami berjaya juga menghabiskan laluan. Kami sampai semula ke Senawang pada jam 12 tengah malam semalam, manakala adik aku yang tinggal kat KL sampai ke Pandan Indah pada pukul 1 pagi.
Hari nie pulak aku ada training, adoyai..memang mengantuk tahap boleh ketiduran leer jawabnya. Nasib baik training Finance yang ada pengiraan, so takder lah boring sangat. Esok ada lagi sehari, yang penting malam nie kena layan mata dulu laa. Dah macam tak cukup tidur pulak rasanya.
Antara pengalaman yang berharga adalah kami menunda motor brader yang tahan kami kat kawasan berdekatan terowong Menora, Ipoh. Dan juga insiden motor adik aku Faiz yang rosak ngam-ngam dekat traffic light Simpang Gerik. Meredah hujan ribut di Kelantan ke Terengganu, sesat di highway LPT fasa 2, Ride 24jam, tidur di stesen minyak, breakfast subuhan di Nasik Kandaq Beratoq dan macam macam lagi pengalaman yang menjadi hiburan sepanjang perjalanan kami.
Aku akan update kisah pengembaraan kami berlima nie secara berperingkat. Maklumlah sibuk dengan kerja dan rasa mengantuk yang masih ada lagi nie. Yang penting, kami dah berjaya melakukannya, terutama sekali dengan dua biji EX5 sahaja!! Keseluruhan perjalanan dianggarkan melangkaui 2200km++ (based on Googlemap). Trip sebenar tak dapat diset kerana kepala bateri aku tercabut masa kat R&R Pagoh. Terkejut tak leh nak start motor, tengok lost connection. Habis semua data lost! Tapi adik aku yang naik EX5 cakap milage motor dia dalam 2300km++. Memang logik sebab kami banyak merayau rayau, campur sesat lagi.
Yang berjaya untuk ride kali nie adalah Azri LC135, Saiful TZM 150, Syafri EX5, Paish EX5 dan aku sebagai pengiring.
8 ulasan:
Aku kagum ngan korang!
TQ aboyNajun!! Syukur tak ada perkara tak baik berlaku. Aku pun kagum dengan semangat dua adik aku yang sanggup meredah Malaysia nie naik EX5 jeer..
Congrats bro!! Amacam? seronok kan biler berjaya jelajah negara sendiri? Kepuasan yang tak terhingga..
Han, memang seronok sebab dah berjaya! Tahap kepuasan yang tak ternilai dengan wang ringgit. Nak tahu camner rasanya tu, kena try sendiri leer..Btol kan Han?
Betulllllllll..! gue setuju banget. InsyaAllah..kalo ade rezeki dan masa aku nak repeat lagi tapi dari arah selatan-timur-utara pulak..
Han, kali nie nak follow boleh? teringin pulak rasanya..hehehe.
InsyaAllah..blh bro. Kasi tembak no ko bro. Nanti aku roger. Tapi akunya style stay kt homestay ler..jimat + tinggal sebumbung + blh beramas mesra ..huhuhu
Han, Bab beramas mesra tu yang tak tahan tu..hahaha. Aku rasa macam kenal lah dengan si Hasnul tu, dia ada member Brader Udin kat Senawang nie..btol ker Han?
Catat Ulasan