Keratan akhbar Harian metro semalam |
Aku fikir ini adalah satu perkara yang agak keterlaluan. Dengan perangai mereka yang sebilangannya agak kurang sopan, kini memonopoli perniagaan lantas mencantas rezeki penduduk tempatan. Kini apa yang tinggal untuk rakyat tempatan? Ketakutan berjalan bersendirian akibat diganggu oleh golongan asing ini? Kita akan merasa terancam hidup di negara kita sendiri walhal golongan ini bersenang lenang mengaut kekayaan negara.
Golongan rakyat tempatan sendiri merasa begitu sukarnya untuk mendapatkan tapak berniaga, namun bagaimana golongan pendatang asing ini begitu mudah dapat berniaga hingga memonopoli tapak perniagaan di pasar malam? Golongan peniaga dan penjaja tempatan dikejar oleh pihak berkuasa lantaran tidak mempunyai lesen perniagaan, namun golongan pendatang asing ini mampu berniaga hingga menyekat rezeki penduduk tempatan.
Seperti yang aku nyatakan di dalam entry yang lepas, golongan pendatang asing ini memang begitu ramai di kawasan ini. Tidak mustahil jika mereka mampu berniaga dan pasti mendapat sokongan dan sambutan daripada golongan mereka sendiri. Aku bimbang suatu hari nanti, pasar malam ini akan lenyap daripada peniaga tempatan dan dipenuhi oleh warga negara asing ini.
Itu baru dikira bab perniagaa, belum lagi dikira dengan sikap mereka yang membuat onar dengan bangsa kita dan rakyat Malaysia. Berbohong kalau aku nyatakan tida puak ini yang terlibat dalam jenayah, cuma peratusannya aku tidak tahu. Begitu juga dengan peratusan puak ini yang merosakkan anak gadis tempatan. Mengacau kedamaian rumahtangga orang lain. Kalau di soal selidik, pasti ada dan jawapannya pasti ya. Ini berlandaskan pengalaman aku sendiri bilamana ada pekerja asing di tempat aku bekerja yang membuat hubungan dengan isteri orang. Biadap sungguh!
Golongan ini harus dipantau. Pandai berbahasa melayu bukan tiket untuk mereka menjadikan negara Malaysia ini bagaikan negara mereka sendiri. Bukan aku anti kepada golongan ini, kerana tidak dinafikan golongan ini ada membantu membangunkan negara. Namun pergerakan mereka harus dipantau. Kerana selepas negara kita bebas dari komunis, kemudian penagih dadah, aku bimbang negara ini mendapat ancaman dari golongan ini pula. Itu hanya pendapat aku leer, tak tau leer pendapat engkorang. Wallahulam.
3 ulasan:
nak elakkan monopoli, org tempatan pun kena berlumba-lumba utk berniaga dn dlm masa sama pemantauan kena buat terhadap pendtg asing ni...sekadar pandangan
Hello Aku Budak Nerek (Nak pangggil nama macam mana tu?). Thanks for visiting me. This is such a good article. Mengenai pendatang asing yg buat honaq tu, dulu ada kajian yg mengatakan ( i think last year kot) bilangan pendatang asing yang terlibat ngan jenayah hanya peratus yg kecil. Biar betol, mungkin polis kira jenayah tu termasuk rasuah. Jadi peratus yg pecah rumah/rogol org jadi kecil. Mana ada pendatang asing yg ada rasuah, dia orang bukannya kerja gomen pun.... Dan seperkara lagi, kebanyakan pendatang yg buat honaq tu, terlepas sebab expert; tentu tak termasuk dalam survey kan! Btw wanna tell you jenayah yg terbanyak kat Mesia ni adalah rasuahlau . Apa kata kita bloggers pakat ramai2 buat N3 "Surat Rakyat Kepada PM)" Memanglah dulu ada pertandingan "Surat kepada PM", had yang tu betui ka depa baca? Kalau N3 kita, once published, depa kena baca! Ni dah doket nak ngundi ni...
Tak yah nak memandai buat kaji slidik jer...klau setengah-setengah....
Catat Ulasan