NuffNang

Khamis, 4 Ogos 2011

Ride Panas Enjin ke Bera

Salam..

Sebenarnya aku tak berniat pun nak pergi ride pagi nie. Sebab petang nie aku kerja pukul 2 petang. Nak ride mendernya, kalau dah petang nak kerja. Lepas hantar anak aku pergi sekolah, aku ajak girlfriend aku jalan jalan. Ingatkan nak pusing pusing taman jeer, last last aku cakap poielah ambik jaket ngan helmet. Manalah tau kot kot terjalan jauh ker.

Waktu nie dalam pukul 8.30 kot. Start enjin dan pulas throttle. Pusing pusing Senawang sampai Kuala Pilah. Jalan tak lengang sangat pun. Banyak kereta dan lori. Tapi cuaca memang cantik, mendung macam nak hujan. Tapi syukur tak der setitik hujan pun sampai aku sampai semula ke Senawang. Ronda ronda jalan area Kuala Pilah nie memang syok, sebab kiri kanannya adalah perkampungan tradisional Negeri Sembilan. Tapi kena berhati hati sikit, sebab ramai jugak pakcik pakcik yang keluar naik motor cub nak pergi pasar kot. Kalau korang lalu jalan nie, antara area yang best dengan pemandangan gunung ganang, awan atas gunung dan juga sawah padi adalah area selepas Bukit Putus tu. Jalan nak masuk ke Seri Menanti. Memang syiok dan cantik betul. 

Aku ride straight sampai ke Kuala Pilah. Sampai pekan Kuala Pilah tu, aku turn kiri. Straight sampai pekan Bahau. Layan jugak jalan yang agak berbengkang bengkok ala kadar tu. Lori banyak pagi pagi macam nie. Dengan kereta kereta pun banyak. Aku jalan terus melepasi Pekan Bahau, sampai ke simpang Serting. Aku terpaksa belok ke kanan ikut Simpang Serting nie sebab nak refuel petrol. Jalan dari Bahau ke Pahang nie tak banyak sangat stesen minyak. So aku terpaksa lalu jalan nie walaupun agak jauh sikit. Sampai simpang Serting tu, aku belok kiri lagi. Jalan nie kalau kita terus akan sampai ke Kemayan, Triang dan jugak Temerloh. Sampai stesen Petronas Simpang Serting tu dan aku refueling. Isik petrol RM 20. Lupa nak bagitahu, sebelum sampai sini, girlfriend aku dah start tertidur kat belakang dah. Adui, asyik nak tidur jeer. Sampai atas motor pun nak tidur jugak. Okay leer, mesti mengantuk sebab lepas bangun sahur tak tidur tidur dah.


Siap isik petrol, aku jalan straight lagi menghala ke Kemayan. Waktu nie aku tengok jam dah dalam pukul  9.15 pagi. Aku kena timing sikit sebab nak kena balik dan ambik anak aku balik sekolah pukul 12 tgh hari. Ingatkan nak terus sampai ke Temerloh. Rushing sikit sebab kejar masa. Layan corner ala kadar dan overtake lori dan kereta. Melepasi pekan kemayan dan kemudia pekan Triang. Pekan Triang nie agak sibuk jugak jalan dia. pemandangan ke Pahang ikut jalan nie agak membosankan sebenarnya. Tak banyak pemandangan kecuali pokok pokok sawit jer kiri dan kanan jalan. Last last dalam pukul 9.50 pagi, aku sampai kat tepi sungai Pahang tu. Dah sampai area Bera dah. Parking motor tepi sungai tu dan ambik gambiran sekeping dua.



Tak buang masa, aku turn semula. Waktu tu dah pukul 10 pagi dah. Aku budget mesti sampai Senawang dalam pukul 12 nie. Naik atas motor dan terus blah. Jalan terus sampai ke pekan Triang. Kat tepi jalan tu sebelum pekan Triang ada sebijik stesen Petronas. kalau tak silap aku, Simpang Kerayong. Berhenti kat sini dan basuh muka ala kadar. Bagi segar sikit. Nak minum tak bley, sebab puasa..hahaha. Dari sini aku terus shoot sampai Senawang. Tak der nak berhenti henti dah. Sepanjang jalan tu, girlfriend aku asyik nak tidur ajer atas motor. Aku terpaksa menahan berat girlfriend aku pulak.  Kang tak pasal ada pulak yang tertidur atas jalan kang. Nak layan corner pun terpaksa ler hati hati, sebab tak berapa nak stabil..hehehe. Sebenarnya aku bukan kaki corner pun, layan selekoh tu jeer maksud aku. kalau tak layan kang, ada jugak yang straight masuk longkang.





Waktu nak sampai ke Senawang, hujan dah start turun rintik rintik. Nasib baik tak hujan lebat. Kalau tak nanti ada jugak yang lencun atas motor. Belok masuk ke Lavendar Height dan straight sampai rumah aku. Ngam ngam mendarat pukul 11.30 pagi. Sempat leer nak baring baring dulu regangkan urat sebelum masuk kerja pukul 2 petang. Jarak perjalanan dalam 260km ++ kot. Ambik masa 3 jam. Okay ler untuk panaskan enjin...Jumpa lagi..

3 ulasan:

Fazrulls berkata...

Bro.. nice write-up.. we have same interest.. me also like to bring my pillion for "Santai ride"... happy ridding.. kalau rasa nak ride jauh mehh la belah utarqa ni...roger kat kawan... alright.

Aku Budak Nerek berkata...

Salam Fazrul, happy to share our sweet memories since we are sharing same interest. I will going ride to Penang after Raya. Hope to see you one day!..cheers.

Che Man berkata...

best tul la kalau motor besau ni.agak2 nak ride,pulas je throttle tu.

Please Click..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...